Puteri Lindungan Bulan 5

747 39 1
                                    

Hehehe….

Berbulu jer telinga dia mendengar ketawa kecil yang terkeluar dari mulut Fai. Walaupun Fai cuba control tetapi dia dapat dengar seolah-olah dipasang speaker. Tak pasal-pasal dia jadi bahan jenaka Fai, Im dan Ary kafe Adora, tetapi cukup-cukuplah satu hari, sampai kat depan gate rumah uminya pun Fai masih lagi nak mem’bahan’kan dia. Kalau dia ada masalah anger management dah lame disikunya fai dan buat smack down 2-3 kali, tetapi selamat lah dia seorang yang sabar, paling-paling pun dia akan cancel application cuti Fai yang diletakkannya .Hehe..

“ Sorry, bos. Tak tahan, teringatkan nasib malang bos kekeke…”

“ Takpe, aku faham. Ingat tak cuti minggu depan yang kau nak apply sebab nak kuar dating tu kan?”

“ A’ah.. kenapa bos?”

“ Aku rasa cam nak… Tak approve, heh.” Zarif senyum puas hati.

“ Ala boss….”

“ ahhh!! Takde boss, bos..”

 Zarif terus menolak pintu gate dan masuk ke dalam laman rumah. Segala rayuan Fai tidak diterima. Sebaik sahaja mereka berdua sampai di pintu masuk, Serafina muncul secara mendadak. Hampir-hampir sahaja mereka berlanggar.

 “ Hai, Sef.. cantik sekarang ni.” tegur Fai.

Serafina senyum, kemudian pandangan matanya beralih pada abangnya Zarif. Serta merta Zarif terasa dipandang hina bila Serafina  memandangnya sambil geleng-geleng kepala dan membuat bunyi citcitcitcit… Amboi, ni mesti uminya citer benda yang teruk pasal dirinya, terutama hal salah faham semalam. Oh tidak! Imej perfect brother yang disemainya sejak kecil pada Serafina seperti dilumat-lumat dalam satu hari. Serafina!!!!my little sister.. no!! 

“ Umi memang tengah tunggu abang..” kata Serafina. Dia menyarung sneaker Nike. Dia pandang Zarif dan sekali lagi membuat muka, pandang atas bawah Zarif, geleng kepala dan bunyi citcitcit tu.. Serafina beredar untuk bertemu Ary, mereka berjanji untuk menonton cerita kegemaranya hari ini- The PURGE. Fai memegang bahu Zarif yang kaku, seperti rohnya baru sahaja terbang keluar. Fai, tahu betapa tersentapnya Zarif bila diperlakukan begitu terutama oleh adik kesayangan intan payung emas berliannya yang kini sudah salah faham. 

 “ Tabah, boss, tabah..” Fai memberi kata-kata semangat. Dengan lemah, Zarif masuk ke rumah, diikuti oleh Fai. Mereka menuju ke ruang tamu dan seperti yang Sef katakan, Puan Salimah sedang menanti mereka.

“ Assalamualaikum Umi..” Zarif bersalaman dengan ibunya. Begitu juga Fai.

“ Em.. sebenarnya, Zarif nak beritahu pasal hal semalam tu.. Specially yang message umi tu..”Zarif tidak sempat habiskan kata-katanya bila perempuan semalam yang menjadi punca semua salah faham ini, muncul sambil membawa dulang berisi 3 cawan dan seteko air panas. Dari baunya cam air panas favourite ibunya, teh campur lemon. Umi sudah ambil perempuan ni jadi orang gaji ke?Perempuan itu meletakkan cawan dan teko dengan penuh sopan. Siap dituangnya, dengan gaya sangat cermat. Rambut potongan layer yang dibiarkan lepas, berbau wangi syampu lavender dan mengoda deria bau Zarif.

“ Minumlah…” katanya lembut sambil  menghulurkan cawan pada Zarif. Bibirnya menguntum senyum yang manis, dan pipinya kelihatan kemerahan di balik kulitnya yang putih licin. Zarif terkedu. Macam tak percaya yang inilah perempuan semalam tu, tapi hari ini apasal macam perempuan melayu terakhir ni? Fai menyiku Zarif sambil sengih panjang. Zarif tahu dari pandangan dan sengihan yang panjang melebar-lebar tu, Fai nak cakap yang perempuan ni cantik, ayu, fufuuyooo…. Tapi seriously, Zarif masih tak nak percaya, what’s is happening here..

Perempuan itu duduk di sisi Puan salimah, dan uminya senyum lebih lebar dari fai. Siap dipegangnya tangan perempuan tu, diusap-usap mesra macam yang selalu dibuatnya bila Sefarina duduk di sisinya.

Adora CafeWhere stories live. Discover now