EYNA NURINA terpaku. Dia masih lagi tidak percaya dengan lamaran Aiman Alihan. Namun, dia kembali mengoyakkan senyuman. Kita memang suami isteri sayangku... Bisik hatinya.
"Maaf, saya tak boleh terima..."
Wajah Aiman Alihan berubah keruh.
"Kenapa ? Aku dah sentuh kau. Aku nak bertanggungjawab. Please kita kahwin..." pujuk Aiman Alihan
"Maafkan saya. Saya masuk bilik saya dulu."
Eyna Nurina segera bangun dari kedudukan duduk. Bukan dia tidak gembira cuma saja nak uji kesabaran lelaki itu.
Dulu, lelaki itu sabar melayan perangai tak semenggahnya. Manja macam kucing miang. Sekarang, dia dah hilang ingatan jadi kita uji dia semula. Mana tahu ingatannya kembali.
"Sekejap !"
"Awak nak apa lagi ? Saya tak ada masa nak layan lawak bodoh awak tu."
Aiman Alihan menggelengkan kepalanya. Dia kecewa dengan reaksi gadis itu.
"Aku tak buat lawak, Eyna. Aku serius nak memperisterikan kau." tangan Eyna Nurina diraih lembut.
"Tak perlu."
"Tapi kenapa ?!" Aiman Alihan naik berang.
"Apa guna perkahwinan kalau perasaan cinta dan sayang tak ada. Apa gunanya ? Tak apa, awak tak perlu bertanggungjawab. Saya pandai jaga diri saya..." air mata mula bergenang.
Aku cintakan kaulah, bodoh ! Hati Aiman Alihan merintih. Namun, ego dipilih.
"Kenapa ea ? Ke kau ni jenis perempuan murah ! Aku nak bertanggungjawab pun kau tak nak." sinis Aiman Alihan.
Eyna Nurina terkedu.
Perempuan murah ?
"Jaga mulut awak ya ! Jangan cuba-cuba nak menabur fitnah terhadap saya." amarannya.
Eyna Nurina mengetap giginya. Dia berasa betul-betul sakit hati dengan tuduhan lelaki tersebut.
"Huh, fitnah ?" Aiman Alihan masih lagi berlagak sinis.
"Kalau saya cakap kita ni suami isteri, awak percaya ?" soal Eyna Nurina serius.
"Mestilah tak ! Sejak bila kita kahwin ? Jangan buat gila !" Aiman Alihan tidak percaya.
"See ? Dahlah esok je lah kita bincang. Saya dah mengantuk sangat ni. Bye..." pintu ditolak.
"No ! Wait !"
"Awak nak apa lagi ?!" Eyna Nurina bagaikan ingin menangis.
"Tidur dengan aku malam ni."
Eyna Nurina menggelengkan kepala bererti tidak mahu. Dia masih lagi terasa hati dengan tuduhan kejam suaminya.
"Saya datang bulan. Saya tak boleh layan awak." alasannya dingin.
"Teman je. Please..." pinggang Eyna Nurina dirangkul dari belakang.
"Awak dah tuduh saya macam-macam lepastu awak suruh saya teman awak ?"
"Aku minta maaf. Aku tahu aku salah tapi aku betul-betul tak boleh terima apa yang kau cakap." Aiman Alihan memohon maaf.
Eyna Nurina mengeluh. Berat hatinya untuk menolak. Dia semakin inginkan suaminya.
"Hurmmm..." kepala dilentokkan di bahu sasa milik Aiman Alihan. Mata mula dipejam rapat.
Nyamannya...
✿✿✿
EYNA NURINA hanya menundukkan kepala. Dia rasa tidak sedap hati. Kini dihadapannya ada mama dan ayahnya dan juga mama dan papa mertuanya. Aiman Alihan turut berada disisinya.
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romance★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...