𝔹𝕒𝕓 15

8.5K 369 9
                                    

EYNA NURINA merengus geram. Aiman Alihan dipandang serius. Kecik besar, kecik besar je aku tengok mamat ni !

"Why ?" soalnya bersahaja.

"Pak cik ni memang kan !"

"Apa yang saya buat ?" dia berpura-pura seperti tidak faham.

"Jangan buat-buat tak tahu boleh tak ?! Kenapa layan ibu macam tu ? Berdosa tahu tak ?! Hei, sedarlah sikit. Ibu yang lahirkan pak cik. Adab tu cuba jaga sikit !" hambur Eyna Nurina geram.

Aiman Alihan kekal diam. Tidak tahu apa yang patut dia balas. Sentap lah tu...

"Saya dah tahu semuanya. Ya, memang salah ibu tapi dia tetap ibu pak cik. Tolong lah pak cik..." sambungnya lagi.

Aiman Alihan menghela nafas berat. Wajah bersih si isteri ditenung tanpa perasaan.

"Awak tak faham..."

"Saya tak faham ?! Deyyyyyy pak cik, memang lah saya tak faham dan takkan faham tapi cuba lah maafkan dia."

Aiman Alihan tidak berkata apa-apa. Dia terus meninggalkan Eyna Nurina yang terkedu di situ. Gadis itu kaku.

"Hei, saya tak habis cakap ni !" jerit Eyna Nurina geram.

Aiman Alihan termenung di atas sofa. Perasaan bersalah dan menyampah menguasai diri. Akhirnya, perasaan menyampah dipilih.

Ah, wanita itu tak tahu malu ! Dah lah perangai macam perempuan jalang, lepastu terkedek-kedek datang balik. Arrrghh stressnya !

✿✿✿

EYNA NURINA memicit-micit kepalanya yang agak pening. Kejadian petang tadi membuatkan dirinya ragu-ragu dengan Aiman Alihan.

"Ibu cerita slow-slow. Insya-Allah, Eyna faham..." pintanya dengan nada suara lembut.

Puan Mastura menarik nafas sebentar sebelum mula bercerita. Sesekali matanya mencuri pandang wajah suci milik anak menantunya itu.

"Dulu, ibu belajar dekat U.K sama dengan papa Han. Kami jatuh cinta dan terus mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan kami diterima keluarga. Namun..."

Puan Mastura mengeluh panjang. Eyna Nurina setia menunggu dengan sabar.

"Hubungan kami suami isteri dingin selepas bekas kekasih papa Han datang semula. Masa tu, papa Han ada kerja di Sabah, tinggallah ibu sorang di rumah. Rupa-rupanya perempuan tu fitnah ibu bawa lelaki lain masuk ke dalam rumah..."

"Papa percaya ?" soal Eyna Nurina geram.

Puan Mastura mengangguk lemah sebelum menyambung.

"Papa ada kelemahan iaitu mudah percaya kata orang dan juga suka tolong seseorang tanpa tahu niat sebenar seseorang tu..."

Eyna Nurina terdiam seketika. Otaknya ralit berfikir.

"Perempuan tu mama Lisa ke ?" Puan Mastura menggelengkan kepalanya.

"Tak, perempuan yang memfitnah itu hilang entah ke mana. Lepas beberapa bulan kami bercerai, papa Han kahwin lain dengan Lisa."

"Jadi mama Lisa bukan mama kandung abang Han lah ?!" Eyna Nurina terkejut.

"Ya, sayang..."

"Lepastu apa jadi, ibu ?"

"Haish, lepas kami berpisah, nek bonda, papa Han dan juga Han benci ibu..."

Belakang Puan Mastura diusap perlahan. Satu kucupan lembut dihadiahkan. Puan Mastura jelas terkejut.

"Kamu tak jijik ke dengan ibu ?" soal Puan Mastura dengan nada suara bergetar-getar menahan sebak.

BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now