My Heart (Hatiku) 6 (edited)

1.1K 52 0
                                    


Gale menanggalkan bajunya yang kotor dengan tompokan darah lalu dimasukkan ke dalam mesin basuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gale menanggalkan bajunya yang kotor dengan tompokan darah lalu dimasukkan ke dalam mesin basuh. Ada parut- parut lama di belakang badannya. Di dadanya pula, satu luka baru kesan dari toresan pisau , sedang berdarah.

Dia mengeluarkan kit medical dari dalam almari .Luka di dada dibersihkan, kemudian dibalut rapi. Kemudian, dia menyapu ubat pada bibirnya yang juga terluka.

Dia menatap wajahnya di cermin.  Hatinya rasa tidak senang. Luka di bibir ini terlalu obvious, terlalu menarik perhatian.

" Not good." katanya perlahan.

Selama ini dia memang menjaga wajahnya dari tercedera. Tapi kali ini dia cuai. Mungkin disebabkan dua tiga hari ini,  hati dan fikirannya terasa kusut.

Selepas mandi,  dia masuk  ke bilik  tidurnya yang hanya ada sebuah katil single, meja & kerusi yang kecil beserta satu papan dart yang tergantung di sebelah jam dinding.

Dia baring dan cuba melelapkan matanya.

Peraturan kedua: Tidak percaya pada sesiapa melainkan diri sendiri.


--------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




" Kau pakai gincu ke?" tegur Fai.
" Mana ada!" nafiku sambil mengulum bibir, cuba menyembunyikannya.

Memang aku tak pakai gincu, tapi aku letak lip balm color changing yang ikut warna bibir tu. Tak sangka pulak Fai perasan.

Fai  yang masih tidak puas hati , merenung aku lama-lama. Tetapi melihat tiada reaksi dari aku, dia kembali membuat kerjanya. Fuhh.. selamat aku!

Aku pandang pula pada Ary yang sedang mengelap kaunter display di depan. Aku tahu dia perasan yang aku memerhatikannya tetapi dia pura-pura tidak nampak akan aku.

Aku tidak faham kenapa dia dingin dengan ku bila kami di kafe. Sedangkan boleh dikatakan setiap minggu,kami akan meluangkan masa bersama-sama. Melepak di taman, pergi shopping mall , jalan-jalan dan tengok wayang. Boleh dikatakan hubungan kami sangat rapat!

Selama 2 bulan ini juga, banyak cerita yang kami telah kongsi. Walaupun actually aku yang banyak berkongsi cerita berbanding dia dan dia pula selesa sebagai seorang pendengar setia pada segala keluh kesah aku.

Jadi, aku tidak mengerti mengapa bila di sini, dia tidak mengendahkan aku. Seolah-olah kami berdua adalah orang asing di kafe Adora ini.

Apa sebenarnya hubungan kami? Dia tidak pernah secara jujur mengatakannya.

***Sefarina, awak membuat saya semakin jatuh cinta dengan awak.***

Sejak hari itu, ayat itu kekal bermain di perasaan ku.  Membuat aku ternanti-nanti dan berteka-teki. Adakah dia betul-betul maksudkannya?Yang dia mencintai ku? Namun, tanpa sebarang penjelasan, dia tidak pernah lagi bercakap tentangnya. Dan aku pula tidak berani mengungkitnya. Takut-takut cuma aku yang berharap.

" Adik, tolong buka kotak ni semua."

Zarif meletakkan beberapa kotak di depanku. Kemudian kelam kabut, dia meninggalkan aku untuk melayan beberapa pelanggan yang sedang masuk. Hari ini kafe sangat sibuk.

Aku memandang kotak -kotak dibaluti plastik dan terikat dengan tali ini. Ikatannya tampak ketat. Sepertinya barang yang berharga. Mungkin koleksi baru pinggan dan cawan antik kegemaran Zarif.

Aku meraba-raba kocek apron yang ku pakai, selalunya ada pisau lipat atau gunting aku simpan untuk buat kerja remeh seperti ini.

"Adapun!" kataku sambil mengeluarkan pisau lipat.  Kemudian aku cuba putuskan ikatan tali di kotak ini. Gagal!  Tali tak putus, sebaliknya hanya berbulu dikerjakanku. Pisau lipat ini tak berapa tajam, menyukarkan kerjaku.

"Bagi saya." Ary tiba-tiba mengambil pisau dari tanganku.

Saat jarinya tersentuh jariku,  aku terasa berdebar-debar . Lantas aku menyembunyikan tanganku di belakang .Malu.

Aku lihat Ary membelek-belek bilah pisau lipat ini. Seolah-olah mencari kalau-kalau ada bahagian yang masih tajam. Setelah menjumpainya, dia memutuskan ikatan tali ini dengan mudah. Kemudian, tanpa bercakap apa-apa, dia terus membantu ku membuka semua kotak-kotak ini.

Setiap kotak dibelahnya lembut menggunakan pisau lipat yang agak tumpul itu. Gerak tangannya tepat, bersahaja dan tangkas, seolah-olah dia selesa dengan alatan ini. Dan seakan-akan dia cuma bermain-main dengan pisau itu.

Pisau dikembalikan padaku.

"Awak sangat comel bila malu-malu macam ni dengan saya." katanya mengusik.

Merah padam mukaku menahan malu. Rupanya dia perasan perbuatan aku menyorok tangan tadi.

Aku pandang dia yang tersenyum manis. Di bibirnya aku lihat ada luka.  Did he gets hurt?

  Did he gets hurt?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Adora CafeWhere stories live. Discover now