My Heart (Hatiku) 4-edited

1.3K 62 0
                                    


Gluk gluk gluk gluk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gluk gluk gluk gluk. Laju aku teguk air mineral ini.

Fai yang berdiri di sebelah aku, memandang dengan penuh takjub akan ketidakwanitaan ku ini. Mungkin kah dia fikir kali ini, keganasan aku akan lagi teruk dari selalu?

" Tambah lagi!"

" Tapi ni gelas yang ketujuh dah kau minum. "

Fai mengingatkan aku.

" Bawa je la, kali ni bawa terus botol  1.5 litre okey?"

Fai masuk ke dapur.

Aku pula kembali memerhatikan jejaka cafe yang aku masih tidak tahu akan namanya .Dia  sedang leka dengan ipad nya. Air green tea yang diordernya pula ,dari tadi, tidak terusik . Gaya buzy nya pula seperti seorang student universiti yang akan menduduki final exam.

Tiba-tiba dia memandangku.

Kelam- kabut aku mengalihkan pandanganku. Hinggakan terlanggar botol air mineral yang Fai sedang letak di depanku.

" Kau ni dah kenapa? Macam ayam berak kapur je. " tanya Fai.

" Tak, takde apa la! Nanti cakap dengan Zarif, aku tak dapat tolong dia kat cafe hari ni. Ada hal. " kataku sambil memasukkan air mineral ke dalam beg galas ku.

" Ada hal? Tapi yang kau duduk sini dah nak dekat 3jam, boleh pulak?"

Aku abaikan Fai dan terus keluar dari cafe Adora.

" Apapasal mamat tu datang sini pula. Aku baru nak move on."

Di belakang ku , aku dapat rasakan lelaki itu mengekori ku.

Aku berpaling.

"Kau apahal! Nak cari gaduh ke?!" kataku sambil mengacahkan penumbuk kepadanya.

Dalam hati aku berbisik ~  kenapa boleh teruk sangat perangai aku ni? Asyik cari gaduh dan gertak orang je!. Tak boleh ke aku cakap elok-elok sikit?

Tapi seperti selalu, apa yang aku nak buat(dalam fikiran ni), mesti bertentangan dengan apa yang aku lakukan.

Dia terkejut.

"Er, ru.. rumah saya arah ini juga."  jawabnya takut-takut.

Oh, aku hampir terlupa yang dia adalah jiran baruku. Penumbuk aku turunkan .

Aku kembali meneruskan perjalananku, dengan dia mengekori ku dari belakang.Langkah kakinya kedengaran begitu teratur , perlahan dan tenang , tidak segopoh aku.

Aku lintas jalan.

Honnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!

Tubuh aku ditarik lembut ,  terus berada dalam dakapannya. Tindakan pantasnya telah  menyelamatkan ku dari di langgar oleh sebuah lori. Aku lihat, di atas jalan, sebuah ipad sudahpun hancur dilenyek lori.

Adora CafeWhere stories live. Discover now