Klak !
PINTU bilik hotel ditutup malas. Bagasi ditolak kasar sehingga terjatuh. Aiman Alihan mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kenapa ni sayangku ?" dia mula merapati isterinya.
"Apalah ayah tu. Cepat je buat kerja ! Baru nak spend time dengan diorang..." rungut Eyna Nurina.
Aiman Alihan menyembunyikan senyumannya. Kesian kau, Zul. Tak pasal-pasal kau yang kena. Dia tak tahu semua ni kerja aku ! Bisik hatinya.
"Alah, ayah nak kita honeymoon lah tu. Tengoklah, kita kahwin dah nak dekat setahun tapi tak bercuti. Mana ayah tak bising."
"Abang suka back-up ayah !"
"Eh, mestilah."
Eyna Nurina merenung tajam ke arah anak mata biru milik Aiman Alihan. Aiman Alihan hanya memaparkan wajah selambanya.
"Apa ? Tahulah abang ni hensem !"
"Hensem ? Eeee please lah !"
"Eleh, nak cakap saya bu..." belum sempat Aiman Alihan mahu penghabiskan ayatnya, telefon IPhone nya berdering.
Eyna Nurina mencuri pandang skrin telefon. Ait mukanya berubah keruh.
Sazzy telefon ?
Apa dia nak ni ? Tak tahu ke kitaorang tengah bercuti. Bagilah chance sikit !
"Hello, Sazzy. Kenapa call abang ni ?"
"Saja. Kenapa ? Tak boleh ke ?" soal Sazzy tidak puas hati.
Eyna Nurina hanya mencebikkan bibirnya. Aiman Alihan menjeling sekilas isterinya. Dia tersenyum.
Cemburu ke isteri abang ni ?
"Tak ada lah tak boleh cuma Sazzy call tak kena masa lah." terang Aiman Alihan.
"Kenapa pula tak kena masa ?"
"Ye lah, sekarang ni kan abang tengah berbulan madu. Abang nak bermanja-manja dengan Eyna lagi."
Sazzy berdecit. Dia merengus geram.
Eyna Nurina tersenyum. Walaupun dia tidak mendengari apa yang dibualkan oleh mereka tapi dia dapat merasakan bahawa Sazzy sedang marah.
"Abang tak payah nak menipu lah ! Selagi abang tak tunjuk tatu abang tu, selagi tu Sazzy takkan percaya. Jangan fikir Sazzy bodoh..."
Aiman Alihan terdiam.
"Abang akan bagitahu dia dalam masa terdekat ni." kedengaran Sazzy tertawa kecil.
"Sazzy tak percaya. Tu lah, sombong lagi."
"Kalau niat Sazzy cuma nak sakitkan hati abang, baik tak payah. Dahlah !"
Tit !
Panggilan dimatikan. Eyna Nurina mula mendekati suaminya. Dada bidang yang masih berbalut dengan baju, diusap perlahan.
"Kenapa ni ? Sazzy cakap apa ?"
Aiman Alihan menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
"Tak ada apa-apa lah."
"Betul ni ?" Eyna Nurina masih lagi curiga.
"Ya, sayang. Jom rehat-rehat. Kejap lagi kita jalan-jalan ea." pinggang Eyna Nurina dirangkul.
"Okey, abang. Jom !"
Tangan kasar milik Aiman Alihan ditarik menuju ke katil. Mereka mula melelapkan mata. Ingin berehat-rehat sebentar.
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romance★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...