Cinta 8

646 31 0
                                    

“ Esha, biar saya ceritakan satu kisah...”

 

Di atas pokok, seorang budak lelaki berusia 8 tahun sedang memeluk batang pokok seerat-eratnya.. Di bawahnya pula dua ekor angsa sedang berbunyi dengan bising, mengamuk bila dikacau oleh budak nakal ini. Budak lelaki itu yang kini hampir letih berpaut , semakin risau mengenangkan dirinya yang akan jatuh dan diserang oleh angsa-angsa yang sedang marah ini. Rasa menyesal menyelubungi dirinya. 

Kemudian seorang budak perempuan sebayanya berlari ke arahnya dengan  memegang satu ranting kayu. Sambil menjerit dengan lantang, budak perempuan itu cuba menghalau angsa-angsa itu, cuba menjadi penyelamat. Dan perhatian angsa-angsa yang sedang marah itu beralih.  Budak perempuan itu pula dikejar angsa-angsa yang sedang marah itu. Kelam-kabut budak perempuan itu berlari bermati-matian menyelamatkan diri dan budak lelaki yang melihat keadaan yang sudah terbalik itu , ketawa gembira dan jatuh cinta.  Cinta pertamanya..

Xoxoxo

Di dalam bath tub yang besar ,dalam bilik air yang mewah serba putih ini,  Im sedang berbaring sambil memejamkan matanya, membiarkan hanya wajahnya terapung di permukaan air. Dia mengenangkan semua itu,memorinya, kisah silamnya, pertemuannya dengan Faza.

Playboy, lelaki simpanan, anak ikan , troublemaker, stripper,  macam-macam anggapan mereka yang melihat dan menilai dirinya... Tiada siapa tahu, siapa dirinya sebenar... dan dia hanya mendiamkan diri, memainkan peranannnya. Tidak peduli pandangan kotor mereka pada dirinya, demi Faza dia sanggup menerima segalanya, walaupun ini bermaksud dia terpaksa hidup dalam dua dunia yang berbeza. 

“ Delivery Boy ...” kata Im perlahan. 

Berbanding gelaran-gelaran ‘kotor’ yang dia dengar tentang dirinya. Gelaran yang keluar dari bibir Faza itu.. bila mendengarnya dari mulut Faza sendiri, walaupun dia sudah meng agaknya, hatinya terasa terkilan melihat Faza terus menerus menafikan kewujudannya. Disebabkan itu tanpa berfikir, dia mengusik wanita lain di depan Faza tempoh hari.. Adakah dia ingin membuatkan Faza cemburu? Ini bukan dirinya...

Im menenggelamkan kepalanya ke dalam air. Membiarkan seluruh tubuhnya berada di dalam air sejuk ini, membiarkan rasa sejuk ini menghilangkan semua rasa tidak puas hati yang terbuku di hati dan perasaannya.

Ya, hubungan rahsianya dengan Faza baru 5 tahun, tetapi cintanya pada Faza bermula sejak kecil lagi... Sejak hari itu... dan hingga hari ini cintanya begitu mendalam, hinggakan dia buta dan bodoh kerana cinta ini..  Jadi walau apapun., dia akan sentiasa mencintai Faza... Ini cintanya... Walaupun dia terpaksa rahsiakan dan pendamkan segala-galanya... 

Di atas jubin lantai, majalah-majalah dengan mukasurat yang terpampang tentang Faza dan gossip-gosipnya... serta gambar-gambar mesra Faza dengan ‘teman artis’ lelakinya, berselerak dan bersepah.

xoxoxoxo

Bilik tidur Esha bersepah, dengan almari baju yang isinya hampir semuanya sudah dihumban keluar. Laci-laci yang terbuka  tak ditutup kembali, katil dan tilam juga sudah beralih.. Macam diserang ribut taufan. Di tengah-tengah bilik itu, Esha tertidur keletihan di atas timbunan bajun. Di tangannya terpegang satu kupon lama.

“ Esha, biar saya ceritakan satu kisah...”

Adora CafeWhere stories live. Discover now