My Heart Hatiku (1)edited

4.9K 88 0
                                    

" Sefarina!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Sefarina!"

Terkejut aku saat namaku dilaung sebegitu kuat. 

Aku sengih.  Satu taktik yang biasa aku buat bila namaku dipanggil begitu. Sebab,  apabila namaku diteriak seperti itu, maksudnya aku telah melakukan kesalahan.

Zarif mendekatiku dengan matanya menjengil ku geram. 

Serpihan kaca dari pinggan yang  ku 'terjatuh' kan tadi,  aku kuis perlahan dengan kaki.

" Hehehe, sorry lah bang." kataku acuh tak acuh. 

"Kau ni kan, aku suruh basuh pinggan pun boleh pecah?! Kau ni bukan perempuan ke? Lemah-lembut la sikit. " 

~Dah start dah bebelan tu~ 

" Mana perginya ciri-ciri kewanitaan adik aku ni? Muka dah comel dah. Dress up pun dah okey dah ; Aku dah make over kau cukup cute dah ni, ala waitress japanese yang comel tu, apron, skirt, cekak ribon. Tapi, still fail. 

" Aduhai.... camne boleh kekurangan ciri-ciri lembut kewanitaan ni."

~Amboi, panjangnya aduhai dia~

"Sedih! Sedihnya aku dengan budak tomboy sorang ni. " kata Zarif sambil tepuk dahi.

Aku mengeluh, sambil merenung ke luar tingkap. Okey, jap lagi mulalah drama dia ni.~ 

"Kenapalah kau tidak mau menjayakan impian abang kau ni  untuk melihat kecantikan, keayuan dan kemanisan adik perempuan ku yang cute ni.. wa... aku rasa sedih."

1,2,3, Action. Drama pagi.

Aku pandang Zarif yang berlakon ala-ala nak pengsan ni.  Dia memegang bangku seolah-olah nak jatuh. Hilang daya keseimbangannya. ~ cis, mula la tu~ 

" Ala, abang ni, kecoh lar! Hal sikit pun nak dibesar-besarkan." akhirnya aku bersuara.  

" Ni aku tolong pun sebab Umi yang suruh, kalau tak, takde maknanya, baik aku pergi main bola ke, psp ke.." sambung ku lagi.

" Tengok tu, tengok tu, kasar je menjawab. Jawablah lembut-lembut sikit."

Aku buat muka. Dari kecil lagi, Zarif memang tak puas hati dengan penampilan aku. Apa salah ke perempuan berambut pendek, bercakap kasar, tak pakai high heels, tak reti buat keje rumah, tak basuh pinggan, masak dan bersolek? Salah ke? 

Zarif ni  yang 'senget' sebab mengharapkan seorang adik yang cute, comel, feminin yang boleh dia show off kan? Aku tau la dia ni peminat lolita, eee... tak kuasa aku ikut kehendak dia wei. Geli! 

" Dah, dah, pergi tolong Fai kat depan." arah Zarif. Dia terus mengemas serpihan kaca pinggan yang pecah. 

Aku menurut. Aku pun hanya menambahkan koleksi pinggan pecah sekiranya aku menolong di dapur. Maka elok lah aku tolong Fai di depan, sebagai waiter. 

Adora CafeWhere stories live. Discover now