“ Kali ini, jangan tinggalkan buaian itu lagi...Saya pasti akan datang.. ”
Bila?? Sejak bila Im sedar ?Bagaimana Im tahu? Dan apa reaksi yang patut dia buat bila bertemu Im nanti? Apa yang mereka nak borak nanti? Kisah dulu? Atau.. jadi normal je.. Jadi Esha budak kecil itu ke? Atau just jadi diri sendiri? Atau act cool je? Banyak benda bermain di fikiran Esha waktu ini tetapi semua itu tidak setanding debaran hatinya yang kuat menggila memikirkan.
“Ada sesuatu yang saya ingin beritahu awak...” Apa yang ingin Im beritahu padanya?
Esha memegang erat-erat kupon di tangannya. Sambil duduk di buaian, dia menguis-guis kakinya ke tanah. Dia gementar, dalam masa sama dia tidak dapat kawal perasaan gembiranya. Hari ini, dia dapat gunakan kupon ini. Apa yang hendak dia minta nanti? Esha senyum sendirian.
“ Mungkin ... segunung kek hahahaha...” Esha cuba membuang jauh rasa gementarnya dengan membayangkan Im yang pening nanti hendak melayan permintaan dia yang pelik-pelik nanti..
“Tapi Im pasti akan lakukan juga kan? Im takkan tolakkan?” kata Esha sendirian. “ Lagipun, he is my hero.. my only hero..”
Esha berbuai laju dengan senyum yang tidak putus.
~~~~~~~~~~
Im belek dirinya di cermin untuk kali ke 10.Dia rasa sangat gementar. Walaupun banyak kali dia cuba menenangkan hatinya dengan tarik nafas dalam-dalam atau minum air, atau berlari setempat, atau apa sahaja yang dia tahu, tapi semua itu langsung tidak dapat mengurangkan rasa debar perasaannya ini, pada saat ini.
Im mundar-mandir di dalam bilik dan sekali lagi membelek dirinya di cermin. Wajahnya ok, bau nafas ok,perfume ok, baju ok. Im membuka cermin matanya, belek wajah sekejap dan memakainya kembali.
“ Mana satu ok? “tanyanya pada diri sendiri.Tiada jawapan.
Yang ada cuma debaran hatinya yang semakin kuat. Im ketawa sendirian. Perasaan nervous ini buatkan dia seolah-olah tidak siuman bila bercakap sendirian. Dia seorang yang fokus dan tahu apa yang dia mahukan, bukan macam ini.. tetapi hari ini dia rasa sangat gementar, lebih dari biasa! Dan ini adalah pengalaman pertamanya ; dia rasa tidak keruan seperti ini.
“ Hari ini aku akan beritahunya.. ” kata Im perlahan. Wajahnya terukir ketenangan. Dia senyum.
“AAAAA!! !! Let’s go!” jerit Im bersemangat.Dia capai kunci rumah, buka pintu dan lihat Faza di depan. Faza tampak kusut, matanya bengkak dek tangisan yang lama, bajunya juga tidak kemas, tidak terurus.
"Im... " Faza memeluk Im, kemudian menangis.
“ Are you drunk?” Bau arak kuat menusuk hidung Im.
~~~~~~~~~
Esha bermain- main di taman permainan melepaskan kebosanannya. Dia turun dari gelongsor, menjerit horrey macam budak-budak , kemudian kembali ke buaian. Dia kebosanan .
“ Im, awak akan datang kan?” kata Esha sambil menolak buaian yang kosong. Dia memandang langit yang indah dengan bintang dan bulan. Seperti malam di festival itu.. Cuaca yang baik, semuanya akan baik.. Esha yakin.Masa terus berlalu..
~~~~~~~~~~~~~~
Im mendukung dan membaringkan Faza ke atas katil. Kasut tinggi Faza ditanggalkannya dengan lembut. Dia menyentuh dahi Faza, cuba menyukat suhu kalau-kalau Faza demam, kemudian setelah merasakan segalanya normal, dia menarik selimut menutupi tubuh Faza.
“ Im... “ panggil Faza yang rupanya belum terlena. Im duduk di sisi katil.
“ Em.. kenapa?”
“ I have a bad day...will you hear it?” Im menjeling jam di dinding. Pukul 9.30 malam, sudah lewat setengah jam berlalu.
“ Emm.. apanya?” dengan lembut Im mengusap kepala Faza, menenangkan Faza. Faza mula bercerita..½ , 1 jam..Masa terus berlalu.
“ Kenapa?” tanya Faza bila menyedari Im tidak fokus.Pandangan mata Im selalu berpaling ke jam dinding, wajah itu jelas tidak tenang.. banyak kali Im dilihatnya gelisah. Sesuatu menganggunya.
“ Seseorang sedang menunggu saya... “
“ Siapa?” Im mendiamkan diri.
“ Jika apa yang you buat ini untuk buatkan I jealous, it’s work..! I’m jealous... puas hati?..You win!” kata Faza seolah-olah mengetahui.
“I’m not! I’m not trying to make you jealous! .. I just.. “ Bicara Im terhenti. Dipandangnya wajah Faza yang terkejut. Ini kali pertama dia meninggikan suara pada Faza. Ini kali pertama mereka bergaduh... Ini kali pertama, dia...
“ I should go..”sambung Im. Pantas Faza menahan Im yang hendak beredar dari sisinya. Dia memegang tangan Im, menahannya.
“ I love you! “ Wajah Faza ditatapnya.
“You love me too!..... am I wrong? ”sambung Faza. Genggamannya semakin erat.