HARI yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Pagi itu, Eyna Nurina pergi ke universiti dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Aiman Alihan.
Perjalanan menuju ke universiti hanya mengambil masa 25 minit. Selepas sahaja sampai di universiti, Eyna Nurina terus meletakkan beg bagasinya di kaki lima sebelum menuju ke kantin untuk berjumpa dengan Syaf dan Ilya.
" Hye, geng. Apa cerita ?" sapa Eyna Nurina riang.
" Okey je. Tak sabar nak sampai dekat tapak kem. Malam ni, aku nak buat sesuatu..." kata Ilya penuh makna.
" Buat sesuatu ? Apa dia ?"
" Nak tahu ? Sini sikit. Aku nak bisik ni" arah Ilya. Eyna Nurina dan Syaf hanya menurut. Tawa mereka bertiga meletus selepas mendengar idea gila Ilya.
" Kau biar betul, Ilya ?"
" Ye lah, dah lama tak kenakan orang."
" Okey-okey tapi... Aku tak bawak pun bahan-bahannya." kata Syaf sambil berkerut. Ilya hanya tersenyum.
" Jangan risau lah. Aku dah uruskan pasal bahan-bahan tu. Semua bahan-bahan ada dalam beg aku." terang Ilya ringkas. Mulut Eyna Nurina dan Syaf terlopong.
" Waw, bi-bila kau sediakan ?"
" Petang semalam. Aku sediakan dengan 'kuli batak baru' kita." balas Ilya sebelum tertawa besar.
Dahi Helena Wafi dan Syaz berkerut seribu. Ya, mereka mengaku bahawa mereka memang mempunyai budak suruhan tersendiri di universiti. Boleh dikatakan hampir setiap bulan budak suruhan mereka bertukar-tukar.
" Ha si...siapa kuli batak kita yang baru eh ?"
" Jap eh. Jue, belikan kitaorang bertiga air !" lantang Ilya tanpa segan silu. Eyna Nurina dan Syaf hanya memerhati.
Selepas beberapa minit menunggu, kelihatan seorang pelajar perempuan datang dengan membawa tiga cawan plastik yang berisi air milo ais. Cawan tersebut diletakkan di atas meja.
" Ni lah dia..."
" Hurmmm boleh tahan. Boleh tak kau perkenalkan diri dulu." arah Syaf. Matanya tidak berkelip memandang gadis tersebut.
" Nama saya Juwita. Saya dari fakulti kejuruteraan elektrik. Saya baru sahaja 3 bulan di universiti ini." kata Juwita memperkenalkan dirinya.
" Kau budak baru ?" soal Eyna Nurina inginkan kepastian. Juwita angguk mesra.
Sesi perkenalan antara mereka terhenti apabila mendengar suara lantang milik Prof Luqman. Mereka mula peka seketika.
" Perhatian kepada semua peserta yang menyertai perkhemahan ini, sila beratur ! Kita akan bertolak ke tapak perkhemahan sekarang."
Mereka berempat segera menuju ke arah Prof Luqman untuk berbaris. Setelah bas tiba, mereka segera masuk ke dalam dan memilih tempat duduk yang berada di tengah-tengah.
Perjalan ke tapak perkhemahan mengambil masa yang agak lama. Masa itu jugak lah, perut Eyna Nurina berbunyi hebat.
Kroooggghhh !
" Ish, kuatnya bunyi perut kau. Kau lapar eh ?" tembak Syaz ingin tahu. Dia tertawa kecil.
Mukanya tetap selamba walaupun terdapat beberapa peserta yang lain memandang dan berbisik-bisik. Eyna Nurina menjeling geram.
" Woi, apesal pandang-pandang hah ?!" jerkah Eyna Nurina geram.
Mata Aiman Alihan terbeliak seketika. Dia yang duduk di kerusi khas hanya mendengar perbualan antara isterinya dan rakan-rakannya.
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romance★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...