DUA keping gambar dibaling ke atas meja kopi. Dahi Eyna Nurina berkerut seribu. Dengan perlahan-lahan, dia mencapai gambar-gambar tersebut. Kelihatan seorang lelaki tegap bergaya sedang tersenyum manis sambil mengayakan badannya.
Not bad ! Boleh jadi bodyguard aku ni. Eyna Nurina mula memasang niat. Dia tersengih.
"Yang kau duk sengih-sengih tu kenapa ? Macam mana ? Berkenan tak ?" tegur Encik Zul.
Eyna Nurina mencebik. Dia sedikit pun tidak terasa hati dengan bahasa kasar yang keluar dari mulut ayahnya. Sudah terbiasa.
"Mestilah, yah ! Kenapa ? Ini bodyguard untuk jaga Eyna ke ?" soal Eyna Nurina teruja.
Encik Zul menepuk dahinya. Bengap betullah anak perempuan aku ni !
"Kepala hotak kau ! Banyak duit kau nak bayar gaji bodyguard."
"Habis tu ?"
"Dia ni lah kawan ayah. Kalau kau nak tahu, dia ni pensyarah. Tapi sayang, masih lagi belum kahwin. Dia suruh ayah carikan isteri untuk dia. Sebab tu ayah nak kau kahwin dengan dia. Kesian ayah tengok dia tu." terang Encik Zul panjang lebar.
Mata Eyna Nurina terbeliak. Dia terlopong.
"Eyna tak silap dengar kan ?" soal Eyna Nurina ingin kepastian. Encik Zul menggelengkan kepalanya.
Eyna Nurina mengetap bibirnya. Menahan diri daripada mahu menangis.
"Tapi Eyna masih muda, ayah. Ayah sendiri yang cakap dia tu kawan ayah. Mesti dia sama umur dengan ayah." dia mula mencipta alasan.
"Ayah dengan dia tak sama umur lah. Umur dia baru 36 tahun. Muda lagi."
36 tahun ? Muda ayah cakap ! Setakat umur beza 4 tahun buat apa ?!
"I don't care ! Eyna tetap tak nak !"
Eyna Nurina masih lagi keras kepala.
"Jangan melawan cakap aku. Kahwin dengan dia. Tinggal dengan dia. Full stop !"
Encik Zul mula menggunakan kuasa veto nya. Air mata yang dari tadi ditahan, akhirnya mengalir juga.
"Eyna, better you ikut je lah cakap ayah. Mungkin semua ni ada hikmahnya." Puan Heliza mula memujuk puterinya.
"Tapi kenapa Eyna ?" Eyna Nurina masih lagi tidak puas hati.
"Sebab Eyna mampu pikul tanggungjawab ni, sayang." ujar Puan Heliza lembut. Rambut panjang anaknya itu dibelai manja.
"Eyna tak nak..."
"You still got it."
"Alah, kahwin je lah angah. Bukan susah pun. Dapatlah nanti Rika abang ipar yang hensem tu !" sampuk Eyrika yang dari tadi mendiamkan diri.
"Sibuk je kau ni. Aku debik karang !" ugut Eyna Nurina sambil menayangkan sikunya.
Eyrika mencapai bantal busuknya sebelum digunakan untuk menutup muka. Takut jika akaknya yang garang itu betul-betul mahu mencederakannya.
"Hish, bergaduh je kerja korang ni." rungut Puan Heliza.
Eyna Nurina dan Eyrika tersengih. Malu apabila ditegur oleh mama kesayangan mereka.
"Tak apa lah, Eyna masuk bilik dulu. Nak solat Isyak sekejap." Eyna Nurina bangun dari duduknya.
Dia sempat bersalam dengan kedua orang tuanya dan adik bongsunya. Sudah menjadi rutin harian keluarga mereka sebelum masuk tidur.
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romansa★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...