CERMIN besar dihadapannya, dipandangnya lama. Tubuh sasanya yang dihiasi dengan ukiran tatu seekor naga kelihatan di cermin tersebut. Bagi sesiapa yang melihat tatu tersebut mesti akan menggigil ketakutan.
Penumbuk digenggam erat. Gigi diketap. Dia berasa kesal. Kejadian petang tadi kembali menerjah fikirannya.
"Han yakin ke Eyna boleh terima Han seadanya ?" soal Tuan Haikal.
"Kenapa papa cakap macam tu ?"
"Papa cuma risau kalau Eyna tahu siapa sebenarnya Han. Papa tak nak tengok anak papa merana." terang Tuan Haikal.
Aiman Alihan mengeluh.
"Nak buat macam mana papa ? Ini pilihan Han. Biar Han saja yang menanggungnya." ujar Aiman Alihan perlahan namun tegas.
Puan Lisa mengeluh. Pipi anak bujangnya dipegang kemas.
"Mama akan doakan kebahagiaan Han dengan dia..."
Aiman Alihan tersenyum hambar sebelum mendakap tubuh mamanya.
"Terima kasih mama..." Puan Lisa tersenyum senang. Air mata cuba ditahan.
"Kawan Han merangkap bakal bapa mertua Han tahu tak pasal tatu dan siapa sebenarnya Han ?" soal Tuan Haikal sekadar untuk menghilangkan suasana muram.
"Tahu, pa. Memang Han dah bagitahu. Alhamdulillah dia okey cuma dia risau Eyna tak boleh terima."
Tuan Haikal mengangguk faham. Puan Lisa mengelap sisa air matanya. Dia kembali menguntum senyuman.
"Bila Han nak bawa jumpa Eyna dengan kami lagi ? Mama rindu dia." Puan Lisa mengubah topik perbualan.
"Kenapa ? Mama nak jumpa dia ke ?"
"Haah, mama rindu nak jumpa dia. Dah lama tak bergosip dengan dia." balas Puan Lisa sebelum tertawa kecil.
Aiman Alihan menggelengkan kepalanya. Mama... Mama macam-macam !.
"Okey mama, nanti Han bawa dia jumpa mama." Puan Lisa mengangguk.
"Okeylah, Han naik dulu. Nak rehat sekejap. Nanti sebelum maghrib kejut Han ya." sempat Aiman Alihan berpesan.
"Rehatlah, Han. Mama tahu dari rumah kamu nak ke sini jauh. Nanti mama kejutkan."
Aiman Alihan tersenyum nipis sebelum melangkah ke tangga untuk ke bilik tidurnya. Dia segera menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum berehat.
Tok ! Tok ! Tok !
Baru sahaja dia mahu memakai baju, pintu biliknya diketuk beberapa kali. Apa mama nak ? Pintu dibuka.
Sazzy meluru masuk ke dalam. Aiman Alihan terlopong. Apa sepupu perempuannya itu nak ? Tiba-tiba sahaja datang.
"Sazzy nak apa ? Abang Han nak rehatlah." runggut Aiman Alihan. Sazzy mencebik.
"Sazzy rindu abang. Nak Sazzy tidurkan ?" pelawa Sazzy tanpa segan silu. Senyuman mengoda diberikan.
"Apa Sazzy cakap ni ?! Jangan mengarut !" bentak Aiman Alihan.
Sazzy tetap dengan wajah selambanya. Sedikit pun tidak terasa hati. Dia mengekalkan senyuman.
"Mana ada Sazzy mengarut. Abang Han ni buat-buat tak tahu pula, Sazzy kan dah lama sukakan abang. Cuma abang je jual mahal."
Aiman Alihan memejamkan matanya sejenak. Pening kepala melayan perangai tak semenggah sepupunya itu.
"Sazzy, abang Han dah tua. Carilah lelaki muda kat luar sana."
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romance★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...