𝔼𝕡𝕚𝕝𝕠𝕘

15.5K 404 37
                                    

Uwekkkkkk uwekkkk

TANGISAN bayi kedengaran jelas di segenap bilik tidur Aiman Alihan dan Eyna Nurina. Eyna Nurina menikmati sarapan paginya. Manakala, Aiman Alihan pula sedang mengazankan anak lelaki mereka.

"Sayang..." Aiman Alihan merapati isterinya setelah habis mengazankan anaknya.

"Abang..."

Sebelah tangan Aiman Alihan sedang mendukung anak mereka manakala sebelah lagi mengenggam erat tangan si isteri.

"Maafkan abang sebab tak sempat bawa sayang ke hospital." ucap Aiman Alihan.

Eyna Nurina menggelengkan kepalanya. Dia tersenyum lebar.

"Sikit pun sayang tak kisah. Cukuplah anak kita dilahirkan dengan selamat."

"Alhamdulillah, sayang. Ermmm tak sempat isteri abang ni nak menikmati burger dia." usik Aiman Alihan.

"Haaa yang tu sayang tak puas hati ! Nanti belikan sayang burger boleh ?" pinta Eyna Nurina manja.

"Mana boleh ! Sayang baru je bersalin kot. Jangan buat gila."

"Alah, hal baru bersalin kita letak tepi sekejap."

Dahi Aiman Alihan berkerut. Pipi tembam Eyna Nurina dicubit geram.

"Mana boleh sayangku."

"Fine, sayang merajuk !" pipi dikembungkan. Muka dipalingkan ke arah balkoni.

Aiman Alihan tertawa kecil sambil tangannya memicit geram hidung Eyna Nurina.

"Azreal, tengok mummy. Mummy merajuk dengan daddy. Macam mana ni ?" adu Aiman Alihan kepada anaknya, Azreal Alihan.

Azreal Alihan tertawa. Seumpama dia mengerti dengan apa yang dikatakan oleh daddynya.

"Apa ? Cium mummy ? Eh, mestilah boleh ! Sekejap ea ?" Azreal Alihan diletakkan di atas tilam.

Eyna Nurina tetap dengan rajuknya. Aiman Alihan duduk berhadapan dengan isterinya.

Merajuk manja katakan !

"Sayang, sayang marahkan abang lagi ke ? Okey okey, abang minta maaf."

Tiada respon.

Aiman Alihan tidak mahu mengaku kalah. Kini, dia merapatkan jarak di antara wajah mereka. Eyna Nurina terkedu.

"Abang..." tubuh Aiman Alihan ditolak perlahan.

"Apa ?"

"Janganlah ! Sayang dalam keadaan pantang ni." dia cuba mengingatkan suaminya.

"Abang tahu." balas Aiman Alihan tenang.

"Habis tu ? Kenapa macam ni ? Control lah sikit." rengek Eyna Nurina.

"Abang tahu sayang tengah pantang. Kalau tak, memang cepatlah si Azreal dapat adik baru." ujar Aiman Alihan selamba dengan senyuman nakal.

Pak !

Sebiji bantal kecil milik Azreal Alihan dibaling ke arah Aiman Alihan. Aiman Alihan menangkapnya pantas.

"Apa ni sayang main kasar ?" Aiman Alihan mencebik.

"Abang tu ha miang keladi. Umur dah nak 40 pun still lagi macam budak-budak ! Rambut dah ada sikit uban !"

"Hello, puan Eyna. Orang kata lelaki makin berusia, makin hensem tau !"

"Itu orang kata. Bukan sayang !" bidas Eyna Nurina geram.

Aiman Alihan menjelirkan lidahnya sebelum mendakap erat tubuh besar Eyna Nurina. Eyna Nurina tertawa sebelum turut sama membalas pelukan sang suami.

BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now