Cinta Akhir

947 38 0
                                    

“ Bulan 4, lepas GST , kita tak tahu apa yang akan berlaku... samada expenses kita akan bertambah atau harga barang naik, untung rugi.. kita tak sure lagi.. Jadi kita kena berjaga-jaga, mungkin perlu berjimat cermat, mungkin kena cut cost mana yang boleh.. mungkin..

“ Im... Im... stop.. stop... aku dah pening dah...”  tahan Zarif, menghentikan bebelan Im

“ Aah.. apa cerita pasal benda-benda serius ni.. kita berkumpul ni kan sebab... malam ni malam new year..Let's celebrate!!!!” kata Fai, terkinja-kinja  gembira. Dia meniup kon hon parti ke telinga Ary kemudian cepat-cepat melarikan diri bila wajah Ary berubah annoyed. Arymengejarnya dan kedua-dua mereka terus kejar-mengejar macam budak kecil, berpusing-pusing dalam ruang Kafe Adora ini.

“ So?” Im tolak bingkai cermin mata dihidungnya dengan jari kelinking. Mukanya memang tidak berminat.. huhuhu...

“ So.. just enjoy for today.. be happy for once..... ” jawab Zarif sambil menepuk bahu Im.Im senyum kelat.  Happy? Perkara itu mengingatkan dia pada Esha.

“ I’m happy,  you know...” Kata-kata itu, hanya bila Esha berada di sisinya mampu dia tuturkan, tafsirkan dan pamerkan perasaannya itu.  Marah, risau, gembira, sedih semua ini milik Esha. Perasaannya masih milik Esha, walaupun tanpa Esha di sisinya.

“Dan bagi aku... aku hanya ada satu cinta...hanya satu.."

“ Kita nak countdown kat sini . Yang lain-lain akan sampai dalam...”  Zarif memandang jam di dinding, baru pukul 10.45 malam  “...sebelum pukul 12.so get ready..”

“ Yang lain-lain? “ kening Im dah terangkat sebelah.  Lain-lain itu bermaksud ada orang lain selain mereka berempat. Zarif macam dah rancang je semua ini dan  sesuka hati sahaja Zarif memberi last minute arahan seperti ini. Mana sempat dia nak buat party new year 2015, last minute seperti ini!?

“Sef, Putri, Dana....”

“ So basicly, korang semua nak berdating di sini ler yer..”  

Zarif sengih.  Ya, tepat sekali! 

“ Ok, bye..”   kata Im seraya angkat kaki hendak keluar dari sini.

“Eh..Im! . Actually..kitorang sebenarnya nak celebrate ngan kau. New year 2015, we can't leave you alone.. after what happened.. kiteorang..  kiteorang nak lepak dan temankan kau..  “

“ Kenapa pula.. tetiba je...”  Kata-kata Im terhenti. Dia lihat wajah Zarif yang muram. Fai dan Ary yang tadi ligat juga tiba-tiba membatu. Kemudian dia sedar yang mereka buat semua ini kerana dirinya.  Rupa-rupanya mereka semua sudah tahu apa yang berlaku antara dia dan Esha. Sejauh dan sedalam mana mereka tahu, Im tidak mahu tanya..dan sebanyak mana mereka menyedari keadaan dan kesedihan yang cuba disembunyikannya, Im tidak mahu tahu.  Cukuplah, mereka berdiam seperti ini, melakukan perkara seperti ini dan dia akan menerimanya.. niat baik mereka ini.

“Kalau camtu.. aku stay sampai pukul 12... only until 12... after that...” kata Im bersetuju.

“ OK!! ” potong mereka bertiga secara serentak.

“ Jadi... Im, kau sediakan  dessert istimewa untuk malam ni.. okey kan? Kiteorang nak hias bahagian depan...” cadang Zarif selaku bos dan perancang idea ini. Dia menolak Im masuk ke kitchen

“ Lewat dah ni? Sempat ke?Ary kena tolong aku di kitchen.. sorang je mana boleh..” bantah Im.

“ Takpe.. takpe.. aku dah order pizza dan kfc, kau just sediakan simple desert buah-buahan dan kek pun aku dah beli..”

“ Kek beli?. Aku kan boleh buat, apsal tak beritahu awal-awal..”

“ Takpe-takpe...”

