EYNA NURINA menjadi tidak senang duduk di bilik tidurnya. Hatinya resah. Kadang-kadang matanya memandang ke arah luar bilik. Mahu memastikan Haziqah ke bilik tidurnya namun sampai sekarang masih lagi tidak kelihatan.
Mana dia ni ? Dah-dahlah tu bermesra dengan laki aku. Gerutu Eyna Nurina.
Jam dinding dikerling. Sudah menunjukkan pukul 1:15 pagi. Ah ! Aku dah tak tahan.
Dia bingkas bangun dari katil. Baru sahaja dia ingin masuk ke lif, matanya tertumpu ke sebuah bilik yang di atasnya tertulis BILIK CCTV. DILARANG MASUK !
Pintu bilik tersebut dibuka. Kelihatan seorang lelaki berbadan sasa sedang duduk di kerusi kerjanya.
"Kau siapa ?!" soal lelaki itu dengan kasar.
"Saya Eyna. Isteri Han." jelas Eyna Nurina takut-takut.
Lelaki itu menundukkan kepalanya. Dia rasa bersalah.
"Maaf puan. Saya tak sengaja. Kenapa puan ke sini ?" nada suara lelaki itu mula perlahan.
"Errr saya nak tanya ni. Kat bilik tidur kami ada CCTV tak ?"
"Ada, puan."
Eyna Nurina terkejut. Ada ?! Habis selama ni mereka diperhatikan oleh lelaki yang bekerja di dalam bilik CCTV ?!
Lelaki bernama Syakir itu segera menjelaskannya selepas melihat perubahan reaksi wajah isteri kepada majikannya.
"Tapi puan jangan risau. CCTV yang terdapat di bilik utama hanya diawasi oleh Tuan Dragon. Kami tidak di benarkannya jika tidak kami akan dibuang kerja serta dihukum bunuh."
Mak aih sampai bunuh ? Ini yang makin buat aku takut ni.
"Boleh ea asingkan ?"
"Boleh, puan. Puan nampak pintu di hujung sana. Bilik tersebut juga merupakan bilik CCTV namun hanya tuan sahaja yang boleh memasukinya. Kena letak password yang betul baru boleh masuk." terang Syakir panjang lebar.
"Awak tahu passwordnya ?"
Eyna Nurina mula memancing. Syakir menjadi serba salah.
"Tahu tapi cuma tuan saja yang boleh masuk. Saya tak beranilah, puan."
"Alah, sayakan isteri dia. Saya janji saya akan back-up awak nanti." pujuk Eyna Nurina.
"Tapi puan..."
"Please !"
"Baiklah, mari ikut saya." akhirnya, dia bersetuju. Syakir memasukkan kod kata laluan sebelum pintu bilik terbuka.
"Puan masuklah." pelawa Syakir. Eyna Nurina menurut.
"Awak tak nak masuk sekali ?"
"Tak apalah, puan. Saya tunggu di luar sahaja. Apa-apa nanti saya bagitahu puan." tolaknya lembut.
"Tak apalah kalau macam tu."
Pintu bilik CCTV ditutup perlahan. Eyna Nurina mula melabuhkan punggungnya di kerusi yang terdapat di dalam bilik tersebut.
Matanya mula menghadap skrin. Dia terkejut. Hatinya berdebar-debar melihat apa yang disaksikan olehnya.
Kelihatan Haziqah sedang melentokkan kepalanya di bahu Aiman Alihan yang tidak berbaju. Mata mereka berdua sedang memandang ke arah skrin televisyen. Tapi yang membuatkan dia patah hati apabila melihat pakaian yang dikenakan oleh Haziqah.
Hanya berbaju dress paras peha. Dahlah jarang ! Aiman Alihan mula membelai lembut peha putih milik Haziqah. Gadis itu hanya membiarkannya.
Air mata mula bertakung di kelopak mata. Dia bingkas bangun. Pintu bilik dipulas. Dia berjalan lemah keluar dari bilik tersebut.
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Roman d'amour★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...