Puteri Lindungan Bulan 4.5

630 38 0
                                    

Ya allah Zarif, ni kerja kau?” soal Puan Salimah. Dia memandang Zarif dan teman Zarif yang kini sudah pun lengkap berbaju. Mereka bertiga kini duduk di ruang tamu dengan Puan Salimah duduk mengadap mereka berdua. Lagak seperti seorang hakim dengan pesalah di hadapan.

         “ Dah berapa lama kau bawa balik perempuan camni? Dah tak tahu nak control nafsu dah ke? Bukan ini yang umi ajar tau… “

“ Ini bukan seperti apa yang umi fikirkan..”

“ Dah berapa lama Zarif bersekedudukan camni, patutlah umi suruh kawin Zarif tak mahu. Dah seronok buat maksiat camnie?..”

“ Taklah umi…”

“ Tak … tak.. apa?! You have menconteng arang pada muka umi, papa, Serafina.. ’”

 “ I did nothing wrong, umi!” kata Zarif sedikit meninggikan suara. 

 Bengang betul dia dengan uminya yang tidak mahu mendengar alasannya. Pompang pompang dok memarahinya. Mentang-mentang dia nampak bra tu dan tup-tup keluar perempuan ni dalam keadaan camtu, terus dia anggap Zarif bermaksiat.Oh tidak!!

 “ See, now Zarif dah berani tengking umi? Dah berubah,dah jauh tersimpang.. ni… ni.. sapa nak bertanggungjawab ni?” Puan salimah menunding jari pada perempuan asing itu yang kini sudah lengkap berbaju.

 “ Bertanggungjawab apa.. no such thing.. Umi, Zarif baru jumpa dia semalam, nama pun tak tahu, apa yang Zarif nak bertanggungjawab?.” Kali ini Zarif menjawab dengan nada yang selembut dan setenang-tenangnya. Dia tidak mahu menyakitkan hati uminya.

“ Ya Allah..one night stand lah ni? Zarif, what is happening to my sweet innocent boy? “Semua ini semua salah Umi.. Umi yang benarkan Zarif keluar dan tinggal luar dari rumah, hidup sendiri.. tengok sekarang? Dah jadi social, dah pandai clubbing, dah pandai tidur dengan perempuan… My Zarif dah jadi typical metropolitan guy…” Puan Salimah menangis sambil memegang kedua belah pipi Zarif, hatinya sayu melihat anak bujangnya yang sudah tersasar jauh. Dah macam drama tv3 pulak gayanya.

 “ Umi.. umi akan betulkan semua ni..Umi janji..” Puan Salimah mendekati teman Zarif. Di pegangnya tangan perempuan itu. 

 “ Umi akan pastikan Zarif jadi lelaki yang bertanggungjawab. Mari!.” Puan salimah menarik perempuan itu dan memimpinnya keluar dari apartment Zarif.  Meninggalkan Zarif keseorangan sambil terpinga-pinga. Lama Zarif berfikir cuba mengerti dan memahami situasi dan maksud kata-kata uminya, hinggalah masuk satu message dari uminya yang berbunyi.

“ Wedding kamu berdua akan berlangsung dalam masa 3 bulan ni. You must take responsible on your action and start new chapter of life. Umi dah beritahu papa“

Zarif kaku.  “ Nooooooooooooooooooooooooooooooo!!”

Adora CafeWhere stories live. Discover now