Kupon di tangan, Esha renung lama. Ia sudah komot, sudah dibuangnya ke dalam tong sampah, kemudian dikutipnya kembali dan diratakan kembali kedutannya. Esha mengeluh kuat, bengang dengan dirinya yang masih sukar melepaskan kenangan ini.
“ Kali ini betul-betul...” Esha membuat perjanjian dengan diri sendiri. Tetapi baru sikit kupon itu cuba dikoyakkan, dia berhenti. Kemudian mengosok-gosok kupon itu kembali. Gagal.. Lagi sekali cubaannya gagal. Esha menjerit tak puas hati sambil hentak-hentak kaki.
“ Kau ni dah kenapa?” tegur Shasha menghampirinya.Mereka berdua sedang menunggu waktu masuk untuk penerbangan mereka ke Tokyo.Dua hari lepas, mereka sudah melakukan sidang akhbar dan telah menjelaskan beberapa perkara beserta bukti-bukti yang telah dikumpulkan untuk membersihkan nama Esha. Sidang akhbar itu berjaya, dan kini Esha sudah boleh menarik nafas lega dan kembali seperti biasa dalam industri ini.Tetapi Shasha tidak mahu ambil risiko yang kerjaya Esha mungkin akan tergugat lagi dek Faza ataupun Im. Ya, Im! Esha masih tidak dapat melupakan perasaan dan cintanya pada Im, walaupun Esha berpura-pura semuanya ok, tetapi Shasha tahu semuanya tidak okey! . Jadi senyap-senyap dia telah secure satu kontrak dengan syarikat music di Tokyo untuk 2 tahun.
Shasha perhatikan Esha yang sedang menyorokkan kupon itu dari pandangannya. Kupon itu masih tidak dibuangnya. Jika Esha tidak lagi dapat berjumpa Im, pasti Esha boleh melupakan segala-gala yang berlaku dengan Im. Segala kisah dan janji mereka akan hanya jadi satu kenangan. Ia tidak akan bermakna apa-apa lagi disebabkan itu... disebabkan itu..sebaga seorang sahabat, Shasha ambil peluang ini. Peluang untuk Esha bebas dari Im.
“ Jom.. gerak..” Shasha membetulkan rambut Esha, memastikan penampilan Esha nampak terjaga dan kemas memandangkan beberapa wartawan sudah pun datang ke airport untuk mengambil gambar Esha. Esha mengangguk, bangkit dari duduk dan mengikut Shasha.
“ Kenapa?” tanya Shasha sebaik sahaja Esha tiba-tiba berhenti, dan menoleh ke belakang. Wajah itu seolah-olah menunggu seseorang untuk muncul. Mata itu mencari-cari susuk tubuh itu.
“ Dia takkan datang..” kata Shasha mengingatkan. Esha menyimpan kupon ke dalam kocek seluarnya.
“ Aah.. Jika dia datangpun.. aku takkan tunggu dia lagi.. “ balas Esha.Raut wajah itu tiada sinar, senyuman itu kelihatan kelat.. dan mata itu jelas kekosongan. Tipu.. bisik hati Shasha.Mereka berdua beriringan berjalan ke pintu masuk pelepasan.
" Jangan pergi.."Im memandang dari tingkat atas, jelas dapat melihat Esha yang sedang menyerahkan tiket kapal terbang kepada seorang pramugari, untuk check in. Sejak sejam tadi, dia sudah memerhatikan Esha, melihatnya dari jauh.
“ Jangan tinggalkan saya...” katanya perlahan, sambil lihat Esha masuk ke ruang check in, kemudian menghilang dari pandangannya. Im getap bibir, menahan hatinya dan tubuhnya yang ingin mengejar Esha.. Saat ini hatinya terasa perit, sakit, pedih.. Dia tidak pernah rasa sebegini. Ia rasa sebuah kehilangan tetapi tubuhnya tidak bergerak mengejar Esha kerana...
“ Maafkan saya...saya ingin berhenti dan melupakan segala-gala yang pernah terjadi...”
Im berjalan keluar dari lapangan terbang.. Air mata Im jatuh, untuk pertama kalinya, dia menangis.