Cendana 1

1.2K 47 0
                                    

“ Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Im.. Happy birthday to you!!”

Preeeeeeetttttttttt... wwwwwwwwwiiiittttttt..... yeay!!!!  Bunyi sorakan dan bunyi birthday hon berselang seli. Im meniup lilin di kek birthday yang dibuatnya sendiri, sambil disorak dengan meriah oleh Fai, Zarif dan Ary.

Fai paling excited tentang parti ini! Dialah yang merancang dan bersusah payah menyediakan topi birthday untuk dipakai semua, berjaga malam memotong kertas warna-warni untuk dijadikan hiasan dan dari pagi dialah yang bertungkus lumus memasang perhiasan dan belon di dinding-dibantu oleh Ary. Zarif layankan saja Fai ini, memandang dia paling muda antara mereka bertiga dan memang perangai Fai begini, over happy dan over pada semuanya..Fai yang busybody, kecoh dan bising beginilah, membuatkan Kafe Adora begitu meriah setiap hari dan mereka bertiga turut gembira dan excited setiap hari. Boleh dikatakan tanpa Fai, boringlah hidup diorang bertiga.

“ Sedapppnye....” puji Fai melambung-lambung bila kek redvelvet yang gebu dan berkrim itu masuk ke dalam mulutnya.

Im sengih , macamlah Fai tak biasa makan kek yang dibuatnya, Selalunya Fai yang jadi cake taster bila ada resepi baru dia ingin cuba. Fai jugalah yang paling kerap ke dapur dan mengendeng-ngendang nak makan apa yang Im buat di dapur. Tak kiralah, roti ke, air ke, kek ke.. Fai yang kebudak-budakkan ni.. perangai Fai yang comel ini, keletahnya tidak menjemukan.

Zarif dan Ary tak banyak cakap, senyap je makan kek dari pastry chef mereka ini.. Kek-kek yang dibuat Im memang terbukti sedap dan cantik, sebab itulah ramai pelanggan yang suka berkunjung ke sini, walaupun ini hanya sebuah Kafe desert yang menghidangkan hanya desert and pastry.. –Kafe Adora.

Bunyi loceng angin yang kuat mengejutkan mereka semua,  Pintu dibuka kasar walaupun sudah digantung tanda ‘CLOSED/TUTUP” di situ. Seorang wanita bertopi lebar, bercermin mata hitam dengan gaun merah jambu pendek paras lutut, menerjah masuk dan dengan hentak kaki yang kuat dan disengajakan, dia duduk di satu meja. Bersilang kaki dan mengeluarkan ipadnya dari bag berjenama Channel. Dia membuka aplikasi instagram, tidak pedulikan Im, Zarif, Ary dan Fai yang terganggu dengan kehadirannya.

“ Dah datang dah...” kata Fai..

Zarif dan Im mengangguk bersetuju dan, faham maksud Fai. Ary tak faham. 

“ Apanya?”  

 Fai memegang bahu Ary, dengan muka serius dia cakap.“ Bala!”

“ Huh?”

“ Ok.. enough-enough..kemas depan.. mula kerja.” 

Zarif menepuk tangan dan mengarah mereka bersurai.

Im membawa masuk kek dan pinggan gelas kembali ke dapur, Ary pula membawa turun belon dan ribbon yang bergantungan. Hanya Fai tidak bergerak dari tempatnya, mukanya masam, tak puas hati yang parti ini terganggu sebabkan perempuan itu.

“ Dah.. pergi ambil order customer tu..” pujuk Zarif. 

Dia tahu Fai memang berbulu dengan customer yang sorang ni. Tetapi apakan daya, dia customer tetap dan ...Zarif memandang ke pintu. Sekumpulan pemuda dalam lingkungan belasan ke awal 20an, berpusu-pusu menyerbu ke Kafe Adora, dalam sekelip mata, kafe dipenuhi mereka. Tiada satu meja pun yang kosong.

Ya, walaupun kehadiran customer ni memang tidak disenangi mereka, terutama Fai, tetapi bila customer yang sorang ni datang, kafe ini akan penuh dengan customer lelaki.. dan ini bermaksud, keuntungan tinggi pada hari ini jadi luar biasa. Nak tak nak, Zarif terpaksa menerimanya. lagipun customer always right kan? 

Dana- anak tunggal Dato Yakob, berusia 20 tahun,  muda-muda dah jadi owner butik Intazani di Damansara, model sambilan dan  cantik.. terlalu cantik, sehinggakan dia mempunyai follower dan fans club sendiri.. mengalahkan artis.. Wajahnya yang persis anak patung menarik perhatian sesiapa yang melihatnya, ke mana sahaja dia pergi, pasti ada ahli fan club nya yang mengekor.

Contohnya.. saat ini, kafe ini penuh dengan peminat Dana. Zarif memandang semua customer lelaki yang sibuk mengupdate status masing-masing di laman social, twitter, instagram.. dan tak lama lagi, dari sebaran mereka,  akan datang lagi sekumpulan peminat Dana. Kafe ini akan jadi padat dan sesak. Dia pernah hampir lemas ketika itu. Ia pernah berlaku, dan Zarif yakin akan berlaku lagi. ... Jadi sebelum itu berlaku, mereka kena melayan Dana sebaik boleh, agar dia puas hati dan beredar cepat.Masalahnya...

“ This coffee is too hot! Are you try to burn me ha?” marah Dana.   

Fai menukar kopi yang dikatanya panas, dan membawa kopi yang suam. 

“ It’s tasteless! Change it!”  

Kopi ditukar lagi. 

“ What this? I don’t like it.. change it!”

“ Too cold... change it..”

“ Too milky, change it.”

“ I don’t want coffee.. i want green tea...change this..”

“ This is not what i ordered, change it..”

“ Just change it..”

Fai tahan sabar dalam hati, beristigfar banyak-banyak. Dia dah tulis apa yang minah ni order, dia dengar sendiri apa yang minah ni order.. dia repeat banyak kali dalam otaknya.. tak silap. Minah ni.. minah ni sengaja tukar ordernya..mereka tidak silap, minah ni yang kurang ajar.Fai masuk ke dapur membawa green tea yang tidak diterima oleh Intan.  Kali ini dah hampir dua puluh kali dia ulang-alik masuk dapur, hanya semata-mata satu minuman.

“ Apa pula kali ini?” tanya Im tersengih melihat wajah Fai yang bengang dan letih. Fai tak mengerti kenapa Im boleh cool jer dalam situasi tegang ini. 

“ Dia kata dia tak order ni.. dia order air mint ice green tea.. mild.”

Im ketawa, kerana menu itu tiada di Kafe Adora, nampak sangat perempuan itu bercakap sesuka hati.  

“ Fai, kali ini bawa minuman dan... kek ni sekali.” 

Im memotong satu keping kek birthday dan meletaknya di atas piring antik yang cantik. Dia menghiasinya hinggakan ia kelihatan begitu enak dan cantik., kemudian menyerahkannya pada Fai yang terpukau dengan kemahiran Im.

“ Katakan ini hadiah dari Kafe Adora sempena my birthday... “

Fai tarik muka. Tidak puas hati melihat layanan baik dan kesabaran yang semua orang pada Dana.

Dibawanya kek dan minuman itu pada dana yang masih leka dengan ipadnya. Sebaik sahaja Fai memberitahu pesanan itu  pada nya, Dana senyum manis.  Dengan senang hati, dia mencolek krim kek dengan jari telunjuknya, merasanya.

“ It’s delicious.. Change it!”

Fai getap bibir, menahan marahnya yang dah naik sampai ke ubun kepala.  

Adora CafeWhere stories live. Discover now