Cinta 13

629 36 0
                                    

“Bila saya besar nanti, saya akan jadi lebih kuat..Dan saya akan jadi hero awak! ” kata Im mengukir janji. Dua anak kecil itu berayun di buaian di taman permainan yang tiada sesiapa.

  Im turun dari buai.

 “ Awak boleh tunggu saya?”

~~~~

“ Im? Im..?”

Dirinya dipanggil berulang-ulang. Perlahan-lahan memori itu menghilang.

 “ Awak tak apa-apa?”

 Di depannya, Esha sedang memandang dengan wajah yang risau. Mereka berdua berada di depan gerai menjual takoyaki , sedang menanti order mereka. Bunyi music dari band OpiezO berkumandang melalui pembesar suara yang dipasang di sepanjang laluan festival. 

“ Awak tak apa-apa ke?”tanya Esha lagi.

“ Esha, dah siap.. special untuk kamu dan boyfriend kamu..” 

Penjual yang peramah itu menyampuk. Kotak takoyaki diserahkan pada Im.

 “Ehh.. tak.. tak... dia .. dia bukan.. ...” Esha gelabah.

“ Terima kasih.. “ Im membayar harga makanan mereka,  memegang tangan Esha kemudian membawa Esha beredar. 

Mereka menuju ke ferris wheel. 

Rasanya sepanjang hari ini, banyak kali dia ditegur oleh kenalan Esha yang mana kesemua mereka menganggap dia sebagai kekasih Esha. Dan setiap kali begitu,si Esha ni menunjukkan reaksi yang sama- terkebil-kebil, gelabah, dan wajah itu akan jadi merah padam. Malah, sepanjang hari ini, dia sentiasa melihat wajah yang malu-malu itu dengan pipi blushing yang kemerah-merahan. Hanya dengan menyentuhnya, membelainya, mengusiknya, merenungnya,  hanya berdiri di sisinya jua, Esha akan tertunduk malu dengan wajah itu. Langsung tidak dapat menyembunyikan perasaan suka pada Im yang tertera jelas di wajahnya itu.

"Awak cintakan saya... bukan?"

Hanya yang bodoh sahaja tidak dapat melihat yang Esha sedang menyukainya... mencintainya... Melihat kelakuan Esha itu, Im naik marah. Naifnya cinta dan betapa bodohnya Esha ni! Tidak nampakkah yang  dia sedang mempermainkan cinta itu!  Im getap bibir... Ini bukan dirinya, apa yang dia peroleh melalui semua ini? Wajah Faza bermain di kotak fikirannya. Ini bukan tempatnya, ini bukan cintanya... Jadi, kenapa dia lakukan semua ini?

“Lagi sekali, ulang kenapa mesti kita kena naik juga ferris wheel ni?

“ Sebab dari atas, kita dapat lihat satu tempat ni...Pemandangannya cantik !! ”

“ Jadi,, kenapa mesti kena naik tepat tengah malam? Rasanya tiada apa yang dilihat kalau dah nak dekat closing time.. “

“ Sebab saya ada persembahan tadi dan baru habis, kemudian kita pergi makan, kemudian kita jalan-jalan, kemudian dah lewat.. sekarang baru ada kesempatan...”

“ Setiap tahun awak datang sini, takkan tak pernah naik? Lagipun queue die panjang, kita takkan sempat naik. "

Alasan Im itu Esha dengar sahaja tanpa membalas. 

"Saya tak lagi berminat, kita balik sahaja. ” Im mengubah fikiran.

 “ Saya tidak pernah naiknya, ini kali pertama saya..” bantah Esha.

Esha berhenti berjalan. Im yang berada di depannya turut berhenti.

"Awak cintakan saya... bukan?" 

“ Ingat soalan awak pagi tadi? Saya ingin berikan jawapan saya.. “

Im berpaling mengadap Esha..  Wajah comel Esha kelihatan serius. 

“Ya, saya cintakan awak, terlalu cintakan awak hinggakan saya  tidak dapat mengawal hati , perasaan saya, tindakan saya.. kata-kata saya, semuanya.. Saya betul-betul dah gila.. ” 

Tiada lagi segan, Esha mengaku..

Adora CafeWhere stories live. Discover now