Cinta 24.5

661 34 1
                                    

Esha yang sedang duduk di buaian, dia selimutkan dengan baju sejuk yang dibawanya bersama. Wajah itu pucat, bibirnya tampak kebiruan, matanya bengkak , tidak pasti samada disebabkan tangisan ataupun kerana berjaga terlalu lama . Sesekali Esha terhanguk kerana ngantuk tetapi gadis ini terus menerus memaksa dirinya, merenung laluan masuk ke playground ini. Menanti.. 

“ Awak taknak balik ke?” Air kopi yang panas, dibelinya dari kedai seven E, dihulurkan pada Esha, kemudian dia duduk di buaian kosong di sebelahnya. “Sudah pukul 4.30 pagi..” Esha bersin kesejukan. Air kopi yang panas dihirupnya. Ia mengurangkan rasa sejuknya.

“ Kalau awak taknak balik, saya temankan awak....” Esha masih membisu. “ Saya warning awak, saya ni bising dan annoying...” Esha tidak membalas.

Fai mengeluh, tidak faham dengan kedegilan Esha. .Dia membuaikan dirinya laju-laju, sengaja membiarkan bunyi bising  tali besi buaian itu berbunyi . Sambil berayun dia mengingati panggilan telefon yang mengejutkan dia pagi-pagi begini. Kerana panggilan itulah, dia datang ke sini.

“ Fai, playground berdekatan rumah anak yatim Seri Mahligai, boleh... kau ke sana?” suara itu sangat suram.

“ Kenapa?”

“ Esha.... dia masih di sana, menunggu..”

“ Jap.. jap.. aku blur.. tunggu siapa? Esha? Pagi-pagi camnie?Apa kes ni?”

“ Fai,sesuatu mungkin berlaku padanya jika dia berseorangan... “ suara itu sangat risau.

“ Kenapa kau tak pergi sendiri, Im?Dia... tunggu kau kan? ”  Fai membuat andaian. Im membisu.“Im?” Panggilan dimatikan.

Fai berhenti berbuai. Im.. Im.. walaupun dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku antara Im dan Esha, tapi  dari suara Im, dia tahu ada kegusaran di hati Im. Di hatinya dia dapat rasakan yang ini bukan diri Im yang sebenarnya.. sesuatu membuatkan Im begini. Situasi ini tidak patut jadi begini. “ Apa yang kau fikirkan Im?” bisik hati Fai.

~~~~~~~~~~~~x~~~~~~~~~~~~~~x

Ia bermula dengan cahaya kemerahan di kaki langit dan perlahan-perlahan cahaya kuning itu mula menelan kegelapan langit.

“ Cantiknya...”Itu kata-kata pertama Esha setelah sepanjang malam membisu. Fai menoleh pada Esha yang sedang merenung jauh pada matahari yang sedang terbit.

“ Cantik sangat...saya sangat gembira..” Esha senyum.. namun jernih matanya mencerminkan sebaliknya...

* Jika awak terus mendekati saya, saya hanya akan mempergunakan awak...

*It’s okay...  Awak boleh gunakannya..

* Baiklah...          .....I already warned you..

“ Ah... ini rupanya... Apa  yang Im hendak beritahu pada saya.. ... ”

*Esha, malam ini, di tempat kita, bolehkah awak tunggu saya?Ada sesuatu yang saya ingin beritahu awak.”

“ Dia ingin beritahu saya.. agar kembali pada realiti...  ” Kata-kata itu bernada positf, penuh kegirangan, tetapi Fai cuma dengar sebuah ...kepedihan. Esha beredar dari playground dan Fai mengekori langkah Esha yang teratur begitu lemah. Akhirnya, Im tidak datang...

Adora CafeWhere stories live. Discover now