𝔹𝕒𝕓 36

7.5K 313 2
                                    

SEMANGKUK bubur diletakkan di atas meja. Dia beralih ke arah Syaf dan Ilya yang sedang duduk di kerusi. Kemudian, beralih pula ke arah seorang gadis yang agak kusut masai itu. Rasa kesian mula terbit di hati.

"Macam mana boleh jadi macam ni ?" soalnya.

"Aku dengar cerita dia kemurungan sejak abang dia kena bunuh dengan gengster besar." terang Syaf.

"Gengster besar ?" Ilya dan Syaf mengangguk.

"Ya, abang dia ada buat hal dengan diaorang. Terus kena bunuh depan mata dia dengan mak dia. Kesian weh..."

"Siapa nama abang dia ?"

"Qamarul."

"Korang tahu tak nama gengster tak berhati perut tu ?" rasa ingin tahu semakin menebal.

"Tak silap aku nama dia Dragon. Orang yang duduk dekat-dekat kawasan dia cakap dia sasa orangnya. Dia kaya weh ! Dekat badan dia ada ukiran tatu naga besar. Orang pun tak berani nak pandang. Garang nak mati ! Sekali kau silap langkah, memang maut lah." cerita Syaf sambil menujukkan reaksi ketakutan.

"Oh..." Eyna Nurina turut berasa ketakutan.

"Dah berapa lama kes ni berlaku ?"

"Dalam 6 bulan juga lah. Sampai sekarang Nurin jadi macam ni."

Nurin, kau seorang gadis yang kuat. Bisik hatinya.

Mereka bertiga boleh dikatakan kawan yang rapat di universiti. Namun, Nurin sudah pun berhenti. Lagi mengejutkan mereka setelah mendapat tahu keadaan sebenar Nurin. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk melawatnya.

"Takkan pihak polis tak buat apa-apa tindakan ?" dia mulai berang.

"Dah, cuma dia dengan konco-konco dia terlalu kuat sampaikan pihak polis tak boleh buat apa-apa."

"Ish bahayanya !"

"Ab-abang Qamarul... Abang hik... Abang..." Nurin mula memanggil nama arwah abangnya beberapa kali. Matanya masih lagi terpejam rapat.

"Shhh... Ini aku Eyna. Tidur ya."

Nurin mengangguk lemah sebelum kembali terlena. Eyna Nurina mengeluh.

Kejamnya mereka ! Tak berhati perut betul !

✿✿✿

AIMAN ALIHAN mengusap lembut rambut panjang milik Eyna Nurina. Usapan kasih sayang dan cinta. Eyna Nurina tersenyum lebar. Dia mula bersuara.

"Abang, tadikan sayang jumpa kawan satu universiti sayang."

"Lepastu apa jadi ?"

"Sayang kesian tengok dia. Dia kemurungan semenjak abang dia kena bunuh dengan gangster besar. Kesian kan !"

"Gangster besar ? Siapa nama arwah abang kawan sayang tu ?" Aiman Alihan mula menyoal.

"Namanya Qamarul."

Qamarul ?! Ah salah satu mangsa aku dulu. Kenapa nama dia kembali disebut ? Tapi, itu kisah lama aku. Habislah kalau Eyna tahu hal sebenar.

"Qam-arul ? Oh, kesian dia. Errr sayang tahu ke nama gengster tu ?" dia cuba berlagak biasa.

"Tak ada lah kenal mana tapi budak ni kata nama dia Dragon. Dekat badan dia ada tatu naga besar." cerita Eyna Nurina.

BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now