Puteri Lindungan Bulan 10

656 36 1
                                    

Putri melayan dengan mesra akan kedua-dua wanita ini.Puan Salimah dan kawannya, Puan Asiah. Sambil –sambil itu dia mencuri pandang pada Zarif yang duduk sendirian di balkoni, tidak jauh dari mereka. Dari raut wajah Zarif kelihatan dia sedang berfikirkan sesuatu dan terganggu dengannya.

“ Setahun tu lambat sangat, kalau boleh umi nak wedding kamu berdua dilangsungkan dalam 3 bulan ini, atau secepat yang mungkin. ..”  Puan salimah kurang bersetuju dengan permintaan Putri untuk tangguhkan perkahwinan mereka ke jangka masa setahun. Putri kembali memberi perhatian pada mereka.

“ Saya pun nak secepat yang mungkin, tapi ibu di kampung tidak mahu majlis jadi gopoh sangat kalau buat secara mendadak ni..”

 “ Camtu, kita buat majlis nikah dulu..” Putri hanya senyum saat mendengar kata-kata Puan Salimah. Susah betul dia nak alihkan topik wedding ni dari umi Zarif ni. Tapi, dia akan buatkan juga agar perancangan kahwin ini tertangguh. Kerana, dalam masa 3 bulan dia akan pergi dari sini. Dari kehidupan ini. Dia sudah rancang segala-galanya.

 “ Hahaha… kau ni… tak sabar-sabar nak ada cucu ler tu.. tu sebab nak kahwinkan sangat anak teruna kau tu..”  usik Puan Asiah.

 “ Setahun tak lama.. pejam celik pejam celik.. dengan persiapan semua, sekejap je lah…” sambung Puan Asiah, bersetuju dengan cadangan Putri. Puan salimah masih ragu-ragu.“ Umi, pilih lah tarikh tahun depan, Putri ikutkan sahaja.” Pujuk Putri.

“ Emm.... baiklah. “ Putri lega, First step clear. Sekarang dia Cuma perlu kumpul duit secukupnya dan beredar dari pekan ini secepat yang mungkin.

 “ Saya tak mahu awak bekerja di situ lagi"

 Cis arahan Zarif itu menyakitkan hatinya. Siapa Zarif untuk campur tangan urusannya?

 “ Sebab saya kekasih awak!”jerit Zarif. Wajahnya serius. “ Bukannya typical man..”

Putri memandang Zarif sekali lagi.Zarif masih di situ, masih termenung dengan sesuatu masih menganggu fikirannya. Wajah Zarif muram dan Putri tidak selesa melihatnya. Kenapa mesti dia tidak suka melihat reaksi Zarif saat ini, seolah-olah dia ingin mendekati Zarif, mententeramkannya.. sebagai seorang kekasih..Putri tersentak.. Apa yang dia fikirkan ini?Kata-kata Zarif mengelirukannya.  

 “ Ni.. tengok ni.. album Zarif.” Tiba-tiba Puan Salimah hulurkan satu album besar kepada Putri. Di dalamnya, penuh dengan koleksi gambar Zarif dari lahir hingga dia habis belajar. Putri membeleknya dengan perasaan tertarik dan ingin tahu. Sengihnya semakin melebar setiap kali mukasurat album diselak satu persatu. Zarif cute sangat waktu kecil..suka dia melihatnya.

 “ Zarif, tidak boleh lihat orang  di sisinya berduka, .. dia mudah simpati , hatinya mudah tersentuh.. Jadi, kalau Putri bersedih , Zarif dulu yang akan perasan, Zarif dulu yang akan terasa. Zarif dulu yang akan terluka... ” Puan Salimah menyentuh bahu Putri, menyedari Putri asyik memandang Zarif dari awal mereka sampai di rumah..

 “ Sebab itu wajahnya muram begitu… dia fikirkan kamu, risaukan kamu.. .Dia betul-betul sayangkan kamu sampai begitu sekali..”

~~~~~~

 “ Sebab saya kekasih awak!”jerit Zarif. Wajahnya serius. “ Bukannya typical man..”

 Kata-kata itu terus bermain di fikiran Zarif.  Zarif terlupa yang mereka cuma berlakon, dia terbawa-bawa oleh perasaannya, tanpa menyedari kata-katanya mungkin membuatkan Putri marah dan berkemungkinan memutuskan perjanjian mereka. Hakikatnya, dia tidak berhak campur tangan dalam urusan Putri. Hubungan mereka hanya 3 bulan, tidak lebih.. itu sahaja. Jadi, kenapa dia begitu keliru dengan hubungan mereka ini? Putri di sisinya masih membisu sejak keluar dari rumah tadi. Mereka berdua sedang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Dia tidak perlu berlakon sebagai teman lelaki yang baik atau perlu hantar Putri hingga sampai ke depan pintu jika tiada yang memerhati, tetapi dia masih melakukannya.. Dia tidak mengerti kenapa?

 “ Saya keliru..”kata Zarif memecah kesunyian. Mereka berdua terpaku di depan pintu apartment Putri. “ Sesuatu menganggu fikiran saya… “

 “ Selamat malam.” Potong Putri. Dia  memasukkan kunci rumah ke lubang kunci. Tergesa-gesa, seolah-olah tahu apa yang Zarif akan ucapkan selepas ini dan dia tidak mahu mendengarnya.

Dia tidak boleh mendengarnya.. kerana..

 Kcing… Gugusan kunci terjatuh ke lantai. Zarif memeluknya dari belakang, meletakkan dagunya ke bahu Putri, lalu dengan lembutnya berbisik…

 “ Saya cintakan awak… am I that typical man?’’ Degupan jantung Putri bergetar kuat.

Adora CafeWhere stories live. Discover now