Cinta 27

649 33 0
                                    

Faza mengejar langkah Im yang semakin laju. Dia tidak boleh kehilangan Im, dia tidak boleh!

10 minit  sebelum ini

Deringan telefon bimbit mengejutkan Faza yang sedang tidur. Dalam keadaan mamai, dia mencapai telefon yang diletak di meja, membaca sms dari Im yang diterimanya ketika ini, waktu 4 pagi.

“ Where are you?”- Im

“ At home...luv you...” – Faza.

Faza meletakkan telefon ke tepi, kemudian dia menarik selimut menutup tubuhnya yang kesejukan tanpa baju itu dan memeluk Roy yang sedang lena di sebelahnya. Baru dia ingin melelapkan mata, dia terdengar bunyi message masuk dan cahaya dari telefon bimbit di sofa , di hujung katilnya.  Di situ. dia lihat sesusuk tubuh sedang duduk memerhatikan mereka. Pantas Faza menyalakan lampu meja.

“ Im!” wajah Faza pucat lesi.

Roy yang disebelahnya terjaga,juga terkejut melihat kehadiran Im.

“ Siapa kau! Camne kau boleh cerobohi bilik kami!” herdik Roy . 

Roy mencapai telefon bimbitnya ingin mendail no telefon polis, tetapi tidak jadi, kerana sekiranya dia membuat laporan polis, akan kantoilah  yang dia bersekedudukan dengan Faza.  Dia dan Faza adalah artis, dan perkara seperti ini pasti akan dihidu oleh wartawan media. Dia tidak boleh ambil risiko itu. Sedang Roy berkira-kira , Im menangkap gambar mereka berdua dengan telefon bimbitnya.

 “ Apa kau buat ni!” marah Roy, risau diperas ugut. Dia yang hanya berseluar pendek pantas turun dari katil, merentap kolar baju Im, sedia untuk memukulnya. 

“ Jangan Roy! I know him!” jerit Faza,

“ You know him?” Roy melepaskan Im yang  dari tadi langsung tidak melawan. Im hanya memandang Faza, dan  Faza pula menunduk tidak berani membalas renungan Im sejak tadi. Mata itu dingin..

 Im keluar.

 “ Siapa dia? “Soalan Roy Faza abaikan. Dia cepat-cepat menyarung  apa-apa tshirt yang dapat dicapainya, kemudian bergegas keluar. Faza mengejar langkah Im yang semakin laju. Dia tidak boleh kehilangan Im, dia tidak boleh!

Sejam sebelum ini.

Kunci bilik itu digenggam nya kuat. Di depannya, kotak merah yang penuh dengan kepingan-kepingan gambar  Esha dan lelaki lain, direnung sekali lagi. Kotak itu sudah penuh, bukti kecurangan Faza sepanjang  tahun ini... Im tahu.. sejak dulu lagi, Im tahu.. semua itu.. Cuma dia tidak mahu ambil tahu.. Dia sentiasa percayakan Faza dan cinta mereka.

..tiada apa yang saya hendak sembunyikan, jika itu kebenarannya...”

Esha mengingatkan dia tentang kebenaran ini.. Perkara yang disembunyikan... dan sejak itu, dia tahu sesuatu tidak kena dengan dirinya.. tentang cintanya.

“ Awak sangat menarik.” Kata-kata itu, Im betul-betul maksudkannya dan sejak hari itu, Im telah jatuh cinta pada Esha.Im mencapai jaketnya dan keluar membawa bersama kunci di tangan. Sesuatu yang membuatkan lidahnya kelu di depan Esha.. .Sesuatu yang menganggunya. Apa yang tidak kena itu, apa yang mengelirukan... dia sebenarnya tahu apa yang perlu dilakukannya. Hari ini, dia akan lihat kebenarannya dan bermula dari situ.

~~~

“ Im! Sila dengar penjelasan I dulu…” Faza tidak dipedulikan.

“ Im, I was stupid! I tak tahu kenapa I jadi begini! I buta,dengan lifestyle ini.. … I lost my way… “

Faza terus mengekorinya. “ Im I’m sorry… please forgive me… This is not me! I love you!! Don’t leave me! Im!!  “

Im tidak berhenti.Im takkan berhenti. “Im! Ingat tak tentang pulau yang ingin kita pergi dan tinggal di situ untuk selamanya?!It was our dream ..  Our promise!”

 “ I sanggup lepaskan segala-galanya !!” jerit Faza sekuat hati.  Langkah Im mati.

“ Seperti yang you mahukan, mari kita berkahwin, tinggalkan tempat ini.Kita pergi ke pulau impian kita itu, mulakan hidup bersama tanpa peduli tentang media, status, pangkat atau sesiapa pun.... Saling mencintai, saling menyayangi seperti dahulu.. seperti awal dulu.. … Let’s start again... can we? “Faza memeluk tubuh Im dari belakang. “ Remember your promise? Trust our love.. ’

Im berdiri kaku di situ.

“ You love me .. right?”

Im getap bibir. Mengapa? Mengapa!!!?? Jerit hati Im. Faza senyum.. 

Adora CafeWhere stories live. Discover now