𝔹𝕒𝕓 37

7.5K 334 13
                                    

DIA mula memicit kepalanya yang agak pening. Dia berjalan mundar-mandir. Dari kiri ke kanan. Kanan ke kiri. Eyna Nurina hanya memerhati gelagat suaminya.

"Abang, kenapa ni ? Cuba duduk." tegur Eyna Nurina. 

Aiman Alihan hanya mengendahkannya. Dia terus dengan dunianya sendiri.

"Abang !" lantangnya.

"Hah !" Aiman Alihan seakan-akan tersedar.

"Kenapa dengan abang ni ? Abang ada masalah ke ? Cuba cerita dengan sayang." ujar Eyna Nurina lembut.

"Abang errr tak ada apa-apa lah."

Aiman Alihan semakin takut. Takut kehilangan isteri tercinta. Kata-kata ugutan dari Sazzy semalam membuatkan dia semakin risau.

Dia baru sahaja keluar daripada bilik air. Tuala kembali di sidai. Jam menunjukkan pukul 5:00 petang. Eyna Nurina masih lagi di universiti.

Kring... Kring... Kring...

Haish, siapa pula yang call ni ? Rungutnya. Dengan malas, dia mengangkat panggilan tersebut.

"Hello ? Siapa ni ?" soalnya malas.

"Ini Sazzy lah. Takkan abang tak save nombor telefon Sazzy." rungut Sazzy.

"Hurmmm... Nak apa ?"

Dia tidak mahu berlama-lama. Buat sakit hati sahaja.

"Sazzy cuma nak ingatkan abang je. Tinggal 2 hari je untuk abang bagitahu Eyna siapa sebenarnya abang. Kalau abang still lagi tak bagitahu, biar Sazzy sahaja yang bertindak !"

Aiman Alihan terkedu.

"Apa Sazzy nak sebenarnya ni ?! Kenapa suka sangat nak kacau kebahagiaan abang dengan Eyna ?!"

"Sazzy nak abang ! Dah banyak kali Sazzy cakap tapi abang buat bodoh je. Jadi, Sazzy sendiri akan ambil tindakan."

"Perempuan gila !" amarah Aiman Alihan semakin tidak menentu.

"Abang..." belum sempat Sazzy mahu menghabiskan ayatnya, Aiman Alihan terlebih dahulu mematikan talian.

Macam mana ni ? Takkan aku nak bagi orang luar bagitahu isteri aku siapa sebenarnya aku ? Jangan buat gila, Han !

"Abang ? Abang ? Kenapa mengelamun ni ? Abang ?!" jerkah Eyna Nurina.

"Allahuakbar !"

"Abang dah kenapa ? Peninglah sayang tengok." keluh Eyna Nurina.

"Errr sayang, abang nak tanya sesuatu boleh tak ?" Aiman Alihan mula merapati isterinya.

"Tanyalah."

"Sayang betul-betul sayangkan abang ke ?" soal Aiman Alihan penuh romantik.

"Mestilah ! I love you abang. Sayang tak nak berjauhan dengan abang."

Aiman Alihan tersenyum tawar.

"Sayang tak menyesal ke kahwin dengan abang ?" soal Aiman Alihan lagi.

Dengan pantas Eyna Nurina menggeleng. Menyesal ? Tak mungkin !

"Dulu, menyesal lah sebab sayang tak berapa kenal abang. Tiba-tiba kena kahwin paksa. Tapi sekarang, sayang cintakan abang. Saya tak menyesal kahwin dengan abang. Sayang rasa bersyukur sangat..."

"Sayang takkan tinggal kan abang, kan ?"

"Mestilah tak ! Jap, kenapa dengan abang ni ? Pelik semacam je."

Air mata Aiman Alihan mula bertakung di kelopak mata. Eyna Nurina terkesima. Tidak pernah dia melihat suaminya menangis. Tapi sekarang dia menangis di depan aku ?

"Abang ? Janganlah nangis. Sayang ada buat salah ke ? Ampunkan sayang..."

Tiada respon daripada Aiman Alihan. Eyna Nurina semakin rasa bersalah.

"Abang, sayang minta maaf..."

"Shhh..." arah Aiman Alihan. Eyna Nurina mencebik manja.

"Sayang tak salah apa-apa pun. Abang yang bersalah." sambungnya.

"Apa maksud abang ? Bila abang buat salah ?"

"Abang dah tak sanggup sembunyikan semua ni. Makin hari abang semakin takut. Abang takut sayang rasa jijik dengan abang. Abang tahu abang lelaki hina. Abang tahu abang seorang suami yang tak berguna.

Abang yang bersalah dalam hal ni. Lepas sayang tahu semua ni, kalau sayang nak benci abang, bencilah. Tapi abang nak sayang ingat sampai bila-bila perkataan ni. I love you so much Eyna Nurina binti Zulfahmi..." kata Aiman Alihan panjang lebar. Air mata semakin lebat mengalir.

Eyna Nurina pegun. Lidahnya kelu.

Aiman Alihan mula bertindak memeluk tubuh gempal milik isterinya. Dipeluk erat.

"Ab-abang sanggup hik...menangung semua ni. Abang banyak buat hiks dosa dengan sayang. Ab-bang hik tak nak sayang deng...ar daripada mulut orang lain. Abang ta..tak nak sayang semakin t-terluka..."

"Apa maksud abang ? Cuba terus terang. Sayang tak fahamlah."

Aiman Alihan tersenyum tawar sebelum mengucup lama bibir merah isterinya. Pelukan dileraikan. Dia mula berdiri di hadapan gadis muda itu.

"Apa abang nak buat ?" soal Eyna Nurina. Dia turut bangun.

"Abang dah bersedia..." Aiman Alihan membelakangi Eyna Nurina.

Eyna Nurina hanya memerhati dengan penuh tanda tanya. Apa abang cuba buat ni ?

Hujung t-shirt lengan panjang yang tersarung di tubuhnya dicapai sebelum ditanggalkan. Baju tersebut dibiarkan jatuh.

Eyna Nurina tersentak.

Pertama kali dia melihat kulit badan suaminya. Selama ini lelaki itu hanya berbaju dan tidak pernah menanggalkannya.

"Ab-bang ?" panggilnya. Dia berdebar-debar.

Perlahan-lahan Aiman Alihan mula memusingkan tubuhnya yang tanpa baju menghadap Eyna Nurina.

Tak mungkin !

Eyna Nurina menekup mulutnya. Dia terduduk di atas lantai. Air mata mula mengalir. Berkali-kali dia menggelengkan kepalanya. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya.

Kenapa ? Kenapa ?!

Ohhhh noooo😱Apa yang akan jadi seterusnya ? Tunggu yaaa😂

Ohhhh noooo😱Apa yang akan jadi seterusnya ? Tunggu yaaa😂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now