𝔹𝕒𝕓 21

7.7K 355 8
                                    

JAMBANGAN bunga ros, dipegang erat. Dia membetulkan pakaian yang dipakainya buat kali terakhir. Rambut. Baju. Rupa. Semuanya lengkap ! Satu je belum lengkap adalah...

Memberi gadis pujaannya bunga !

Pintu dewan kuliah dibuka. Dia tersenyum lebar setelah dapat melihat wajah ayu milik gadis pujaannya.

"Hai, Eyna !" sapanya girang.

Eyna Nurina mengeluh panjang. Haish, apa dia nak ni ?! Kini, mereka berdua berada di hujung koridor. Takut jika perbualan mereka didengar oleh orang lain.

"Hurmmm..."

"Nah, untuk awak." dahi Eyna Nurina berkerut seribu.

"Saya rasa awak salah bagi bunga ni. Baik awak bagi bunga ni dekat peminat-peminat awak. Lagi bagus !"

Putera Harry mencebik. Dia menggelengkan kepala tanda tidak setuju.

"Tak nak ! Saya sukakan awak. Awak lagi penting dalam hidup saya." Degilnya lahai dia ni !

"Jangan jadi bodohlah, Harry. Awak dan saya berbeza. Bagai langit dan bumi. Kita takkan bersama. Tolonglah faham !" tegas Eyna Nurina.

"No ! Saya tak kisah tentang semua ni. Saya tetap sayangkan awak. Sudi tak awak jadi isteri saya ?"

Gila !

Eyna Nurina mula memicit kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Pening melayan perangai Putera Harry.

"Harry !"

"Saya serius, Eyna. Saya betul-betul nak jadikan awak sebagai isteri saya. Please ?" lamarnya lagi.

Ya Allah, drama apakah ini ? Bila semua ni nak berakhir ?

"Harry, kita ni masih belajar. Boleh tak jangan fikir lagi hal kahwin ?"

"Fine, darling tapi saya nak awak janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya ?"

Eyna Nurina mula menggelengkan kepalanya.

"Harry, please. Move on. Jangan pernah fikiran pasal kita. Kita cuma kawan."

"Tapi kita masih lagi boleh berkahwin, kan ?" Putera Harry tetap tidak berputus asa.

Tak, Harry. Kita tak boleh bersama...

"Sekarang ni saya tak nak cakap apa-apa. Saya nak fokus belajar. Awak pun sama. Kalau antara kita ada jodoh, ada lah. Kalau tak ada, awak faham-faham je lah sendiri ya..."

Selepas berkata demikian, Eyna Nurina terus melangkah meninggalkan Putera Harry. Kepalanya betul-betul berdenyut kuat.

Prang !!!

Jambangan bunga ros sudah pun selamat masuk ke dalam tong sampah. Penumbuk digenggam kemas.

Tak guna !

✿✿✿

SYAF dan Ilya memandang sayu sahabat baik mereka. Kelihatan Eyna Nurina sedang memicit-micit kepalanya sambil memejamkan mata. Nampak sangat gadis itu sedang stress !

"Na..." panggil Syaf.

Eyna Nurina perlahan-lahan membuka matanya.

"Hurmmm ?"

"Kau okey tak ni ? Nak kitaorang bawa kau pergi klinik tak ?" soal Syaf risau.

"Haah, jomlah babe !" sokong Ilya. Tangan Eyna Nurina ditarik.

"Eh, tak payah. Aku okey je ni." tolak Eyna Nurina lemah. Syaf dan Ilya akhirnya mengalah.

BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now