𝔹𝕒𝕓 20

8.6K 344 7
                                    

PAGI yang indah ! Eyna Nurina membetulkan rambutnya yang agak kusut. Mata digosok beberapa kali. Puasnya tidur. Dia tersenyum lebar.

"Bangun bangun. Tidur ke kerja..."

Senyuman Eyna Nurina lenyap. Kacau daun betullah !

"Haish..." keluh Eyna Nurina.

"Cepat pergi mandi. Lepastu kita jogging." arah Aiman Alihan.

"Jogging ?! Seriuslah ? Sepatutnya time cuti macam ni saya kena tidur lagi tau." Eyna Nurina cuba melepaskan diri.

"Tidur je awak tahu, kan ? Awak tu kena bersenam juga. Ini, asyik nak menambahkan lagi lemak dekat badan."

Dushhh !

Langsung tak boleh tengok orang senang ! Rungut Eyna Nurina.

"Saya malaslah, pak cik. Bagilah saya tidur dulu." rayu Eyna Nurina manja.

"No way ! Faster ! Pergi mandi, solat subuh berjemaah lepastu kita jogging."

"Petang nantilah jogging..."

"No."

"Alah !" Eyna Nurina berdecit. Mata dijulingkan.

Susah betullah dapat husband tak romantik ni ! Eyna Nurina tersenyum pahit.

"Dah, awak pergi mandi sekarang. Kalau tak, saya cium awak !" ugut Aiman Alihan.

Eyna Nurina menjelirkan lidahnya. Seakan-akan tidak gentar.

"Buekkk ! Takutnya..."

Cup !

Mata Eyna Nurina terbeliak. Pipinya mula kemerahan akibat malu. Pipinya dikucup !

Oh no !!!

"Arrghh apa masalah pak cik ?! Suka ambil kesempatan !" marah Eyna Nurina geram. Pipinya dikesat menggunakan hujung baju.

"Suka hati sayalah. Tadi bukan main berani."

Eyna Nurina hanya membalasnya dengan jelingan tajam. Aiman Alihan hanya berlagak tenang.

"Dah, pergi mandilah. Buat apa lagi duduk atas katil ni ?" Aiman Alihan mula bercekak pinggang.

"Jap, kenapa nak pergi jogging ni ?" Eyna Nurina masih lagi tidak puas hati.

"Supaya awak boleh kuruslah."

Biadap ! Mulut tak ada insuran ! Kutuk Eyna Nurina. Perasaan geram semakin menebal.

"Habis kalau saya tetap gemuk, pak cik dah tak nak saya lah ya ?! Nak kahwin lain, pergi lah. Tapi cer..." baru sahaja Eyna Nurina mahu membidas, Aiman Alihan terlebih dahulu menekup mulutnya.

"Awak ni memang biol eh ? Pagi-pagi lagi dah mengarut !"

'Suka hati nenek dia je nak cakap aku biol ! Tunggu kau...'

Eyna Nurina menjengkelkan matanya. Tanpa diduga, telapak tangan milik Aiman Alihan dijilat. Lelaki itu terkejut dek perbuatannya.

"Hei !!!"

Aiman Alihan mula mencipta jarak diantara mereka. Takut pula mahu mendekatkan diri dengan Eyna Nurina yang kelihatan buas itu.

Takut !

"Padan muka." ujar Eyna Nurina perlahan. Dia tersenyum puas.

Aiman Alihan mengeluh. Kepalanya yang tidak gatal, digaru. Macam-macam betullah !

Nak ajak jogging punyalah liat. Macamlah dia ajak gadis itu melakukan maksiat. Kalau dia berbuat demikian, wajarlah dan patut ditegur tapi ini tak ! Gerutu Aiman Alihan.

BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now