12 jam sebelum ini.
Im memegang tangan Faza, meleraikan pelukan Faza terhadap dirinya. Dia berpaling mengadap Faza. “ I don’t love you...from the start, i never did...” jawab Im.
“ Lie... you lied..”
Wajah Im tenang. Faza tidak pernah lihat wajah Im tenang seperti ini, seolah-olah..Im menyerahkan kepingan gambar-gambar Esha, bukti-bukti kecurangan Esha yang sudah diketahuinya selama ini ke tapak tangan Faza.
“ I'm not ..perasaan kecewa? *Di atas jubin , majalah-majalah dengan mukasurat yang terpampang tentang faza dan gossip-gossipnya,serta gambar-gambar mesra Faza dengan teman artis lelakinya, berselerak dan bersepah..
“ Cemburu?’ *Im perhatikan faza yang kelihatan gembira dengan ahli kumpulan ZeX-t itu. Mereka berbisik dan lelaki itu tiba-tiba mencium pipi Faza.
Im.. apa yang you lihat tu its nothing. We just.. friend... I just..”“ Dont ... I don’t wanna know that..”
“Marah? Semua itu... saya tidak merasainya. Malah bila melihat awak dan Roy tadi..Saya... tidak rasa apa-apa..."
Faza tersentak mendengar pengakuan Im. Dia memandang Im , mengharapkan Im sedang membohonginya. Yang semua ini hanya sebuah mimpi... tetapi Im masih terus bercakap... “ Sesuatu yang tidak buat saya gembira.. “*Want to have dinner again at my place? Ajak Roy. Faza senyum dan Im terus keluar. Wajahnya tidak gembira..
“Sesuatu yang menganggu fikiran saya selama ini... .”
**Im perhatikan dari jauh, Faza yang sengaja mematikan telefon bimbitnya, lalu masuk ke dalam kereta seorang pengarah lelaki yang Faza digosipkan bersama, sejak beberapa minggu ini. Im getap bibir dan beredar. Sesuatu mengganggu fikirannya... dirinya yang tidak kena.
“ Adalah.. ini bukan cinta, dan saya sedar tentangnya sejak awal lagi..”Im menyerahkan telefon bimbit yang digunakannya untuk tangkap gambar tadi pada Faza. Faza mengejarnya kerana ini, dia tahu bagaimana Faza takut sekiranya Im menggunakan bukti ini untuk mencemarkan imejnya. “ Trust? Is not love . it ‘s just means i don’t really care...”
Faza terduduk ke lantai dengan wajah yang percaya dengan apa yang didengarnya.
“ Terima kasih, semuanya sudah jelas dan sekarang saya boleh beritahu dia, tanpa ragu-ragu." Im meninggalkan Faza yang tidak lagi mengekorinya.
“ Jadi, beritahu saya sekarang, apa perasaan awak pada saya? Jika esok awak tidak akan dapat jumpa saya lagi selama-lamanya. Bolehkah awak beritahu saya hari ini, saat ini, tanpa ragu-ragu yang awak cintakan saya?”
“ Saya cintakan awak..Esha..”
~~
Im duduk di buaian sambil memerhatikan beberapa orang anak kecil sedang bermain-main di playground yang disediakan tak jauh dari airport ini. Dia mendongak dan perhatikan kapal terbang yang tinggi di langit, sedang meninggalkan Malaysia. “Ah, Ini cinta...” kata Im, berayun lemah.