Esha bergegas ke tempat yang dijanjikan. Dengan tubuh yang kecil molek itu, dia dengan mudah dapat meloloskan diri di antara celah-celah banyak orang itu dan akhirnya sampai di depan pintu utama festival. Tetapi di situ tiada Im.
“ Dia tak datang ke?”
Esha melihat jam di tangan. 11 pagi. .Itu yang dia catat di atas tiket masuk yang diberinya pada Im. 11 pagi, pintu utama.. Esha memanjangkan lehernya cuba meninjau-ninjau jika dapat melihat Im berada berhampiran. Masih tiada..
“ Esha, biar saya ceritakan satu kisah.”
Esha bersandar pada tiang di belakangnya. Bila fikir kembali , kemungkinan Im tak datang adalah 99.9%! Im tidak ada sebab untuk datang hari ini. Lagipun Im telah berterus terang menolak perasaannya pada hari itu. Kisah cinta pertama Im , cintanya. Esha kini tahu segala-galanya dan faham apa yang Im cuba sampaikan.. Esha dah direject 101%. Haishhh...tetapi dia juga ada sesuatu untuk sampaikan pada Im.. Sesuatu yang patut Im tahu.
Namun semalam, sewaktu dia melihat Im dan Faza ,serta-merta dia terlupa apa yang perlu dia beritahu Im, dan ia digantikan dengan rasa cemburu. Faza tidak layak mendapat cinta Im! Perempuan talam dua muka itu tidak layak mempermainkan cinta naïf Im padanya. Lalu tanpa berfikir, dia sengaja bertegur sapa dan menunjukkan kemesraan pada Im di depan Faza. Tetapi lakonannya berakhir bila lihat kata-kata Im, renungan Im, perhatian Im hanya untuk Faza seorang, Im hanya cintakan Faza... Dia yang cuba menyakitkan hati Faza akhirnya hanya terluka di hati sendiri. Hari ini juga, mungkin akan berlaku perkara yang sama.
“ Esha!’
“ Im?” Sangkaan Esha silap bila melihat lelaki yang menyapanya bukan Im.
“ Ingat saya lagi tak? Hari tu di kafe, saya tak sempat kenalkan diri.. Saya Zarif, pemilik Kafe Adora”
“ Ah.. saya ingat.. Apa khabar? “
“ Tak sangka dapat terjumpa Cik Esha di sini.. Kenalkan ini tunang saya. Putri."
Esha bersalaman dengan perempuan yang sangat ayu di sisi Zarif.
“ Putri ni peminat cik Esha..” jelas Zarif .
Putri mengeluarkan satu buku nota kecil dan meminta Esha untuk menurunkan tandatangan. Permintaan Putri itu Esha layankan dengan mesra.
“Im , dia kat kafe ke sekarang?”
“Tak, cik Esha tak tahu yer yang setiap tahun Kafe Adora bercuti untuk festival ini. Rasanya dia patut berada di rumah, rasanya... “
“ Oh... yeke... “
“ Emm.. Im tak datang festival macam ni, setiap tahun..” kata Zarif seolah-olah membaca fikiran Esha. ”
“ Ahh... “
“ Cik Esha tunggu siapa?”
“ Tak.. taklah! Tiada sesiapa..”
Zarif dan Putri saling berpandangan, hairan dengan Esha yang tiba-tiba gelabah.Mereka berbual seketika dan kemudian masuk ke dalam festival yang semakin meriah dengan orang ramai. Sebaik sahaja masuk, mereka berdua ke ferris wheel lokasi ; paling diminati oleh pasangan couple yang datang ke sini.
Esha pula masih menanti di tempatnya. Walaupun dah confirm yang Im takkan datang, Esha masih tidak berganjak.. Dia masih mahu mengharap...pada 0.01% itu.. Bodohkan dia? Kemudian, bahunya tiba-tiba ditepuk dari belakang.
“ Ooh... begini rupanya festival ini.. Boleh tahan..“ Im berdiri di sebelah Esha sambil memandang ferris wheel yang besar dah gah dari situ.
“ A.. awak datang?” Esha tak percaya. Im yang berada di sisinya dipandang tanpa kelip.
“ Ya, saya perhatikan awak sejak tadi.”
“ Ehh? Bila? Saya tak nampak pun awak!?”
‘ Jadi, apa kita buat di festival begini?” soal Im. Esha sengih.