𝔹𝕒𝕓 24

7.2K 302 1
                                    

Hye ! Sis nak ingatkan korang balik watak yang dh lama muncul dlm story ni...

Puan Mastura/Ibu - Dia merupakan mak kandung kepada Aiman Alihan. Dia dibenci oleh anaknya sendiri. Untuk tahu kisah lebih lanjut sila baca semula di BAB 14-15.

✿✿✿

EYNA NURINA merenung lama rumah teres di hadapannya. Cantik. Bersih. Betul ke ini rumah dia ? Sekali lagi dia melihat alamat yang tertulis di kertas tersebut. Hah betul lah !

Dengan langkah berdebar-debar, dia mula melangkah ke pintu rumah teres tersebut.

"Assalamualikum..." laungnya.

Namun, tiada yang menyahut.

"Assalamualikum !" kali ini, dia memberi salam dengan nada suara yang agak kuat.

"Waalaikumsalam, sekejap ya." balas tuan rumah.

Eyna Nurina berdiri tegak. Dia sempat mengerling jam tangannya. Sudah menunjukkan pukul 9:00 pagi.

Pintu rumah dibuka. Mereka saling bertentang mata.

"Eyna !"

Eyna Nurina tersenyum lebar. Perlahan-lahan air mata mula mengalir.

"Ibu..."

Mereka saling berpelukan. Esakan mula kedengaran.

"Mari masuk, nak." tangan Eyna Nurina ditarik masuk ke dalam rumah.

Eyna Nurina melabuhkan punggungnya di atas sofa. Puan Mastura tersenyum gembira.

"Eyna duduk lah dulu ya. Ibu nak buat air sekejap."

"Susahkan ibu pula." Puan Mastura menggelengkan kepalanya.

"Tak apa, Na tunggu ya."

"Baik, ibu..."

Puan Mastura mula meninggalkan Eyna Nurina seorang diri di ruang tamu. Mata Eyna Nurina melihat sekeliling.

Boleh tahan luas rumah ni. Puji Eyna Nurina.

Sedang leka memerhati sekeliling, matanya pandang satu kotak yang terdapat di bawah cermin kaca. Dahinya berkerut. Kotak apa tu ?

Disebabkan rasa ingin tahu semakin menebal, dia mengambil kotak tersebut. Kotak dibuka. Terdapat beberapa keping gambar di dalam kotak tersebut.

"Comelnya. Ni gambar pak cik masa kecil ?"

Terdapat gambar seorang kanak-kanak lelak. Dia mula membaca tulisan yang terdapat di gambar tersebut.

Anakku... Kamu masih kecil. Jadilah anak yang berguna. Muhammad Aiman Alihan Lee bin Haikal Lee...

Lee ? Sejak bila nama dia ada lee ?

Satu lagi gambar diambil. Matanya terbeliak.

Siapa lelaki bertatu ni ?! Jijiknya aku... Apa yang best sangat ada tatu ni ? Buat rosak badan je !

Kelihatan seorang lelaki berbadan tegap berdiri tegak sambil kelapanya ditundukkan. Badan lelaki tersebut terdapat ukiran tatu naga yang agak besar. Wajahnya tidak kelihatan.

Sekali lagi, tulisan yang terdapat di bahagian bawah gambar itu dibaca.

Naga kebanggaan ku !

Kotak kembali diletakkan di tempat asal. Dia memejamkan matanya. Fikirannya melayang. Siapa lelaki tu ?

"Eyna, maaf ibu lambat."

"Tak apa, ibu..." Puan Mastura mula duduk di sebelah Eyna Nurina. Jari gadis itu di genggam kemas.

"Haish, dah lama rasanya kita tak berjumpa." Puan Mastura memulakan perbualan.

"Itulah, ibu. Masing-masing sibuk."

"Kamu macam mana ? Sihat ? Han sihat ?" soal Puan Mastura. Eyna Nurina tersenyum.

Takkan nak cakap aku demam pulak, kan ? Kang tak pasal-pasal kena marah plus membebel. Biasalah mestilah anak ikut ibu. Tengok perangai Aiman Alihan dah tahu. Getus hatinya.

"Alhamdulillah, kami sihat. Ibu ?"

"Ibu pun sama sihat."

"Sekejap, ini Han tahu tak yang Na nak ke sini ?"

Alamak ! Eyna Nurina tersengih. Puan Mastura mencuit hidung menantunya.

"Eyna, Han tu suami Na. Kalau Na nak ke mana-mana, Na kena bagitahu dia dulu. Sayang ibu ni nak masuk neraka ke ?"

Dushhh sekali dia main neraka daaa...

"Mestilah takut." bibir di cebik manja.

"Ha, kalau macam tu Na kenalah hormat suami Na. Sebelum nak buat apa-apa, kena bagitau dia dulu ya sayang." pesan Puan Mastura lembut.

"Baik, bu. Eyna takkan buat lagi !"

"Haaa macam tu lah anak ibu." tubuh Eyna Nurina didakap erat. Puan Mastura mula memejamkan matanya.

Dah lama rasanya tak merasa kasih sayang seorang anak. Tapi hari ini, ia berlaku walaupun Eyna Nurina merupakan isteri kepada anaknya. Keluh hati Puan Mastura.

Air matanya mula bergenang. Eyna Nurina mahu menegur namun dia segera membatalkan niatnya. Dia mahu memberi peluang wanita tua itu melepaskan perasaanya.

Eyna sayang ibu. Eyna akan tetap ada disisi ibu walaupun pak cik benci ibu... Bisik hati kecil Eyna Nurina. Dia mengetatkan pelukan.

✿✿✿

AIMAN ALIHAN menolak perlahan pintu rumahnya. Senyuman lebar menghiasi bibirnya. Plastik makanan diletakkan di atas meja.

"Eyna ! Ooo Eyna !" panggilnya. Tiada sambutan.

Aik, dia tidur ke ?

Dia mula berlari menuju ke bilik tidur mereka. Tiada orang. Dia mula cemas. Telefon pintarnya mula dikeluarkan lalu nombor Eyna Nurina didail.

Tit... Tit...

Mana dia ni ? Janganlah buat aku risau. Dahlah tengah demam.

"Nombor yang anda dail..."

Tit ! Panggilan dimatikan.

Aplikasi WhatsApp pula ditekan. Dengan segera, dia menaip sesuatu di nombor Eyna Nurina.

Awak dekat mana ? Saya risaukan awak. Please balik ! - Han

Telefon dibaling kasar ke atas katil. Dia merengus geram. Wajah diruap kasar.

Baliklah budak demam ! Janganlah buat saya risaukan awak. Keluh Aiman Alihan.

Ish Eyna ni... Org kata jgn keluar tapi dia tetap keluar !🙇🏻‍♀️


BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now