Tubuh Im akhirnya berjaya di bawa masuk ke kitchen. Dan Zarif  rasa sangat puas hati dengan kejayaan ini.  Dia meninggalkan Im, kembali ke ruang depan Adora Kafe dan tanpa pengetahuan Im, senyap-senyap mereka bertiga keluar dari Kafe Adora, meninggalkan Im berseorangan.

~~~~~~~~~~~~~

Di kitchen, di atas meja persediaan, tiada apa-apa makanan seperti yang Zarif cakapkan tadi, kecuali sebuah kotak kek yang kecil.

“ Ini ke keknya? ”

Im belek kotak kek itu, mencari nama kedai kek yang Zarif beli. Sepatutnya sebagai pemilik Kafe Adora. Zarif tak sepatutnya membeli kek dari luar.. dia patut beri sokongan pada Kafe Adora dan lebih promote Kafe Adora. Im berkira-kira yang esok  dia akan berikan ceramah tanggungjawab sebagai pemilik Kafe Adora pada Zarif yang selalu tidak serius. 

Kotak kek tanpa label dan nama kedai itu, Im buka. Di dalamnya terdapat satu kek kecil yang comot dengan hiasan topping yang tak seberapa. Krimnya juga tidak licin, comot terkena sana sini.Sekilas  pandang, sesiapapun tahu yang kek ini adalah hasil seorang amatur, seorang yang tiada basic membuat kek.. dan hanya reti membuat kek ini.. Kek kegemaran Im. 

Im bergegas keluar dari kitchen, melalui pintu belakang yang menuju ke lorong belakang Kafe Adora, mengharapkan yang sangkaanya adalah benar, yang Esha ada di sini, yang Esha telah senyap-senyap masuk ke sini dan senyap-senyap meletakkan kek ini. Namun lorong ini begitu sunyi, tiada sesiapa kecuali dirinya. Esha telah senyap-senyap meninggalkan tempat ini. 

Im masuk ke dalam, kecewa, terasa diri diperbodohkan oleh perasaannya sendiri. Entah apa yang tidak kena dengan dirinya. Dia berkeputusan untuk melepaskan Esha.. tetapi dapat melupakannya.. Lebih tepat, dia.. tidak mahu melupakan Esha. Im melangkah masuk  ke ruang Kafe Adora yang telah kosong ditinggalkan oleh Fai, Zarif dan Ary. Entah ke mana mereka bertiga pergi, Im tiada mood untuk memikirkannya buat masa ini. Dia ... tiba-tiba terasa ingin bersendiri.  Langkah Im mati di kaunter display. Dari situ, dia dapat lihat satu seseorang sedang bersembunyi di belakang kaunter display. Im dapat lihat tangan itu sedang memegang satu kupon.

“ Esha?” tegur Im.  Tangan itu pantas bergerak dan cepat-cepat disembunyi dari pandangan Im. 

“ Saya tahu awak berada di situ.. " tegur Im.Suasana sunyi... 

"Awak bersembunyi adakah sebab awak tidak ingin berjumpa saya lagi? Tidak mahu melihat wajah saya lagi ?”Tiada jawapan.

“ Kalau saya kata yang saya ingin  melihat awak, mendekati awak..adakah awak akan benarkan? Adakah awak akan berhenti menyembunyikan diri awak dari pandangan mata saya?”.

Sunyi sepi.

.

.

.

.

.

.

.

“ Maafkan saya..."kata Im akhirnya. Esha getap bibir, tetapi masih kekal membisu. 

"Saya telah buat awak menunggu terlalu lama... kemudian,  membiarkan awak sendirian.  Saya seorang lelaki yang teruk!" Lebih teruk lagi bila perasaan dan diri saya tidak mahu melepaskan awak.. kerana... Saya .... jatuh cinta pada awak lebih dari awak  jatuh cinta dengan saya..”

Masih sunyi..tiada apa-apa response.

“ Okey, this is kinda weird... jika awak bukan Esha , dan takde kena mengena  just forget what I said..”Im bersedia untuk beredar.

“ Apa yang awak nak beritahu saya , malam itu?!” akhirnya Esha bersuara dari tempat persembunyiaannya. Suara itu lembut, dan Im rindukannya. Im senyum.

“Malam yang awak tidak datang itu... apa yang awak nak beritahu saya?” ulang Esha. Tetapi tiada balasan dari Im. Senyap sahaja.. seolah-olah Esha sedang bercakap seorang diri... dan Im sudah lama beredar dari situ.  Menyedari itu, Esha bingkas berdiri dari belakang kaunter display dan terkejut kerana sebaik sahaja dia berdiri, Im sedang berada di depannya, menantikannya dan sudah mengagak tindakannya ini. 

Mata mereka bertaut dan Esha menyedari yang Im betul-betul berada di depannya.. begitu dekat.. begitu rapat.. Pipinya terus naik  kemerah-merahan... dan Im perhatikannya tanpa kedip, mengetahui apa yang tersembunyi di hati Esha. 

 “ Apa yang saya ingin beritahu adalah ... saya cintakan awak....” Bibir Im melirik senyum.  “ tapi kini apa yang awak perlu tahu adalah.. ..." Im memegang tangan Esha , membawa tangan Esha ke bibirnya dan perlahan-lahan dia menciumnya.

“  Sudikah awak jatuh cinta dengan saya lagi?”

Pipi itu makin merah, wajah itu juga malu...tanpa perlu Esha berkata apa-apa dan hati Im yang  berdebar-debar..   kali ini.. Ini adalah cinta..cinta mereka...

Adora CafeWhere stories live. Discover now