Puteri Lindungan Bulan 9

644 39 0
                                    

Yerlah.. bakal isteri saya seorang yang cantik, rajin masak dan sayangkan saya. I'm one lucky man.

Putri tak boleh focus.  Sayang.. cinta.. Zarif mudah ucapkan kata-kata itu seperti mana dia juga mudah mengucapkannya. Tetapi...kenapa ia bermain-main di fikirannya sejak dua menjak ini?

"Saya tahu batas-batas antara kita. I'm not that typical man."

Wajah Zarif bermain di fikirannya... Lelaki itu tidak pernah naik darah apabila dia marah-marah.Wajah itu kesal, bila menyedari dirinya mengucapkan kata-kata yang menyakitkan hati Putri. Dan Zarif meminta maaf tanpa dipinta, ikhlas dan tulus. Zarif lakukan apa sahaja yang Putri tidak jangka...melayannya seperti seorang kekasih.. walhal, mereka hanya mempergunakan antara satu sama lain.

" Apa yang kau cuba lakukan?"Tangan seorang customer lelaki yang cuba menyentuh punggung Putri dipegang kuat-kuat oleh Zarif. Customer yang berbadan gempal dengan muka miang itu tergamam. Rupa-rupanya perangai tak senonohnya itu diperhatikan. Pantas dia melarikan diri, keluar dari restaurant Summerlite. Restaurant ini sering didatangi oleh lelaki-lelaki miang yang suka mengambil kesempatan terhadap waitress Summerlite. Zarif tidak suka restaurant ini. Walaupun banyak aduan dilakukan tetapi, owner summerlite terus  offer gaji yang tinggi,  mengaji ramai perempuan yang terpedaya dengan tawaran mewah itu. Pakaian seragam waitress disini juga menjolok mata. Contohnya macam sekarang ini. Zarif tidak suka melihat Putri memakai skirt pendek yang mempamerkan pehanya yang putih gebu. Kalau duduk, boleh nampak benda yang tak sepatutnya.. =.=;

Bagi Zarif, restaurant Summerlite ni tak ubah seperti club.Jadi bila mengetahui yang Putri bekerja di sini sejak beberapa minggu lalu, dia tidak senang hati. Senyap-senyap dia datang ke sini, memperhatikan, walaupun dia tahu dia tak patut campur tangan dalam urusan Putri di luar. Lagipun, mereka hanya mempergunakan antara satu sama lain.

" Awak  sangat-sangat perlukan duit ke?" soal Zarif pada  Putri yang masih  terkejut melihat kehadiran Zarif di sini.

" Berapa yang awak perlukan?" tanya Zarif lagi. 

" Kenapa? Awak nak bagi ke?" sindir Putri. Zarif tahu Putri akan melenting lagi, apa jua yang dia cakapkan perempuan ini akan melenting, dia tidak faham. Dia ingin memahami...

" Typical man.." rungut Putri .Putri menyambung kerjanya, tidak mahu mempedulikan Zarif, ini adalah halnya, dia akan uruskan sendiri. Lelaki ini tidak perlu campur tangan. Tiba-tiba, Zarif pegang tangan Putri. Dia menarik Putri yang terpinga-pinga, keluar dari sini.

" Saya akan bagi semuanya... berapa yang awak mau!"

Mereka berjalan laju meninggalkan tempat itu. Tangan Putri tidak Zarif lepaskan, malah dipegangnya erat-erat. Putri meronta tetapi Zarif tidak mengalah, ditariknya Putri agar mengikutnya.. Putri lihat wajah Zarif marah.

" Lepaskan saya.." arah Putri.

" Saya tak mahu awak bekerja di situ lagi. Apa yang mereka offer, saya akan bayar semuanya."

Putri merentap tangan dari Zarif. Pegangan Zarif terlepas, dan mereka berhenti.betul-betul di zebra crossing, di tengah orang ramai yang berpusu-pusu melintas, mereka berhenti dan memandang antara satu sama lain.

" Berapa kali saya nak ulang,Saya tak perlukan pertolongan awak!"

" Kenapa awak tak suka lelaki?' tanya Zarif.

Soalan itu buatkan Putri tergamam. Dia tidak menjangkakan. Wajah Zarif ditatapnya. jelas di raut wajah Zarif, lelaki ini risau akan dirinya, kenapa? Kenapa begitu sekali?

" Cis, apa lagi yang awak nak dari saya ha?"marah Putri, namun tiada jawapan dari Zarif. Lelaki ini terus memandangnya. Wajah itu masih kekal sama.

"Fine, awak nak dengar sangat. Ok, saya bencikan lelaki.. berdiri di sisi mereka buatkan saya rasa nak muntah, itu perasaan saya terhadap lelaki.  Saya begitu benci mereka. Bagi saya mereka hanya pandai mempermainkan perasaan perempuan, manis berkata-kata hakikatnya mereka hanya lihat wanita sebagai symbol seks dan melayan wanita seperti itu.  that's typical man like you!.." 

"Tak betul." balas Zarif.

" Awak nak kata yang saya silapkah?Apa yang saya cakap itu salah ke?"

Zarif membisu.

"Typical man, only assume dirinya sahaja yang betul..huh..lelaki, saya dah jumpa ramai lelaki cam awak... sama semuanya!.."sambung Putri.

"Kata-kata awak tidak salah, memang ada lelaki begitu. Tetapi apa yang awak buat ini tidak betul. "  jelas Zarif. 

Putri memandang Zarif. Mata mereka bertaut.

"Sebelum melabelkan saya sebagai typical man, Kenapa awak tidak cuba melihat saya sebagai diri saya sebenarnya?" kata Zarif lagi. 

" Kenapa mesti saya buat begitu? "

" Sebab saya kekasih awak!"jerit Zarif. Wajahnya serius. " Bukannya typical man.."

Putri tergamam. Kata-kata Zarif itu buatkan hatinya bergetar. Kenapa? Ini semua lakonan, semua ini hanya sementara, hanya main-main, mereka tidak perlu serius tentang ini .. kan?

" Kamu Zarif kan? " tegur seorang wanita pertengahan umur yang memecah kesunyian dan ketegangan antara Zarif dan Putri saat ini.Zarif memandang wanita berbaju kurung Pahang yang menegur mereka di tengah-tengah jalan seperti ini. Dia kenal wanita ini, walaupun hanya beberapa kali bertemu ketika majlis keramaian, tetapi dia ingat siapa wanita ini.

" Makcik baru hendak ke rumah kamu.. Emm.. ?" Wanita itu memandang Putri, dengan pantas Zarif menarik Putri rapat ke sisinya.

" Ah, ini bakal isteri saya, Putri." katanya laju dengan senyum terukir di wajah.Putri tidak faham kenapa Zarif berubah tiba-tiba. sampai lah dia mendengar bisikan Zarif yang perlahan. "It's my mum's friend... Putri faham. Terus dia bersalam cium tangan dengan wanita ini.

' Oo... ini lah Putri yang mak kau cakap-cakap tu.. cantik orangnya.." pujinya. Putri senyum.

Adora CafeWhere stories live. Discover now