Minggu ni sahaja dah 3 kali hujan pada waktu malam. Hujan lebat pula tu. Fikir Fai bulan depan dengan menggunakan duit gaji, dia akan sambar satu payung. Letih nak redah hujan je setiap malam. Kalau selalu begini, lemah antibodi badan dia nanti, siapa yang susah??. Ary juga yang kena jaga dia hehehe... Fai yang berkhayal di kaunter display, dikejutkan bila bahunya ditepuk-tepuk Zarif.
“ Hantarkan order ni pada mereka.”
Zarif tunjuk pada tiga orang gadis yang sedang berborak dengan meriah di satu sudut. Fai tarik muka bila melihat salah seorang antara mereka adalah Dana. Dengan berat hati dan menyampah, Fai bawakan juga dulang berisi kek cherry, banana pie, aiskrim, dua chocolate shake dan secawan hot chocolate..
“ Last time you pergi Korea tu, you buat plastic surgery?’
“ Shh... beauty surgery.. tapi nampak natural kan?kan?”
“ Yerlah, tak nampak sangat yang you betulkan hidung tu..”
“Tapi untunglah kawan kita seorang ni dah cukup perfect , tak payah nak cantikkan diri lagi.. so jealous..”
Mereka berdua memandang Dana yang sedang menepek bedak pada mukanya bersih dan licin tanpa satu pun cela mahupun jerawat.Dana senyum simpul bila dipuji mereka.
“ Well, beauty runs in the family.. ..“
kata Dana bangga, sambil menyimpan cermin kosmetiknya ke dalam tas tangannya.
“ Tapi kan last week, I nampak gambar you kat magazine, macam fat skit.. “
“ Aha.. betul-betul.. .. “ sahut temannya yang chubby .
“ Yerker?”
Dana memicit pipinya dengan wajah kerut seribu, penuh kerisauan.
“ Yerlah..lepas tu kulit you pun cam dah kurang glowing, you better watch what you eat dear..”
“ And your make up too... Today, kurang umpphh tak cam selalu... you tukar lipstick ker?”
“ Aha..i like this colour..” kata Dana.
“ Dear, it’s not suit with you. “
Dana mengeluarkan cermin kosmetiknya dan membelek wajahnya. Memang apa yang kawan-kawannya katakan itu betul. Wajahnya tiba-tiba nampak kelam dan berbanding tadi, cepatnya?.. .. berat idealnya 45kg, tapi masih belum cukup rupanya, nampaknya dia kena turunkan lagi.
“ Hey, waiter!”
Dana sambil petik jari, memanggil Fai yang baru nak beredar setelah meletakkan order mereka di a atas meja. Dengan jari telunjuk yang digerakkan, dia mengarah Fai datang kepadanya.
“ Yer?”
“ Change this.. bring me hot green tea.”
Kata Dana menunjukkan hot chocolate yang tidak disentuhnya. Fai mengangguk dan mengambil kembali hot chocolate untuk dibawa tukar.Petikan jari yang annoying itu berbunyi sebelum sempat Fai beredar jauh. Fai berpaling dengan air muka yang sudah berubah.