“ Esha, lewat dah ni!” marah Shasha, PA Esha merangkap kawan rapatnya.
Masa persembahan lagi 30 minit , dan Esha masih belum bersiap.
Shasha cepat-cepat membawa Esha duduk ke meja solek, kemudian kelam-kabut make up artis Esha- Kak Safa menjalankan tugas.
“ Mana kau pergi tadi Esha?”
Esha teringatkan apa yang berlaku sebentar tadi. Apa yang dia lihat tadi menganggu fikirannya, pasangan itu dan perbuatan mereka.. Dia kenal artis itu, siapa yang tak kenal., Faza.. tetapi siapa lelaki itu? Persis tubuh dan wajahnya seakan model. Siapa yer?
“ Somewhere...”
“ Jangan cakap besok akan keluar berita lagi tentang kau??Apa pula kali ini? ” Shasha membuat andaian sambil berfikir apa lagi headlines yang belum keluar lagi di majalah.
Hari itu Esha dikatakan sombong kerana tersebar gambar dia kelihatan berpaling muka seolah-olah tidak suka berada di majlis perasmian produk minuman yang mana Esha dilantik sebagai dutanya. Hakikatnya saat gambar itu diambil, Esha cuma berpaling sekejap melepaskan letihnya kerana malam itu, dia baru balik dari Los Angeles untuk projek album inggerisnya. Kebenarannya, sepanjang majlis, Esha sentiasa tersenyum dan mesra pada semua walaupun letih.
Selepas isu itu selesai, keluar pula berita yang mengatakan Esha seorang gadis sosial dan seksi hanya disebabkan tersebar gambar dia keluar berpakaian terdedah di belakang sampai ke pinggang, walhal hakikatnya gambar itu diambil ketika Esha kelam kabut nak kembali ke dalam kereta kerana baju yang dipakainya rosak zip belakang. Isu itu juga selesai selepas kebenaran tentangnya diketahui.
Haishh... Shasha benci bila hanya satu gambar candid, seribu satu cerita mampu direka wartawan.Dan paling dia stress bila Esha sendiri tidak peduli sangat tentang imejnya. Yang penting bagi Esha adalah bakat nyanyiannya dihargai dan dia boleh mengubah lagu sebebas-bebasnya. Esha sangat free dan bebas membuat sesuka hatinya.Disebabkan itu Shasha cuba mengawal dan menjaga imej Esha sebaik boleh . Semua gosip akan ditepis dan semua masalah akan diatasinya. Dia taknak bakat Esha dan kemahuan Esha untuk berkongsi lagu dengan semua orang tersekat disebabkan gossip gossip tak berasas.. Al maklumlah dunia seni ini tidak seindah disangka.. ia penuh persaingan, dengki dan cemburu..
“ Takdelah... Even kalau ada pun, buat apa nak risau, jika berita itu tak betul...dan.. jika betul pun , buat apa nak risau .. Benda benar tak perlu disembunyikan.. betul tak?”
Shasha geleng kepala letih dengan perangai Esha yang relaks jer dalam semua hal. Esha senyum lebar, namun fikirannya melayang kembali pada Faza dan teman lelakinya di bilik persalinan tadi. Kebenaran yang dia lihat tadi.
~~~
Esha keluar dari bilik persalinannya, bersedia untuk menyampaikan lagu barunya yang sedang hits- Lagu bertajuk CINTA itu sudah 4 minggu berturut-turut di tangga nombor 1 carta semua stesen radio.
“ Esha! Jap.. jap...” panggil Shasha yang terkejar-kejar mendapatkannya. Di tangan Shasha terdapat seutas anting-anting. Esha meraba cuping telinga kirinya, baru menyedari yang dia hanya memakai sebelah anting-anting.
“ Takpe.. baru style pakai satu anting-anting..”
“ Banyakle kau punya style.. nanti entah apa media dok kutuk kau lesbian pulak , pakai satu subang..“bebel Shasha. Esha ketawa sambil membiarkan Shasha memakaikan anting-anting pada telinganya.. Shasha ni particular betul, tapi dia berterima kasih pada Shasha yang banyak menjaga dan membina imejnya hingga dia mampu berdiri di pentas ini.Ketawa Esha terhenti saat melihat teman lelaki Faza itu sedang berjalan ke arahnya, bersendirian tanpa Faza. Saat ini, Esha terasa berdebar-debar, dia tidak pernah lihat lelaki sekacaknya.. Tinggi lampai dan tegap, muka bujur sireh dengan kulitnya yang bersih kuning langsat. Pakaian dan auranya seperti model dalam katalog majalah yang tiba-tiba keluar dan catwalk di depannya.Mereka berselisih. Lelaki itu memandang Esha. Pandangan mata mereka bertemu seketika dan pantas berkalih. Esha telan air liur dengan hati yang berdebar-debar.
~~
Di bawah lobi hotel, Esha sedang menunggu Shasha yang sedang ambil kereta di parking basement untuk menjemputnya di sini. Mereka tidak menginap di hotel ini walaupun di offer penganjur, sebabnya Esha berasal dari sini dan dia dah lama tidak balik ke sini.Kesempatan ini dia ingin kembali duduk di tempat lamanya dahulu dan berjumpa penjaganya, adik-adiknya dan cikgu-cikgunya
“ Hmm.. siapa dia yer?” kata Esha sendirian bila sekali lagi teringatkan lelaki tadi.
Perlukah dia selak majalah lama, kot-kot nampak gambar lelaki itu ke..Mungkinkah lelaki itu model baru atau artis baru?
Imej Faza dan lelaki itu bercumbuan menganggu fikirannya.Esha geleng-geleng kepala cuba menghilangkan imej itu dari kepala otaknya. Lelaki itu teman lelaki Faza, dan dia sudah melihat bukti itu... kebenaran itu... Dia tidak sepatutnya tertarik kepadanya...Jap.. Ter... ter tarik?? Kenapa pula dia boleh rasa begini pada lelaki yang baru pertama kali dia jumpa eh terserempak.. lepas tu teman lelaki orang lak tu! Haish.. mungkin dia terlalu letih dan stress dengan aktiviti-aktiviti nyanyiannya sampai dia boleh rasa camni tak betul.
Sebuah Mercedes hitam berhenti di depan lobi. Dari bayangnya, Esha lihat pemandu dan penumpang perempuan itu sedang bercumbuan tanpa segan silu. Almaklumlah, hari sudah lewat malam, tiada sesiapa di sini kecuali dirinya yang berada di satu penjuru yang agak terlindung. Mungkin sebab itu pasangan itu tidak perasan dan begitu selesa melakukan perbuatan mereka itu.
Esha cuba untuk tidak ambil kisah, dalam bidang seninya ini, dia sudah terlalu biasa melihat perkara ini dikalangan artis dan mereka yang terlibat dalam entertainment ini.Penumpang perempuan itu keluar dari kereta dan berjalan ke arah pintu pemandu. Cermin di turunkan. Esha kenal lelaki itu.. seorang komposer lagu yang terkenal.
Pasangan itu berbual dengan mesra, dan Esha lihat perempuan itu dengan gediknya mengesat kesat gincu di bibir komposer itu. Kemudian bila perbualan mereka berakhir, kereta itu berlalu dan wanita itu masuk ke dalam hotel,tidak ambil kisah akan kehadiran Esha walaupun dia berselisih dengan Esha.. Tetapi Esha cam siapa wanita itu...FAZA. Memori Esha melayang kembali pada Faza dan teman lelakinya di bilik persalinan siang tadi. Tertanya-tanya dan keliru dengan apa yang dia lihat.. Kebenarannya.