𝔹𝕒𝕓 13

8K 401 7
                                    

"KISS my lips..."

Eyna Nurina mula memejamkan matanya serapat yang boleh. Dia berfikir sejenak.

Aduh, kalau aku tak cium dia, terpaksalah aku mandi paya tapi kalau aku cium dia pula, mesti dia labelkan aku perempuan miang !

"Saya bagi awak berfikir dalam kiraan... Satu !"

Apa patut aku pilih ni ?!

"Dua..."

"Ti..."

"Saya ikut syarat pak cik !"

Aiman Alihan tersenyum lebar. Nampaknya, dia bakal meragut kesucian bibir merah milik Eyna Nurina.

"Bagus ! Sini..." tangan Eyna Nurina ditarik supaya jarak antara mereka rapat.

Tahan Eyna tahan ! Sekejap je ni... Pujuk hatinya.

Eyna Nurina mula memejamkan matanya apabila dia dapat merasakan nafas Aiman Alihan yang begitu dekat dengannya.

Aiman Alihan sempat tersenyum sendiri. Matanya dibuka sedikit. Mahu melihat reaksi wajah Eyna Nurina.

Tawa cuba ditahan. Dia mula bertindak merangkul tubuh gempal milik Eyna Nurina. Perlahan-lahan, bibir mereka bersatu lama.

Aiman Alihan kembali menjarakkan wajah antara mereka. Wajah Eyna Nurina berona merah.

"Malu pula dia..." bisik Aiman Alihan.

"Errr jadi... hukuman kami dibatalkan ?" soal Eyna Nurina gugup. Masih lagi berasa malu.

"Ya !"

Eyna Nurina melepaskan nafas lega. Nasib baik!

"Okeylah, saya pergi dulu. Kesian budak-budak tu tunggu." Eyna Nurina mula meminta diri.

Baru sahaja dia ingin melangkah, tangannya ditarik dari belakang oleh Aiman Alihan.

"Kenapa ?" soalnya pelik.

"Terima kasih untuk ciuman tu..." ujar Aiman Alihan dalam nada suara berbisik.

Wajah Eyna Nurina kembali merah. Dia menundukkan kepalanya. Berat kepalanya untuk diangkat semula.

"Saya tahu ini merupakan first kiss awak. Saya berjaya merampasnya !"

Gila !

Makin berlama-lama dia berdiri di situ, makin menjadi-jadi perangai miang keladi Aiman Alihan.

"Merepeklah pak cik ni. Dah saya kena pergi. Nanti kantoi habis kita."

"Apa saya kisah ? Kitakan suami isteri."

"Memanglah tapi orang lain tak tahu pun yang kita ni dah kahwin kecuali kawan-kawan saya." Eyna Nurina mula bercekak pinggang.

Apasal degil semacam pak cik ni ?! Rungut Eyna Nurina. Hilang terus rasa malunya.

"Biar, kalau diaorang nak marah, saya tunjuk je sijil nikah kita. Baru terbeliak mata diaorang. Lagi-lagi anak orang putih tu !"

"Pak cik maksudkan Harry ke ?" soal Eyna Nurina inginkan kepastian.

"Siapa lagi kalau bukan dia ? Miang." kutuk Aiman Alihan geram. Bibir di cebik.

Tawa Eyna Nurina meletus. Cemburu pulak dah !

"Cemburu ke ?" tembak Eyna Nurina dalam sisa tawanya.

Aiman Alihan membesarkan matanya. Dia mula memeluk tubuh.

"Saya cemburu ? Eh, saya ada Cik Arissa..."

Ketawa Eyna Nurina terhenti. Wajahnya bertukar kelat. Aiman Alihan tersenyum menang.

BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now