“ Esha! Esha! ”
Dari jauh, namanya dipanggil dan dia dapat lihat Im berlari mendapatkannya..
Tetapi ..
buaian ini sudah lama kosong.
Esha yang tertidur untuk kali kedua di buaian ; tersentak. Dia masih sendirian dan Im masih belum muncul , walaupun hari sudah lewat ke pukul 1 pagi. Esha bangun dan terus mengeliat ; melegakan rasa lenguh-lenguh pada sendi-sendinya.
“ Harap-harap tiada perkara buruk yang berlaku padanya..”
Esha memeluk dan mengosok-gosok tubuhnya yang mengigil dalam cuaca pagi yang semakin dingin. Hatinya semakin risau, kalau-kalau sesuatu berlaku pada Im, tetapi dia tiada nombor telefon Im untuk memastikannya.
“ Kali ini, jangan tinggalkan buaian itu lagi...Saya pasti akan datang..”
Esha tidak akan meninggalkan tempat ini... seperti dulu. Dia percaya Im pasti datang.
“ Dia takkan datang!” Esha memandang pada Shasha yang muncul di depannya. Wajah Shasha mencuka marah.
“ Shasha? Kenapa kau ke sini?”
“ Im takkan datang! Mari balik!”Shasha menarik tangan Esha, cuba mengheretnya pergi.
“ Apa kau cakap ni.. “
“ Aku tahu semuanya. Apa yang berlaku antara kau dan Im, aku dah siasat semuanya..Tapi, Im takkan pilih kau Esha!. Dia cuma cintakan Faza! Dia cuma mempergunakan kau! Ni sume sia-sia.!”
“ Tak!”Esha menarik tangannya dari pegangan Shasha. Wajah Im yang serius sebelum ini dan janji Im padanya, dia tahu, apa yang dia lihat tadi. Itu bukan Im yang mempermainkannya.. bukan Im yang mempergunakannya.. Im betul-betul maksudkannya kata-katanya pada Esha.
“ Jangan jadi bodoh Esha! Lihat!” Shasha menunjukkan satu mms gambar Faza bersama Im. Gambar itu dihantar sendiri oleh Faza pada Shasha. Waktunya lebih kurang sejam lalu, ia gambar Faza sedang mencium pipi Im. Lokasinya.. di rumah Im..“ Im , dia dengan Faza sekarang ni! Dia langsung tidak ingat tentang kau! “
“ Tak! Dia ingat! ”
“ Esha!beberapa kontrak kita sudah dibatalkan.. Iklan, duta produk, filem kau dengan Faza..semuanya ditarik balik. Faza yang buat semua ini.. Ini amarannya..banyak lagi dia akan lakukan. Mms yang dibaginya tu pun bukti yang dia tahu tentang kau dan Im ..Kalau kau teruskan dengan kedegilan kau ,kalau kau terus mencintai Im, karier kau akan musnah..lupakan sahaja Im.. Mari kita pulang!”
Esha kembali berjalan ke buaian di belakangnya.
“ Esha, kau faham tak apa yang aku beritahu ni! ” Shasha menarik bahu Esha. Tetapi saat dia melihat mata Esha yang bergenang air itu, rasa marahnya pada Esha hilang.
“ Faham! Aku faham segalanya! ”
“ Kali ini, jangan tinggalkan buaian itu lagi...Saya pasti akan datang..”
“Tapi aku... aku cintakan Im.. Aku akan tunggu di sini... “
Shasha melepaskan Esha, tersedar sesuatu. Ini cinta rupanya... tiada apa yang boleh mengubahnya ...Cinta ini, dia cuma mampu melihat dan menunggu pengakhirannya.
“ Bastard you Im... You better come! “ rungut Shasha, meninggalkan Esha.