𝔹𝕒𝕓 54

8.6K 314 15
                                    

USAI solat isyak secara berjemaah, Eyna Nurina dan Aiman Alihan hanya bermalas-malasan di katil. Bahu Eyna Nurina diurut perlahan.

"Sorry lah abang. Patutnya sayang yang kena urut abang. Ini tak, abang yang urut sayang."

Aiman Alihan menggelengkan kepalanya. Tidak setuju dengan kata-kata isterinya.

"Kenapa cakap macam tu ? Sayang kan mengandungkan anak abang. Abang tahu bukan senang. Jadi biarlah abang yang jaga sayang baik-baik." ujar Aiman Alihan lembut.

Eyna Nurina tidak membalas. Dia hanya tersenyum nipis. Suasana senyap buat seketika.

"Ermmm abang..." panggil Eyna Nurina.

"Ya, sayang ?"

"Tadi kan Sazzy datang jumpa sayang dekat U." Eyna Nurina mula membuka cerita.

Dahi Aiman Alihan berkerut.

"Dia nak apa ? Dia ada apa-apa kan sayang ke ?" soalnya risau.

"Saja borak-borak kosong. Dia tanya pasal keadaan abang." terang Eyna Nurina.

"Kenapa dia sendiri je tak jumpa abang ?"

"Mungkin dia takut ganggu abang kot ? Ye lah mana tahu abang ada kelas waktu tu."

"Betul jugak tu..."

"Tapi kan bang, sayang rasa ada something wrong lah. Sayang tak tahu kenapa dengan sayang ni. Rasa curiga betul dekat dia."

Benar katanya, sejak bersua muka dengan Sazzy siang tadi, dia berasa tidak sedap hati sampailah sekarang.

"Kenapa sayang rasa macam tu ?"

"Sayang sendiri pun tak tahu."

Kring... Kring... Kring...

Telefon pintar milik Aiman Alihan berdering menandakan panggilan masuk. Dahi Aiman Alihan berkerut sebelum mengangkat panggilan.

"Hello ? Ya, saya. Saya Aiman. Kenapa ya, tuan ?"

Eyna Nurina masih lagi di katil. Memerhati suaminya.

"Baiklah, saya pergi sekarang."

Klik !

Panggilan dimatikan. Aiman Alihan beralih ke arah isterinya.

"Kenapa, bang ?"

"Polis. Dia suruh abang datang balai. Diaorang kata diaorang dah jumpa pelaku yang menjadi punca kemalangan." terang Eyna Nurina.

"Ohhh ye ke ? Abang pergilah. Hati-hati tau bawa kereta tu."

"Sayang okey ke duduk rumah ?" Aiman Alihan risau.

"Sayang okey je bang. Lagipun Mak Kiah kan ada. Dia boleh jaga-jaga sayang dengan baik."

"Betul ni sayang ?"

Berat hatinya mahu meninggalkan isteri tercinta di rumah. Lagi-lagi apabila gadis itu sedang mengandungkan anaknya.

"Betul... Abang pergilah. Kang nanti lambat."

Usai menukar pakaian, Aiman Alihan kembali merapati isterinya. Perut besar itu diusap dengan penuh kasih sayang.

"Anak daddy tengah buat apa tu ? Daddy nak keluar sekejap tau. Tolong jagakan mummy untuk daddy, boleh ? Daddy tahu anak daddy ni kuat macam daddy dengan mummy..."

Eyna Nurina tersenyum lebar. Aiman Alihan terus menyambung. Seakan-akan anaknya betul-betul ada di depan mata.

"Okeylah, daddy dah kena gerak ni. Nanti daddy balik ya sayang. Assalamualikum anak daddy."

BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now