BEG sandang diletak malas. Dia mengeluh sambil tangannya ligat membuka pin tudung. Aiman Alihan hanya memerhati sebelum berjalan mendekati isterinya.
"Kenapa ni ? Nampak macam stress je." sapanya lembut.
"Haish, penat sikit je ni."
"Penat lah ni ya ? Nak saya urutkan tak ?" pelawa Aiman Alihan. Eyna Nurina tersengih.
"Tak menyusahkan ke ? Saya yang jadi pelajar ni pun dah penat apatah lagi pak cik. Pak cik yang mengajar."
Aiman Alihan menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan kata-kata Eyna Nurina.
"Ya, saya memang penat tapi sikit je. Sini saya urutkan."
Akhirnya, Eyna Nurina mengalah. Aiman Alihan mula menyentuh bahu Eyna Nurina. Dahinya berkerut.
"Kenapa ?" soal Eyna Nurina pelik.
"Susahlah nak urut kalau ada baju. Macam mana nak letak minyak ?"
Eyna Nurina mengetap bibirnya. Dia mulai cuak.
"Errr bolehkan kalau urut tak payah sapu minyak ?"
"Lah kenapa pula ? Buka lah baju tu."
Eyna Nurina semakin ketakutan. Ah, dah rasa kena rogol pula bila main paksa-paksa ni. Rungutnya.
"Badan saya melekit lah. Mana tahu berbau." alasannya.
"Kalau macam tu awak mandi dulu. Jangan pakai baju. Keluar terus pakai kain batik." pesan Aiman Alihan.
"Ta-tapi..."
"Jangan risau. Saya takkan apa-apa awak sebab saya sendiri pun tak bersedia."
Eyna Nurina menghembus nafas lega walaupun dia sendiri tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu.
"Okeylah saya nak mandi dulu." tuala dicapai sebelum berlalu ke bilik air.
Aiman Alihan tersenyum nakal. Lepasni dapatlah dia 'cuci' mata.
Selang beberapa minit, Eyna Nurina keluar dari bilik air dengan memakai kain batik. Aiman Alihan merenungnya lama.
"Aip ! Pak cik dah janji kan tak nak buat apa-apa."
"Saya cakap tak janji."
Eyna Nurina mencebik sebelum melangkah ke almari bajunya.
"Dahlah, saya nak pakai baju."
Aiman Alihan segera mendapatkan isterinya. Tubuh seksi itu dipeluk erat.
"Hei, jangan ambil kesempatan dalam kesempitan lah !" berang Eyna Nurina.
"Alah, saya bergurau je lah. Jom..." ujar Aiman Alihan sambil menarik tangan isterinya ke katil.
"Sila meniarap ya puan." Eyna Nurina akur.
Perlahan-lahan Aiman Alihan meletakkan sedikit minyak urut ke badan gempal Eyna Nurina sebelum mula mengurutnya. Eyna Nurina mula memejamkan mata.
Sedapnyaaa dia urut. Kenapa tak buka kedai urut je dekat sini ?
"Sedap ?"
"Sedap pak cik urut. Saya suka..." jujurnya dalam keadaan menutup mata.
Rasa nak tidur pula.
"Kalau awak nak tidur, tidur je lah. Bila-bila masa nanti saya berhenti." bagaikan boleh membaca fikiran Eyna Nurina, Aiman Alihan berkata.
"Betul ke ni ?" dia inginkan kepastian.
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Roman d'amour★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...