EYNA NURINA bermain-main dengan jari-jemarinya. Sekadar untuk menutup rasa gementar. Blouse labuh yang tersarung di tubuh gempalnya, dibetulkan. Mana lelaki itu ?
Pintu restoran dibuka. Kelihatan seorang lelaki segak masuk ke dalam. Eyna Nurina berkerut. Hurmm hensem mamat ni. Tapi kelihatan lelaki itu agak berusia. Untung isteri dia. Puji dia di dalam hati.
"Erm... Miss ? Awak ni Eyna ke ?" Eyna Nurina terkejut. Mana dia tahu nama aku ni ?!
"Ya, sa-saya."
Lelaki itu tersenyum sebelum duduk di kerusi berhadapan dengan Eyna Nurina.
"Err pak cik ni siapa ?"
"Oh ! By the way, saya Aiman Alihan. Just call me Aiman ! Jangan panggil pak cik lah. Macam tua sangat lah." Aiman Alihan memperkenalkan dirinya.
Eyna Nurina terpaku. Dia menundukkan wajahnya. Kesal.
"Kenapa ? Awak ada masalah ke ?" soal Aiman Alihan risau. Cermin mata hitamnya ditanggalkan.
"Ta-tak." balas Eyna Nurina gugup.
Kenapa ? Kenapa ?! Mereka tidak sesuai. Macam merpati dan pipit. Macam hensem and the beast. Aku ni dahlah gemuk. Dia pula badan tegap. Lepastu kacak. Ayah ni memanglah...
Air mata Eyna Nurina mula bergenang di kelopak matanya. Dia malu. Aiman Alihan semakin risau.
"Hei, kenapa ni ? Saya ada buat salah ke ? Okey, sorry sangat-sangat. Saya terlambat. Saya tadi dari universiti." terang Aiman Alihan.
Eyna Nurina menggeleng pantas. Dia tidak kisah. Lagipun apa hak dia untuk menghalang.
"Saya okey. Cuma saya rasa kita tak sesuai. Faham kan ?"
Wajah Aiman Alihan berubah riak.
"Kenapa ? Sebab umur kita jauh ? Saya dah tua, Eyna. Beza umur saya dengan ayah awak hanya 4 tahun sahaja."
"Saya tahu. Cuma fizikal kita. Saya ni gemuk. Pipi tembam macam apa. Lepastu..."
Belum sempat Eyna Nurina mahu menghabiskan ayat, Aiman Alihan terlebih dahulu memintas.
"Saya bukanlah lelaki yang memandang rupa. Bagi saya, rupa, pangkat dan harta bukanlah segalanya. Kita kena ikhlas, Eyna."
"Habis awak sanggup terima saya ? Sanggup dapat isteri macam saya ?" soal Eyna Nurina agak tegas.
"Saya sanggup."
Eyna Nurina terdiam. Hilang kata-kata.
"Baiklah ! Kalau itu keputusan awak, saya okey. Tapi awak kena masuk meminang dulu lah. Kita ni orang Melayu." sempat Eyna Nurina mengingatkan.
"Tapi saya orang Sarawak yang lahir di sini."
"Awak lahir kat sini kan, so ikutlah adat orang Melayu." balas Eyna Nurina geram.
Aiman Alihan tersengih. Dia tahu hal tersebut namun saja buat-buat 'bodoh'. Saja nak test bakal isterinya itu.
"Saya tahu lah !"
Eyna Nurina mencebik. Aiman Alihan pula tertawa.
"Saya laparlah. Saya oder makanan sekejap. Awak nak makan apa ?" soal Eyna Nurina.
"Saya nak nasi goreng kampung je lah. Air teh."
Eyna Nurina mengangguk sebelum bangun dari duduknya. Dengan perlahan-lahan, dia menuju ke kaunter.
Aiman Alihan mengetap bibirnya. Rasa bersalah mula menyelubungi diri. Maafkan saya Eyna...
Serentak itu, telefon iPhonenya dicapai lalu aplikasi whatsapp ditekan. Nama seseorang di cari. Lincah tangannya menaip.
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romans★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...