EYNA NURINA menghirup udara pada malam itu. Hahhhh segarnya ! Sejuk. Dia menoleh ke arah Aiman Alihan yang sedang rancak berbual dengan sepupu lelakinya, Mark. Dia hanya membiarkan sahaja. Lagi-lagi apabila mendengar Mark ketawa.
Aiman Alihan buat lawak ? Dalam bahasa inggeris pula tu ! Laju pula diaorang ni bersembang. Tak dapatlah aku nak curi-curi dengar. Eyna Nurina tersengih.
"Hei !" sapa seseorang. Eyna Nurina pura-pura terkejut.
Sazzy tersenyum paksa. Ini lah masanya !
"Hurmm kalau I nak tanya you something boleh tak ? Tak ada lah, I cuma pelik je." seloroh Sazzy.
"You boleh cakap Melayu ?"
"Ya, I dah lama duduk dekat Malaysia. So, tak ada masalah lah untuk I belajar, kan ?" Sazzy masih lagi berbasa-basi.
"Ya !" balas Eyna Nurina ringkas.
"Erm you dah lama ke kenal dengan abang Han ?" Sazzy memulakan soalan.
"Tak ada lah lama sangat. Kenapa ?"
"I pelik, macam mana korang berdua boleh rancang nak kahwin. Tiba-tiba je abang Han kata yang dia nak kahwin. Kami semua tak percaya mula-mula."
Eyna Nurina tertawa kecil. Kau fikir aku nak sangat dengan abang Han kau tu ?! Kalau tak disebabkan ayah aku paksa, memang tak lah aku setuju. Rungut Eyna Nurina.
"Kami kenal dalam sebulan je, tak sangka pula Han betul-betul serius." auta lebih kau ni Eyna !
Sazzy mengetap bibirnya. Menyampah !
"Cepatnya abang Han percayakan you." kata Sazzy selamba. Eyna Nurina tertawa kecil.
Wah ! Perempuan ni bikin wa panas !
"Saya pun percaya dia macam tu. Dah jodoh." balas Eyna Nurina dengan nada suara mendatar. Ikhlas tak ikhlas.
"Jodoh ke bodoh ?" soal Sazzy perlahan. Namun, masih lagi didengari oleh Eyna Nurina.
Eyna Nurina tersengih. Kau ingat aku tak dengar apa yang kau cakap ? Mestilah, jawapan dia bodoh ! Eh, apa kau merepek ni ? Kenapa kau back-up perempuan tarzan ni ?
"Hai, girls ! Rancak berbual ?" sapa Mark mesra. Aiman Alihan hanya tersenyum.
"Boleh lah." balas Sazzy acuh tak acuh.
"Hai, sayang. Kenapa masam je ni ?" soal Aiman Alihan sambil mencuit hidung Eyna Nurina.
Mata Eyna Nurina terbeliak. Selamba badak sumbu dia je nak cuit-cuit anak dara orang. Omel Eyna Nurina.
"Saya penatlah, bang. Ngantuk..." terang Eyna Nurina sambil membuat muka 'comel'.
Aiman Alihan tersenyum. Menahan diri agar tidak ketawa. Lawak melihat muka 'comel' Eyna Nurina.
Seram ada lah...
"Alololo kesiannya bakal isteri abang ni. Sekejap lagi abang hantar sayang balik eh ?"
"Okey, abang. Erm teman sayang jumpa mama dengan papa boleh tak ? Nak luangkan masa sekejap." pinta Eyna Nurina.
"Kenapa sayang tak nak luangkan masa dengan abang je ?" soal Aiman Alihan sambil melentokan kepalanya di bahu Eyna Nurina.
Ya Allah, beratnya lahai kepala pak cik ni ! Lenguh bahu aku dibuatnya. Dia ingat bahu aku ni bantal ke apa ?
"Bukan tak nak, bang. Takut nanti apa lah orang cakap. Kitakan belum sah lagi."
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romance★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...