EYNA NURINA perlahan-lahan membuka matanya. Jam dinding dikerling malas. Sudah menunjukkan pukul 1:05 pagi. Dia mengeluh.
Lamanya aku tidur. Nampaknya malam ni aku tak payah makanlah. Baik aku sambung tidur. Baru sahaja dia mahu kembali menutup matanya, dia dapat merasakan ada mata yang merenungnya.
Dia tercengang. Mata biru tu...
"Abang ?" dalam keadaan gelap, dia cuba memanggil suaminya. Takut ianya mimpi.
"Sayang..." sahut empunya suara.
"Abang kan ?! Abang !" tubuh sasa sang suami dipeluk erat.
"Ya, sayang. Abang dah balik." bisik Aiman Alihan lembut.
"I miss you !" bertalu-talu wajah Aiman Alihan dikucup. Air mata sudah lebat mengalir.
Aiman Alihan mengetatkan pelukan. Dia amat merindui isterinya. Dan dia sengaja tidak memakai baju. Dia mahu isterinya terima dia seadanya.
"Maafkan abang sebab dah kecewakan sayang. Abang betul-betul menyesal. Hukumlah abang kalau itu boleh membuatkan sayang maafkan abang..."
"No, sayang yang salah. Sayang yang tinggalkan abang."
Aiman Alihan pantas menggeleng. Pipi tembam Eyna Nurina diusap perlahan.
"Tapi semua ni berpunca daripada abang."
"Ermmm dahlah...kita lupakan semua tu. Yang penting hubungan kita semua isteri kembali pulih." ujar Eyna Nurina.
"Sayang dah maafkan abang ?" soal Aiman Alihan mahu kepastian.
"Dah. Abang pun maafkan sayang tau."
"Okey, sayang..."
Rambut panjang Eyna Nurina diusap dengan penuh kasih sayang. Bibir merah gadis itu direnung lama. Tiba-tiba naluri kelakiannya melonjak naik.
"Erm abang..." dia mula menundukkan kepalanya. Rasa bersalah.
"Shhh... Sayang dah bersedia jadi isteri sebenar abang." bisik Eyna Nurina.
"Sayang pasti ?"
"Hurmmm..." kepala diangguk.
"Sayang nak bagi abang zuriat yang sihat dan baik. Sayang betul-betul dah sedia."
"Sayang dah bersedia nak pikul tanggungjawab tu walaupun sayang masih lagi tengah belajar ?"
Eyna Nurina mengenyitkan matanya. Aiman Alihan tersenyum nakal.
"Jom tidur." sebuah kucupan hangat dihadiahkan kepada Eyna Nurina. Bibir merah itu dikucup lama.
"Assalamua'laikum isteri abang..." tubuh gempal Eyna Nurina ditolak perlahan membuatkan gadis itu terbaring di atas katil.
"Waalaikumsalam abang..."
Malam itu merupakan sebuah malam yang amat manis buat Eyna Nurina dan Aiman Alihan. Mereka berharap hubungan ini akan kekal lama.
✿✿✿
"GOOD MORNING abang and kakak !" ucap Haziqah ceria. Mereka saling berbalas senyuman. Manakala, Khai pula mencebik.
"Huh, dekat abang tak wish pulak !"
"Ayokkk Khai dah merajuk. Baik Ziqah pujuk." sakat Aiman Alihan. Haziqah tersengih.
"Abang marah ke ?" soal Haziqah.
Adoi apahal bengap sangat kau ni Ziqah ! Banyak sakit kepala wooo...
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romance★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...