" Apa benda bodoh yang aku buat ni!"
Fikir Zarif dari tadi. Bunyi air yang mengalir dari kepala paip yang dibiarnya sejak tadi; memenuhi ruang bilik air. Deras terusan air mengalir masuk ke dalam lubang sinki. Zarif merenung wajahnya di dalam cermin. Imej gadis malam tadi memenuhi otak fikirannya. Dia tak tahu pertemuan mereka ini dirancang atau takdir, yang pasti tindakannya malam tadi , bukanlah dirinya yang sebenar.Zarif membasahkan wajahnya, menutup air yang mengalir , mengelap mukanya yang bersih itu dengan tuala. Sekali lagi merenung wajahnya di cermin, memikirkan sebab yang dia kenapalah tergerak untuk membawa pulang gadis itu ke rumahnya. Mungkinkah disebabkan gadis itu menghampirinya lalu jatuh rebah dalam dakapannya? Lalu dalam situasi yang S.O.S tu, dia cuma mampu terkejut dan secara automatic terfikir nak bawa gadis itu pulang ke rumahnya?Tetapi bila difikirkan kembali , bukankah situasi itu sepatutnya dia bawa gadis itu ke klinik ke, hospital ke… jadi kenapa? Kenapa dia bawa pulang gadis ini, dan membiarkan gadis ini tidur di katilnya dan pagi harinya terasa yang tindakan ini tidak betul? Sebab ini bukan dirinya.. Dia tak sewenang-wenang bawa perempuan atau paling tepat perempuan 'asing' ke kamar bujang nya.
Jadi hari ini dia rasa pelik, what happen to Zarif semalam? Bertindak melulu bukan trademark dirinya.
Tok! Tok! Tok!
Terkejut Zarif bila pintu bilik airnya diketuk bertalu begitu.
" Awak.. Awak lama sangat kat bilik air ni? Awak tak apa – apa ke? " Suara lembut itu berbaur khuatir itu memanggilnya. Tanpa menyahut, tombol pintu dipusingnya dan terus pintu dibuka kasar. Hampir-hampir sahaja daun pintu yang dibuka mengejut itu mengena perempuan itu.Wajah Zarif garang.
" Kenapa?"
" Emm.. saya dah sediakan sarapan. " Zarif memandang ke meja makan yang terhidang roti bakar yang disapu jem kacang, telur separuh masak dan air fresh orange dari kotak yang sudah separuh tinggal, diminumnya semalam. Gadis itu bergerak ke meja makan. Zarif hanya mengikut, kemudian mereka duduk berhadapan.
" Hanya ini jer yang ada kat dapur awak.. " bicara perempuan asing itu memulakan kemesraan.Dia membetulkan rambut panjangnya yang ikal beralun sambil diperhatikan Zarif. Semalam
tak silap Zarif, gadis ini berambut pendek, jadi itu cuma rambut palsunya kah?
Zarif capai roti bakar dan mengunyahnya perlahan. Selamber jer perempuan ni selongkar dapurnya, dah macam rumah sendiri pula. Selamber sangat yer.. agaknya apa lagi yang dia selongkar..Sambil itu matanya sesekali memerhatikan perempuan di depannya ini. Semalam, perempuan ini, tiba-tiba muncul, tiba-tiba pengsan dalam dakapannya. Dan saat itu dia perasan tubuh perempuan itu sangat sejuk dan lemah. Sangat letih, tidak terurus, seolah-olah perempuan ini datang dari jauh dan dalam keadaan terdesak. Bibirnya yang pucat itu mengomel tak keruan dan perlahan bila ditanya . Zarif rasa kasihan lalu dibantunya. Perempuan ini kelihatan begitu lemah. Tapi pagi ini, gadis ini nampak berbeza, .Walaupun baju kemeja yang dipakainya besar dan bewarna kusam kelabu, tetapi kecantikan perempuan berkulit kuning langsat ini masih terserlah.. Ehh baju kemeja ? Zarif merenung baju yang dipakai perempuan.
" Tu baju saya! Bila masa?"
" Oh, baju ni? Saya ambil kat bakul laundry kering kat atas washing machine tu, masa awak belum bangun lagi."
