My Heart ( Hatiku) 12 (edited)

1K 46 0
                                    


" Gale, apa yang kau buat ni?" soal Tang sebaik sahaja melihat Ary berada di depan rumah komisioner  polis (CP) Zairuddin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Gale, apa yang kau buat ni?" soal Tang sebaik sahaja melihat Ary berada di depan rumah komisioner polis (CP) Zairuddin.

" I'm going to stop you."jawab Ary.

Tang dan 10 orang kuncu-kuncunya ketawa. Suasana jadi hingar bingar dengan gelak tawa mereka. Bila ia berhenti, Tang merenung Ary dengan wajah yang serius.

"Kau ingat kau boleh halang aku? Kiteorang ramai, dan kau cuma seorang! "

" You know right ? That quantity is not an issue for me?"

Lagak Gale itu membuatkan Tang semakin berang. Namun, apa yang Gale katakan itu , benar. Dalam kumpulan ini, nama Gale disanjung tinggi ,bukan saja disebabkan dia anak buah yang paling disayangi tuan, tetapi disebabkan Gale tidak pernah kalah.

Jika mereka adalah balaci biasa yang; membelasah, mengertak orang, merompak, mengedar dadah, Gale lebih 'kotor' dari mereka.

Gale ber'main' dengan nyawa orang demi tuan.  Dia dilatih sebagai pembunuh upahan. A perfect weapon.

Setakat 10 orang di sini, Tang tahu yang mereka semua bukannya lawan Gale.

"Gale, sebaik sahaja tuan tahu pasal kau berpaling tadah ini,  kau akan diburu macam binatang.kau takkan selamat!"  Kata Tang mengingatkan.

" Aku tahu, tetapi aku tak boleh endahkan hati ini."

Tang dan kuncu-kuncunya terus menyerang Gale.

~XOXOXOXOXO~

~ bila aku jatuh cinta padanya, aku tahu aku menempah maut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~ bila aku jatuh cinta padanya, aku tahu aku menempah maut. Tetapi, walaubagaimana aku cuba menafikannya, debaran hati ini tidak dapat aku hentikan. Seperti yang kau katakan, percaturan aku kali ini silap, hatinya yang kuingini,tetapi bagaimana pula, hatiku yang dicurinya ?~

G teringatkan luahan Gale padanya.

Pertama kali dia melihat Gale kusut dan hilang fokus seperti inj. Anak muda ini keliru. Keliru dengan perasaannya sendiri.

Namun, G tidak menyangka yang Gale akan buat keputusan mengejut seperti ini.

Malam itu, selepas menghalang Tang dan yang lain-lain, Gale tidak  melarikan diri. Sebaliknya, dia pergi bersemuka dengan tuannya. MenyerahkAn dirinya sebagai pembelot.

Dan malam itu, seperti binatang, Gale diheret dan dibelasah di laman banglo mewah tuannya.

Sepanjang itu, Gale tidak melawan atau cuba mempertahankan dirinya. Sebaliknya dia hanya menunduk ke tanah, tidak berani menatap wajah tuannya yang marah dan kecewa bila Gale memilih Sefarina.

G ada di situ dan menyaksikan segalanya. Dan dia dapat melihat kesedihan di wajah Gale, memahami yang hati anak muda itu, begitu terseksa kerana  kesetiaannya dan cintanya.

Antara tuan yang membesarkannya, yang memberikan dirinya sebuah harapan dan peluang untuk hidup, dan Sefarina yang mencuri hatinya , yang mengembalikan kehidupan normal sebagai 'Ary', yang indah dan tenang.

Ary tidak boleh kehilangan kedua-duanya,  jua tidak boleh memiliki kedua-duanya juga.

Malam itu dan malam seterusnya, selama berhari-hari ,  Gale dikurung dan dijadikan punching bag. Dia dibelasah beramai-ramai sehingga nyawa-nyawa ikan dan setiap kali dia tidak sedar diri, mereka akan mengejutnya. Dan Apabila dia sedar, proses memukul diulang berkali-kali. Ia satu hukuman. A torture!

G tak tahan lagi melihat semua itu. Lalu, pada hari ke-5, dia tekad  untuk campur tangan.

"Perkara hati, tidak boleh dijangka. Ia berubah-ubah tanpa sebabnya." kata G sambil menyarungkan kemeja pada lelaki yang dipanggil tuan oleh Gale itu.
Lelaki bergelar tuan itu tersenyum sinis.

" Usah berkias-kias. Ini tentang Gale bukan?" tanyanya.

G adalah wanita simpanan 'tuan' ini. Dan selama 11 tahun ini, G telah melihat bagaimana Gale membesar. Malah, dia telah menjadi tempat Gale meluahkan perasaan sejak Gale masih kecil lagi. Jadi mungkin sebab itu, kadang-kadang dia rasakan Gale seolah-olah anaknya sendiri. 

"Salah kah I bertanya tentang dia? I literally raised him."

" hmm..." Lelaki itu mengeluh panjang. Dia bersiap-siap untuk keluar. Sepertinya tidak mahu berbincang tentang perihal Gale.

" So, tentang Gale, dia.."

" Hati, kerana ia berubah-ubah, ia mudah goyah." lelaki itu memotong kata-kata G.

" I will change his heart. Gale, He's mine!Dia akan kembali pada aku.It just going to take some time," tekad lelaki itu. 

" Ya, jika ia hanya melibatkan hati sahaja.  Tetapi jika ia telah menjadi cinta? Bagaimana?' Soal
G.

" Jadi dia harus pilih antara maut atau cinta!" Tinggi suara lelaki itu. Dengan marah, dia membuka pintu kamar, mahu keluar.

"Dia sudahpun memilihnya, Zahar. Malam itu saat dia kembali kepada you. Bila dia menerima hukumannya, he already chose to follow his heart."

Lelaki dipanggil Zahar itu mengetap bibirnya.

" Sekarang, cuma you yang belum buat pilihan lagi bukan?Samada to let him die or let him love."

Zahar memandang G.

" Malam ini aku akan ke kurungan. Dan hari ini , aku akan pastikan dia ubah pilihannya ." tegas Zahar lalu keluar dari kamar mereka.

G mengeluh.

" you are so stubborn, both of you."

Adora CafeWhere stories live. Discover now