KHAI melangkah ke arah Eyna Nurina yang sedang memasukkan bihun goreng yang dimasaknya ke dalam sebuah bekas. Dahinya berkerut.
"Puan tengah buat apa tu ?" jerkahnya.
"Eh, Khai !" kelam-kabut Eyna Nurina membetulkan kedudukan tudungnya. Takut-takut ternampak anak rambut.
"Sorry lah kalau saya buat puan terkejut."
"Tak apa. Ni ha saya tengah masukkan sikit makanan untuk bagi mak dengan ayah saya." terang Eyna Nurina.
"Ohhh..."
Khai menjenguk sedikit ke dalam kuali masakan. Dia agak terkejut.
Banyaknya dia masak ! Ni nak buat kenduri ke apa ?
"Banyaknya puan masak !"
"Hahaha saya saja je masak lebih. Nak bagi ahli keluarga yang lain rasa. Ni pekerja-pekerja yang lain dah makan ke belum ? Awak ?"
"Belum lagi. Saya bangun lambat hari ni. Nantilah saya makan dekat mamak macam biasa." Khai tersengih malu.
"Tak payah membazirlah. Ni saya masak lebih. Nanti awak ajaklah pekerja-pekerja lain makan sekali ya."
"Betul ke ni, puan ?!" Khai teruja.
"Betul..."
"Lepas ni puan ada nak keluar mana-mana ke ?" soal Khai.
"Saya tak tahu lagi. Kenapa Khai ?" dia pelik.
"Kalau puan nak keluar, saya akan teman puan." terang Khai.
Riak wajah Eyna Nurina berubah. Kenapa ? Aiman Alihan tak percayakan dirinya ?
"Kenapa pula ? Selama ni saya keluar sorang okey je. Kenapa tiba-tiba ?"
"Ini arahan daripada Han. Saya dibayar untuk menjaga keselamatan puan dan anak puan." Khai segera menjelaskan selepas melihat air muka Eyna Nurina berubah.
Eyna Nurina mengangguk lemah. Nampaknya, tak dapatlah dia nak melawat ibu lagi. Dia kecewa.
"Tak apa, Khai. Hari ni saya rasa malas nak keluar."
"Baiklah, puan."
Eyna Nurina mendiamkan diri sambil tangannya lincah memasukan bihun goreng ke dalam bekas-bekas yang disediakan olehnya.
Otaknya ligat berfikir. Ya, berfikir supaya dapat melarikan diri.
"Ermmm Khai, awak boleh tolong saya tak ?" idea mula muncul.
"Tolong apa puan ? Masukkan bihun ke ?"
"Eh, tak-tak ! Tolong hantarkan makanan-makanan ni dekat rumah family saya dengan family Han, boleh ? Saya tak laratlah."
"Ta-tapi puan..."
Wajah 'kesian' ditunjukkan. Dia benar-benar berharap. Khai menjadi serba salah.
"Baiklah, saya akan tolong puan." akhirnya, dia mengalah.
Eyna Nurina teruja. Tangannya kembali lincah memasukkan makanan ke dalam bekas makanan.
Kita dapat berjumpa lagi ibu !
✿✿✿
SEBELUM tiba di rumah ibu kandung suaminya, Eyna Nurina pergi ke pasar raya terlebih dahulu untuk membeli sedikit barang mentah untuk ibu suaminya.
Pintu bonet kereta ditutup. Tangannya memegang beberapa helai plastik yang penuh dengan barang dapur.
"Assalamualikum !" laungnya.
Tiada balasan. Pintu rumah terbuka luas.
"Assalamulaikum ? Ibu, Eyna datang ni !" dia mencuba lagi.
Namun, hampa. Tetap sama.
Mana ibu ni ? Boleh ke aku main masuk ni ? Tapi kenapa ibu tak tutup pintu ?
Eyna Nurina risau. Lagi-lagi apabila laungan salamnya tidak dibalas.
"Ibu ?!"
Ah, masuk je lah !
Dia terkedu apabila melihat keadaan rumah ibu mertuanya itu. Tunggang langgang ! Barang berterabur !
Orang pecah masuk ke ? Ya Allah...
"Ibu ?! Ibu dekat mana ? Ibu, keluar please." Eyna Nurina ketakutan.
Barang-barang yang dibelinya tadi diletakkan di atas meja makan. Matanya melilau mencari ibu mertuanya.
Mana ibu menghilang ni ? Risaunya aku !
"Ibu ?"
Krekkk...
Pintu bilik tidur Mastura dibuka secara perlahan-lahan. Kosong. Tiada penghuni.
"Ibu, ibu dekat ni ? Jangan buat Eyna risau." kini, pintu bilik air ditolak.
Tetap sama.
Tiada langsung kelibat Mastura.
"Eyna, tolong ibu !!!" kedengaran jeritan Mastura bergema di seluruh rumah.
Eyna Nurina panik. Dia mencari-cari Mastura namun tetap tidak jumpa. Dia semakin risau akan keselamatan ibu mertuanya.
"I-ibu dekat mana ?" soalnya gementar. Penyapu dicapai agar dapat menjadikan ia senjata.
"A-tas ! Eyna !!!"
Atas ? Atas bumbung ?
Matanya terpandang ke sebuah tangga. Kelihatan tangga tersebut seperti menghubungkan ke sesuatu tempat. Dengan perasaan berdebar-debar, dia mula mengikuti setiap anak tangga tersebut.
Rumah ni ada loteng ? Gelapnya !
Klak !
Keadaan menjadi terang benderang. Dia terkejut. Kelihatan Mastura sedang duduk di sebuah kerusi kayu sambil tangan dan kakinya diikat.
"Ibu !!!" dia cuba berlari mahu mendekati Mastura namun ada satu tangan besar menekup mulutnya.
"Eyna ?!!!!"
Eyna Nurina menarik nafasnya. Dia merasakan nafasnya tersekat-sekat. Akhirnya, dia rebah di situ.
Apa sebenarnya yang terjadi ?
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romance★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...