AIMAN ALIHAN menjadi hilang arah. Lagi-lagi selepas mendengar rengekan manja yang keluar daripada mulut Eyna Nurina. Padahal matanya masih lagi tertutup. Mengigau ke dia ni ?
"Mama, Eyna sakit. Hiks hik sakit, ma. Eyna sakit..." ayat itu sahaja yang berulang-ulang keluar dari mulut gadis itu.
Mesti dia ni anak mak. Getus hati Aiman Alihan.
Mahu sahaja dia menelefon ibu mertuanya tapi takut pula dilabelkan 'suami yang tak tahu jaga isteri'.
"Eyna, bangun..." kejut Aiman Alihan lembut.
Tiada respon.
"Eyna, bangun..." kali ini, pipi tembam Eyna Nurina ditepuk perlahan.
Dahi Eyna Nurina berkerut apabila merasakan pipinya ditepuk oleh seseorang.
"Hurmmmm ?" soalnya mamai. Perlahan-lahan mata dibuka.
Gulp !
Matanya membulat. Jarak antara wajah mereka amatlah rapat sehingga dia boleh merasakan deruan nafas Aiman Alihan menampar pipinya.
"Warrrghhhhh !!!"
Pap !
"Adoi !"
Aiman Alihan menekup mukanya. Sakit terasa apabila mukanya 'dihumban' dengan bantal gara-gara angkara Eyna Nurina.
Huh, nasib baiklah dia tengah demam. Kalau tak.... Keluh Aiman Alihan.
"Pak cik ? Kenapa kejutkan saya ?"
"Solat subuh." Eyna Nurina menggelengkan kepalanya.
"Saya period."
"Lah, sorrylah saya gangu awak tidur. Sambunglah nanti." Eyna Nurina tersenyum nipis melihat Aiman Alihan.
"Yang awak pandang saya semacam dah kenapa ? Ingat saya tergoda ?"
"First time pak cik macam ni. Selalunya bukan main membebel. Sekarang ni baik semacam !"
Aiman Alihan mencebik.
"Saya membebel, awak marah. Saya baik pun, awak pelik. Ish !" kepala Eyna Nurina di luku.
"Alooo, ye lah..." bibir dijuihkan.
"Sekarang ni saya nak awak sarapan. Lepastu makan ubat."
"Ubat lagi !" keluh Eyna Nurina.
"Okey, saya buat tawaran. First, makan ubat lepastu boleh sambung tidur. Second, awak kena kiss saya dan saya tak jadi pergi universiti. Ha pilih !"
Mata Eyna Nurina terbutang. Kenapa dalam banyak-banyak tawaran, tawaran bodoh tu juga dia nak bagi ?
"Jap jap, kenapa pula pak cik tak pergi U kalau saya cium pak cik ?"
Aiman Alihan tersenyum nakal. Mata dikenyitkan.
"Yelah, bila awak kiss saya mestilah...." sengaja dia menggantungkan ayatnya. Mahu menguji Eyna Nurina.
"Mestilah apa ?!" Eyna Nurina mula cuak.
"Mestilah kita ehem ehem hihihi..."
Benyai punya suami ! Peha Aiman Alihan yang berlapik dengan seluar, dicubit geram.
"Bongok ! Otak kuning ! Benyai !" maki Eyna Nurina. Aiman Alihan mula ketawa.
Adui, dia mencarut lagi ! Nasib kaulah Han. Hari-hari kena dengar anak gajah ni mengamuk ! Siapa suruh cari pasal ?
"Hahahaha okey-okey, sekarang ni awak pilih. Mana satu ?" sekali lagi, dia mengenyitkan matanya.
"Saya pilih nak makan ubat. Tak hingin saya cium muka macam pak cik ni !"
Aiman Alihan mencebik. Dia terasa hati dengan kata-kata isterinya namun dia membiarkan sahaja perasaan itu.
'Jangan jadi childish, Han.' bisik hatinya.
"Okey, good ! Makan ni." pinggan yang berisi nasi lemak dihulurkan. Eyna Nurina menyambut.
"Makan ya. Lepastu makan ubat."
"Pak cik tak pergi universiti ke ?" soal Eyna Nurina pelik. Dia baru perasan pakaian yang dipakai oleh Aiman Alihan.
Baju kemeja putih, tie merah hati dan juga seluar slack hitam. Not bad !
"Pergi tapi lambat sikit kot. Ye lah, saya pun nak kena jaga baby besar ni !"
Eyna Nurina tersengih. Rasa terharu dengan kata-kata Aiman Alihan.
"Hahahaha pak cik pergilah U dulu. Saya boleh duduk rumah."
"Betul ni ?"
"Ya..."
"Okey, saya pergi dulu. Jaga rumah okey ? Jangan keluar tau. Kalau nak keluar, call saya. Nanti saya ambil. Lepastu, nanti tengahari saya balik sekejap tau. Bawa makanan untuk awak. Take care ! Bye assalamualaikum...." pesan Aiman Alihan panjang lebar.
"Waalaikumsalam, hati-hati bawa kereta." Eyna Nurina menyalam tangan suaminya.
Aiman Alihan terkejut. Tak pernah-pernah Eyna Nurina menyalamnya. Kali terakhir, masa akad nikah mereka.
Aiman Alihan mula melangkah keluar daripada bilik tidur mereka. Dia menuju ke garaj kereta. Perlahan-lahan kereta mewahnya keluar daripada perkarangan rumah.
Di dalam bilik pula, setelah memastikan Aiman Alihan sudah pergi ke tempat kerjanya, Eyna Nurina terus menuju ke laci meja soleknya.
Sepucuk surat dikeluarkan. Terdapat alamat yang ditulis di surat tersebut.
Eyna Nurina tersenyum lebar.
Siapa punya alamat yang terdapat di surat tersebut ?
Done🌚💚
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romance★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...