𝔹𝕒𝕓 43

8.1K 334 18
                                    

PERLAHAN-LAHAN dia membuka kelopak matanya. Kepalanya pening. Dia mula mengubah posisi daripada baring ke duduk. Segenap ruang bilik dipandang berkali-kali.

Aku dekat mana ni ?

Aku masih lagi menjadi tawanan Leong ? Tapi kenapa bilik ni berbeza. Eyna Nurina semakin pening.

"Lu dah sedar." kata seseorang.

Eyna Nurina segera mencari pemilik suara tersebut. Kelihatan seorang lelaki cina yang agak berumur sedang duduk di birai katil sambil memerhatikannya. Terdapat juga seorang wanita menemani lelaki cina tersebut.

"Pa-pak cik ni siapa ?" Eyna Nurina ketakutan.

"Wa Lim. Wa bapa saudara kepada Dragon. Jadi lu kena panggil wa uncle Lim." terang Uncle Lim.

Eyna Nurina mengangguk. Dia berasa lega. Aku dah selamat ! Alhamdulillah !

Tapi...

"Mana Dragon ?" soal Eyna Nurina. Dia benar-benar ingin tahu.

"Dragon masih lagi belum pulang. Dia suruh wa jaga lu dekat sini." Eyna Nurina mengeluh. Janganlah jadi apa-apa dekat suami aku.

"Maaflah kalau saya menyusahkan uncle." pohon Eyna Nurina. Uncle Lim menggelengkan kepala.

"Haiyaa ! Tak ada masalah. Lagipun ini rumah lu. Apa lu nak minta maaf ?"

"Rumah saya ?"

Eh, biar betul ?! Setahu aku, rumah aku dengan Aiman Alihan hanyalah sederhana. Tidaklah macam rumah ini. Besar semacam.

"Ini rumah Dragon. Rumah ini memang dah lama ada. Macam-macam dah jadi dekat rumah ni." Uncle Lim mula membuka cerita.

"Macam-macam jadi ? Jadi apa ?"

"Dulu, rumah ini banyak kisah pahit. Membunuh olang, mendera olang, memotong anggota badan olang semuanya dalam rumah ni."

Eyna Nurina mula kecut perut. Gila ! Seramnya rumah ni walaupun cantik macam istana.

Membunuh. Mendera. Memotong.

Arrgghh boleh gila aku dibuatnya !

Uncle Lim yang menyedari perubahan wajah Eyna Nurina, segera menenangkannya.

"Eh, lu tak perlu bimbang. Itu cerita lama. Sekarang, Dragon dah berubah. Dia sangat sayangkan lu."

"Tapi kenapa dia tipu saya ? Kenapa tak jujur dari awal ?!" Eyna Nurina mula membentak.

"Sebab dia tak mahu kehilangan lu. Dia takut lu tinggalkan dia. Dia perlukan masa untuk bagitahu lu."

Air mata Eyna Nurina mula bergenang. Rambut dikusutkan. Dia stress.

"Lu rehatlah dulu. Nanti Dragon baliklah tu jumpa lu. Wa nak keluar. Kalau lu bosan, pusinglah villa ni. Ini villa lu juga !" pesan Uncle Lim.

Eyna Nurina mengangguk lemah. Wanita yang tadi berdiri di sebelah Uncle Lim mula memapah lelaki tersebut supaya duduk di kerusi roda. Mereka berdua mula meninggalkan Eyna Nurina keseorangan.

Eyna Nurina mengesat air matanya. Dia tersenyum. Matanya merenung lama sebuah bingkai gambar yang tergantung di dinding. Besar saiznya.

Gambar perkahwinannya dan juga Aiman Alihan.

Eyna Nurina kembali rasa sebak. Tak sanggup melihat gambar Aiman Alihan yang sedang tersenyum lebar memandangnya. Dia semakin rasa bersalah.

Maafkan Eyna... Maafkan sayang...

BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now