Zarif terkejut, huh, perempuan ni selambar selongkar semuanya barang di rumahnya, buat sesuka hatinya, tanpa minta kebenarannya.. apa lagi yang perempuan ni buat? Der.. Zarif memandang sekeliling, melilau matanya melihat kalau-kalau ada yang hilang, terubah tempat atau apa saja. Matanya terpaku pada bra hitam dan spender berenda yang tersidai kering di beranda rumahnya. Rasa malu naik ke pipinya, lalu dia mengalihkan pandangannya, memandang perempuan itu.
" Tu.. tu…" katanya terkejut sambil menunjuk ke arah beranda.
" Oh.. tu bra saya. Saya sidai baju kotor saya untuk kering. Untuk pengetahuan awak, saya tak pakai apa-apa.. di dalam ini.. ” Jelasnya dengan senyuman yang disengajakan.
Zarif terbatuk., mukanya merah padam.Rasa cam nak kena heart attack pun ada. Personaliti perempuan ini juga berbeza! Mana damsel in distress semalam???
“ Jap lagi saya akan keluar beli barang, dan dalam sejam saya akan balik. I hope you will be gone by then.” Zarif cuba bertenang.
“ Okey.. whatever.”
Perempuan itu bangun dan bergerak ke bilik air. Dicapainya tuala Zarif yang tersadai di sofa.
“ Eh, awak nak buat ape?”
“ Nak mandi, tukar baju.. kemudian saya berambus.. puas hati ?” angkuh betul cara dia bercakap, langsung tiada rasa berterima kasih di atas pertolongan Zarif semalam, menyesal pula Zarif membantu. Huh.. Sebaik sahaja gadis itu hilang di balik pintu bilik air, Zarif mengambil kunci motornya yang tergantung di dinding betul-betul bersebelahan pintu keluar. Dia fikir nak pusing-pusing amik angin dulu sebelum ke kedai dan bila balik nanti dia berharap semuanya akan kembali normal; tanpa perempuan itu. Pintu dibukanya.
“ Oh mak kau aku jatuh terkejut jantung aku eh kau !” melatah Puan Salimah bila pintu tiba-tiba dibuka.Beg plastic berisi baju dan makanan di tangannya hampir-hampir terjatuh bila dia yang tadi baru sahaja nak masuk ke rumah anak bujangnya ini, terkejut bila Zarif tiba-tiba membuka pintu dari dalam. Selamatlah umur dia baru nak masuk 45 tahun, kalau dah 55, mau jadi arwah terkejut begini.
“ Eh, umi! Buat apa umi datang sini?”
“ Sejak kau pindah keluar rumah, tak boleh ke umi nak jumpa kau sekali sekala?” bebel Puan Salimah sambil menghulurkan tangan kanannya . Mengerti, Zarif cepat-cepat salam dan mencium dengan hormat.
“ Takdelah.. Zarif terkejut je umi datang mengejut, selalu call dulu..” jelas Zarif dengan nada agak mengada-ngada. Dia mempelawa Puan Salimah masuk.
“ Kenapa… tak boleyy…?” balas Puan salimah dengan nada suara yang dibuat ala-ala penyet yang annoying.
Beg-beg yang dipegangnya diletak di atas meja dapur kemudian satu persatu barang-barang dapur dikeluarkan. Memang Puan Salimah prihatin terhadap anak bujang nya yang duduk sendirian, makan minum kena jaga.. Setiap kali dia singgah dia akan membeli sedikit barang makanan untuk Zarif.
“Eh, Zarif buat breakfast sendiri?! Rajin pula hari ni?” kata Puan Salimah sambil menyimpan telur ke dalam peti ais.
Dia perasan di atas meja makan terdapat breakfast roti dan air. Zarif terkedu. Baru dia teringat yang dia tidak bersendirian hari ini. Camne pula dia boleh lupa.. rungut Zarif sambil mengetuk-ngetuk kepalanya.Puan salimah bergerak ke meja makan, diambilnya sekeping roti bakar. Em.. boleh tahan sedapnya, dibakar ngam-ngam gitu. Baru sahaja dia hendak memuji matanya terpandang pada bra hitam dan spender berenda yang tergantung di anjung. Tersembur sisa-sisa roti di dalam mulutnya. Dia terbeliak memandang Zarif.
“ Umi… bukan.. “belum sempat Zarif memberi penjelasan, bunyi pintu bilik air yang terbuka menarik perhatian Puan salimah. Jantungnya rasa nak tercabut bila melihat seorang gadis yang berkemban keluar darinya.
“ Zarif!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jeritnya.