𝔹𝕒𝕓 56

8.4K 287 0
                                    

SAZZY membuka matanya secara perlahan-lahan. Silau ! Kepalanya terasa berpinar. Dia memandang sekeliling. Kelihatan Aiman Alihan berada di sisinya.

"Abang ?"

"Sazzy ? Sazzy dah bangun ! Sekejap, abang panggilkan doktor."

Aiman Alihan mula berlari keluar daripada wad. Selang beberapa minit, dia kembali bersama-sama dengan seorang doktor dan juga beberapa orang jururawat.

"Encik, tolong keluar sebentar."

Dia akur.

Eyna Nurina yang entah datang dari mana sudah pun melabuhkan punggungnya bersebelahan sang suami.

"Sayang buat apa dekat sini ?" soal Aiman Alihan berbasi-basi.

"Tadi sayang check-up baby. Alang-alang baik sayang jenguk Sazzy. Macam mana dengan keadaan dia ?"

Eyna Nurina cuba berlagak biasa. Seperti tiada apa-apa yang terjadi di antara mereka.

"Sazzy dah sedar." balasnya acuh tak acuh.

"Alhamdulilah, boleh sayang nak tengok dia ?" Eyna Nurina gembira.

Aiman Alihan menggeleng.

"Doktor tengah periksa keadaan dia. Sekejap lagi kita tengok sama-sama."

Eyna Nurina tersenyum nipis. Ingin menutup rasa kecewa. Dia bingkas berdiri.

"Nak pergi mana ?"

"Nak makan sekejap dekat bawah. Perut ni dari tadi bunyi." terangnya. Perut diusap lembut.

Aiman Alihan mengangguk tanda faham.

"Nak abang temankan tak ?"

"Tak payah. Sayang boleh pergi sendiri. Okaylah, sayang pergi dulu..." beg tangan dicapai.

Dia mula mencipta langkah. Namun, dia tersilap langkah. Kakinya terpijak kain baju jubah yang dipakainya. Matanya dipejam rapat.

Secara tiba-tiba, dia dapat merasakan ada satu tangan yang sedang memeluk erat tubuhnya. Dengan perlahan-lahan dia membuka matanya.

Aiman Alihan...

"Abang..." dia terkesima.

"Lain kali hati-hati. Takut jadi apa-apa dekat baby." bisik Aiman Alihan.

Eyna Nurina merungkaikan pelukan. Dia agak malu.

"Errr sa-sayang pergi dulu. Sorry kalau menyusahkan abang."

"Sekejap !" Aiman Alihan menghalang.

"Kenapa ?" soalnya blur.

"Abang temankan sayang. Abang tak nak jadi apa-apa dekat sayang." nak tak nak Eyna Nurina akur.

Layanan Aiman Alihan tetap sama. Namun, Eyna Nurina masih lagi kecewa. Dia dapat merasakan bahawa lelaki itu masih marah terhadapnya.

Apa patut aku buat ?

✿✿✿

MATA Aiman Alihan tidak berkelip memandang tubuh Eyna Nurina yang kini sedang berdiri di hadapannya. Air liurnya terasa kelat.

"Errr erm...kenapa pakai baju ni ?" soalnya gugup.

Eyna Nurina tertunduk malu. Malu dengan renungan tajam milik mata biru sang suami.

"Errr sayang nak test je. Ye lah ingatkan boleh pakai baju ni time mengandung. Rupanya makin singkat." terangnya.

Baju tidur jarang berukuran paras lutut kini semakin singkat sehingga menampakkan peha putihnya. Maklumlah, perut semakin membesar.

"Ooo tapi kenapa terfikir nak pakai ?"

Apa aku nak jawab ni ? Eyna Nurina mati akal.

"S-sayang fikir sayang dah tak mampu nak berhias untuk suami sayang sejak sayang mengandung. Sayang rasa sayang isteri yang teruk sebab dah jarang layan abang dengan baik. Sayang betul-betul minta maaf..." Eyna Nurina jujur.

Aiman Alihan mencapai lembut lalu dikucup lama.

"Sayang, abang sikit pun tak kisah. Lagipun abang tak nak memaksa sayang. Abang pun minta maaf sebab terlalu ikutkan hati. Maafkan abang juga sebab dah abaikan sayang dengan anak kita..."

Mereka saling mengaku kesalahan. Ego diturunkan demi cinta dan sayang.

"Wo ai ni..." bisik Aiman Alihan romantik.

Eyna Nurina tersipu-sipu malu sebelum turut membalasnya dengan bahasa asing.

"I love you too..."

Mereka tertawa kecil. Sepasang anak mata hitam berkilat dan juga biru muda saling merenung antara satu sama lain. Perasaan cinta semakin mekar.

Aiman Alihan mendekatkan jarak di antara wajah mereka. Eyna Nurina memejamkan matanya.

"Ermmm sekejap..." Aiman Alihan menghalang.

"Kenapa ?" Eyna Nurina mengeluh.

Dia mencebik manja. Tidak puas hati.

"Sayang okey ke ? Baby tak terhimpit, kan ?"

Eyna Nurina tertawa. Terhimpit ? Ish, risau bebeno laki aku ni !

"Taklah, abang..." Eyna Nurina tersenyum lebar. Senyuman penuh makna.

"Ish, gediknya sayang abang ni !" Aiman Alihan masih lagi mahu bertarik tali.

Wajah ceria Eyna Nurina bertukar muram. Tubuh Aiman Alihan ditolak menjauhinya.

"Pergilah sana ! Salah ke sayang menggedik dengan abang ? Bukan sayang menggedik dengan lelaki lain pun !" Eyna Nurina tidak puas hati.

Aiman Alihan geli hati. Seronok melihat isterinya merajuk.

"Abang guraulah sayang. Hahaha jom sambung." ujar Aiman Alihan sambil mengenyitkan mata.

"Apalah abang ni ! Ish !" bahu Aiman Alihan ditepuk manja.

Tubuh sasa milik Aiman Alihan didakap erat. Wajah disembamkan ke arah dada lelaki tersebut.

"Assalamualikum sayang..."

"Waalaikumsalam abang."

Next part !➡️


BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now