𝔹𝕒𝕓 8

8.9K 374 40
                                    

AIMAN ALIHAN melabuhkan punggungnya di kusyen kereta. Dia menyandarkan badannya ke kusyen. Penat seharian mengajar. Tiba-tiba IPhone nya berdering menandakan panggilan masuk. Dia merengus geram.

Siapa yang berani-berani kacau aku ni ?! Dahlah tengah penat. Aiman Alihan berang. Dengan terpaksa, dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello, Dragon !"

"Hurmmm kau nak apa, Khai ?" soal Aiman Alihan acuh tak acuh.

"Kau kat mana ni ?" soal si pemanggil yang dikenali sebagai Khai dengan nada suara cemas.

"Aku masih lagi dekat universiti ni. Kenapa kau call aku ?"

"Uncle Lim ! Dia kena tikam. Sekarang ni dia dalam bilik bedah." terang Khai tergesa-gesa.

Aiman Alihan tersentak. Hampir sahaja telefon pintarnya terlepas dari gengaman.

"Kena tikam ?! Siapa punya angkara ni ?" suara Aiman Alihan mula naik seoktaf.

"Aku syak ni angkara Leong dengan budak-budak dia lah. Siapa je yang tak puas hati dengan kita."

Badan Aiman Alihan mula mengigil menahan marah. Wajahnya mula berubah merah padam.

"Sial ! Kau tunggu sana. Sekejap lagi aku sampai. Pastikan uncle dalam keadaan yang selamat." pesan Aiman Alihan sebelum mematikan panggilan.

Telefon pintarnya dibaling kasar ke kusyen yang berada di sebelahnya. Dia meraup mukanya beberapa kali. Nafasnya turun naik. Gigi diketap kuat.

Kauorang semua boleh pergi mampus !!! Kauorang memang tak guna ! Stereng kereta digenggam erat.

Uncle tunggu Dragon !

Jangan tinggalkan Dragon !

✿✿✿

KERETA mewah yang dipandu oleh Aiman Alihan akhirnya tiba di perkarangan hospital. Dia segera keluar dari kenderaannya sebelum berlari menuju ke bilik pembedahan.

Kelihatan seorang jejaka sedang duduk di kerusi yang disediakan sambil menongkat kepalanya. Nafas Aiman Alihan tercungap-cungap akibat berlari.

"Khai." panggilnya.

Khai mengangkat kepalanya. Wajahnya kelihatan muram.

"Dragon..." Aiman Alihan menghampiri Khai. Mereka saling berjabat tangan.

"Macam mana dengan keadaan uncle Lim ?" soal Aiman Alihan risau.

Khai menggelengkan kepalanya. Dia mengeluh panjang.

"Tak tahu lagi. Doktor belum keluar."

Aiman Alihan mengangguk. Dia menundukkan wajahnya. Secara tiba-tiba dia teringatkan seseorang. Ya, seorang gadis !

Haziqah !

"Khai, mana Haziqah ?" lancar mulutnya bertanya.

"Dia dalam wad VVIP. Kalau kau nak pergi jenguk dia, pergilah. Biar aku tunggu sini."

Aiman Alihan membalasnya dengan menepuk beberapa kali bahu Khai. Dia perlahan-lahan menuju ke wad VVIP. Pintu ditolak perlahan.

Air matanya mula bergenang di kelopak mata. Berat kakinya untuk melangkah ke katil pesakit.

Wajah pucat si pesakit direnung lama. Dengan perasaan yang bercampur baur, dia mula mencapai tangan mulus itu. Di kucup lembut.

BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now