REMOTE control TV dilempar malas ke atas sofa. Dia mengeluh. Bosannya ! Mana suami kesayangan aku ni ? Haish, mesti masih lagi dalam bilik. Rindunya nak masuk bilik tu.
Ting tong...
Siapa pula yang kacau tengahari buta ni ?! Rungutnya. Dia tidak mengendahkannya kerana dia tahu Mak Kiah akan mengambil alih.
"Siapa Mak Kiah ?" soalnya selepas Mak Kiah kembali masuk ke dalam rumah.
"Penghantar bunga, puan."
"Hah ? Untuk siapa ?" Eyna Nurina pantas berdiri.
"Katanya untuk puan." sejambak bunga ros mula bertukar tangan. Eyna Nurina tertanya-tanya.
"Untuk saya ?"
"Ya, puan. Kalau dah tak ada apa-apa, Mak Kiah nak masuk dapur semula. Nak masak makanan tenghari." pinta Mak Kiah.
"Silakan..." Mak Kiah mula melangkah ke dapur untuk meneruskan kerjanya.
Eyna Nurina kembali melabuhkan punggungnya di sofa. Bunga ros tersebut direnung lama. Eh, ada kad !
Hi, miss me ?
I miss you so much baby...
Saya harap kita dapat berjumpa lagi =)Yang Benar,
Putera Harry"Harry..." nama itu disebut lama. Eyna Nurina ketakutan. Lelaki itu masih lagi mengharapkannya ?
Dugaan apa yang akan datang melanda hubungan kami ? Aku dah tak berdaya...
"Dah ada boyfriend rupanya budak ngok ni." gumam satu suara dari belakang.
Eyna Nurina pantas berpaling. Bunga disorokkan.
"Tak payah soroklah, aku dah nampak pun."
"Awak ni memang suka terjah orang ea ?! Kalau saya mati terkejut tadi macam mana ?" berang Eyna Nurina.
"Kalau dah mati, tanamlah. Nak tunggu apa lagi ?"
"Awak ni memangkan !" Eyna Nurina mula memukul tubuh sasa Aiman Alihan yang tidak berlapik dengan baju.
Mesti padu kan ? Tengok tangan lah !
"Sakitlah, bongok !" kedua-dua belah tangan Eyna Nurina ditangkap.
Nafas Eyna Nurina laju. Dia marah dengan suaminya. Namun, panahan mata biru milik lelaki itu membuatkan kemarahannya semakin berkurang.
Aiman Alihan bertindak mendekatkan lagi jarak di antara mereka. Dia sendiri pun tak tahu kenapa. Hatinya tiba-tiba nyaman apabila dekat dengan perempuan berbadan besar itu.
"Apa aw-awak..." Eyna Nurina cuak.
"Shhh..."
Bibir mereka bersatu lama. Eyna Nurina langsung tidak menolaknya sehingga Aiman Alihan sendiri yang mencipta jarak.
"Saya pergi dulu." Eyna Nurina terus berlari menuju ke lif. Dia terduduk di atas lantai lif.
Aiman Alihan meraup mukanya. Kesal dengan tindakannya yang bodoh itu.
Mesti dia benci aku sekarang ni. Keluh Aiman Alihan. Dia mula rasa bersalah. Patut ke aku minta maaf ?
Malam mula menjelma, Eyna Nurina sedang mengeringkan rambutnya menggunakan tuala kecil. Dia masih lagi dalam keadaan bertuala mandi. Dia tersenyum puas.
![](https://img.wattpad.com/cover/199932490-288-k482185.jpg)
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romance★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...