MEREKA saling berpandangan. Masing-masing tidak berani mahu bersuara. Lagi-lagi selepas mendengar raungan dan jeritan nyaring yang dihasilkan oleh sahabat baik mereka, Rose.
"Rose, ke-kenapa dengan kau ni ?" soal salah satu daripada mereka. Namanya Fatin.
"Dia... Dia... Patut mati. Dia perampas !"
Dahi Fatin berkerut. Dia ? Siapa yang dimaksudkan ?
"Siapa dia ?" kali ini, Mawar memberanikan diri untuk menyoal.
"Perempuan sial tu ! Dia perampas ! Dia patut mati !!!" jerit Rose sambil mencapai pisau lipat di atas meja.
Mawar dan Fatin segera mendapatkan Rose yang meracau bagaikan orang kurang siuman. Pisau lipat terjatuh ke lantai.
"Ya Allah, cuba bawa bertenang. Kenapa ni ?!"
"Dia dah kahwin, Fatin. Dia dah kahwin dengan perempuan gemuk tu. Kenapa ? Kenapa dia tak terima aku ? Aku sayangkan dia. Aku tak nak kehilangan dia..." esakan Rose mula kedengaran.
Mawar dan Fatin saling berpandangan lama. Cuba berfikir sejenak.
"Dia tu adalah sir Han ?" tembak Mawar. Rose mengangguk lemah.
Ah ! Aku dah agak dah. Semalam merupakan hari bahagia pensyarah yang mengajar mereka dengan gadis pilihannya. Mana Rose tak meroyan. Rose sudah lama menyimpan perasaan terhadap gurunya itu. Namun, perasaannya sedikit pun tidak diendahkan. Alasan yang diberikan hanyalah...
"Saya anggap awak sebagai pelajar saya sahaja. Tidak lebih !"
Rose langsung tidak berputus asa. Dia tetap cuba sebaik mungkin untuk menawan hati lelaki ego itu. Namun, semuanya hancur selepas mendapat tahu bahawa lelaki itu sudah pun bergelar suami orang pada hari semalam.
"Rose, kau kena terima takdir." pujuk Mawar lembut.
Rose menggeleng kepala sebelum tertawa besar. Rambutnya yang serabai membuatkan Fatin dan Mawar buntu.
"Aku nak perempuan tu mati."
"Astagfirullah Rose ! Cuba bawa mengucap. Ingat Allah. Jangan ikutkan sangat bisikan syaitan tu."
"Ah ! Kau diam ! Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kalau aku tak dapat dia, perempuan tu pun tak boleh !" ujar Rose perlahan dalam sisa ketawanya.
Mawar dan Fatin hilang kata-kata. Mereka tidak tahu mahu lakukan apa lagi. Nampaknya Rose betul-betul tidak dapat menerima takdir.
Sabarlah kawan. Semua ni ada hikmahnya...
✿✿✿
" LA la la la..."
Kedengaran suara seseorang sedang rancak menyanyi di dapur sambil menyediakan makanan. Fatin memandang Mawar. Mawar menjongkitkan bahunya.
"Eh, dah bangun rupanya korang berdua. Ini breakfast." sapa Rose mesra sambil meletakkan bekas makanan yang berisi nasi goreng.
"Rose ?" panggil Mawar was-was.
"Ya ?"
"Are you okey, babe ?" soal Mawar ingin kepastian. Takut sahabatnya itu tersalah telan ubat.
"I'm okey. Kenapa ?" soal Rose kembali. Senyuman manis masih lagi terukir di bibirnya.
"Errr tak ada apa-apa."

YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romantizm★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...