“ Terima kasih semua ! ^o^ “
Esha turun dari pentas dan mendekati Shasha yang menanti di tepi pentas. Band underground OpiezO mengambil alih dan suasana bertukar romantik bila melodi jazz yang indah dimainkan oleh mereka. Esha pandang ke belakang pentas, tempat di mana Im sedang duduk menantinya. Di tepi Im, terdapat selonggok anak patung yang Im berjaya peroleh masa main game tembak tin, baling gelung, baling dart, teka barang dan banyak lagi permainan masa mereka berdua berjalan-jalan di festival petang tadi.
“ Awak nak apa? Saya akan dapatkan semuanya..” Itu ayat Im bila melihat Esha yang excited melihat semua anak-anak patung yang dijadikan hadiah. Dan Esha tak sangka Im betul-betul maksudkannya. Sekarang dia tak tahu camne dia nak bawa balik semua itu. Esha senyum sendirian.
Awak cintakan saya... bukan?
Wajah Esha serta-merta berubah bila teringatkan kata-kata Im sebelum ini. Dia tidak mengiyakan dan tidak jua menafikan. tetapi dari pandangan dingin yang dia lihat dari kaca mata Im waktu itu, Waktu itu, Esha sedar yang Im tidak perlukan apa-apa pengakuan atau jawapan dari dirinya, Semua itu tidak penting bagi Im. Im cuma menyatakan sesuatu yang dia gagal sembunyikan.- Perasaannya pada Im.
Esha mendekati Im yang sedang merenung telefon bimbit di tangan. Sebaik sahaja menyedari kehadiran Esha, Im simpan telefon itu ke dalam kocek seluarnya.
“Your voice is beautiful, just like you...”
Ia pujian yang biasa didengarnya tetapi renungan lembut Im padanya memperdendangkan yang lain... Ia membuatkan hati Esha jadi tidak keruan, membuaikan perasaannya... Ini yang Im lakukan terhadapnya, seharian ini...
“Thank you...”
Im mengusap pipi Esha. Jari itu menyentuhnya dengan lembut lalu membelai telinga Esha . Wajah Esha merah padam, malu namun dia tidak pula menepis perbuatan Im padanya... Dia kaku bila di sisi Im.. Dan bila Im mendekatkan bibirnya pada telinga Esha, Esha pejam mata, menahan gementar.
“ I want to hear it...everyday... can I?”bisik Im begitu lembut dan perlahan.
Esha buka matanya dan mata mereka bertaut.
Im senyum..
“Subang awak tertanggal... “
Pantas Esha menyentuh telinganya yang rupanya kosong, hilang subangnya. Ahh...perasaannya dipermainkan oleh Im sekali lagi. Hari ini Im membuatkan dia jatuh cinta dan mempermainkannya perasaannya..berulang-ulang. dan dia...
“ Mari makan... “ ajak Im berlalu tanpa menunggu Esha.
** dan dia membenarkannya...
“ Baik!”
Esha mengejar Im.
~~~
Ini bukan dirinya yang sebenar. Im tidak pernah buat begini pada sesiapa. Dia menjauhkan diri dan tidak melayan mereka yang menyukainya. Dia tidak berminat pada cinta mereka.. tetapi Esha..
Im menyuap masuk sausage ke mulut, sambil matanya tajam memerhatikan Esha yang sedang makan spaghetti. “I’m sorry...” Itu message yang diterimanya tadi dari Faza. I’m sorry....Im selalu menerima message sebegitu rupa. Berpuluh-puluh message yang sama masih berada dalam inboxnya.. dan Im tidak pernah lupa untuk membalasnya . it’s okay.....Itu jawapan yang sama dari dirinya. It's okay.
“ Hukhukhuk...”
Im tersentak bila mendengar Esha terbatuk. Baru dia perasan di sebelah Esha kini ada seorang budak lelaki . Entah bila dia muncul. Tetapi Im kenal budak kecil ini. Zaid, 9 tahun. Dia ada join belajar buat cupcakes tadi dengannya.. Budak ni nakal.
“ Ee.. tular mesti kak Esha tak baca bismillah tadi..”tuduh Zaid
“ Mana ada! Akak tak fokus je tadi..”
“ Fokus akak pergi mana?” Im perasan mata Esha memandangnya kemudian ia beralih.
“ Banyak tanyalak kau ni.. sini kau...”
Esha menangkap Zaid, lalu ditenyeh-tenyeh ubun kepala Zaid geram.
Zaid ketawa , tidak sakit malah seronok pula. Im perhatikan kemesraan mereka. Im perasan sepanjang di karnival ini, tiada peminat yang menganggu mereka sedangkan Esha adalah selebriti. Semua volunteer, penjual dan yang terlibat,malah beberapa pengunjung , mereka sangat mesra dan selamber dengan Esha. Budak-budak di rumah anak yatim juga begitu. Seolah-olah, Esha adalah ahli keluarga mereka.
“ Tiap-tiap tahun saya terlibat menjayakan festival itu dan tahun ni kali pertama saya...”
“ Cikgu!”
Si kecil Zaid itu memandangnya. Zaid sudahpun Esha lepaskan dan kini berdiri di depan Im yang dari tadi hanya memerhati.
“Cikgu? “ ulang Im .
Ahh.. dia baru teringat dia mengajar Zaid tadi , jadi di mata suci anak kecil ini, dia adalah guru.
“ Bila saya besar nanti, saya nak jadi cam cikgu!. Saya nak buat kek sesedap cikgu buat! “
Im tersentak kemudian tertawa . Budak ini mengingatkan dia pada dirinya ketika kecil dulu. Yang pada ketika itu naif , bersemangat, ceria dan penuh dengan impian. Sudah terlalu lama dia tidak rasa begini..
“ Baiklah, abang akan tunggu hari itu.” balas Im memberi semangat. Kepala Zaid diusapnya.
“ Bila saya besar nanti, saya akan jadi lebih kuat. Dan saya akan jadi hero awak...”