Cinta 18

642 37 0
                                    

“ Nah!”  Im menghulurkan satu manila yang dipotong kecil menjadi kupon empat segi, ditulis dengan marker pen hitam -  PASS HERO.

“ Apa ni?”

“ Hadiah..”

Budak perempuan itu mengambilnya dengan kening terangkat tinggi, was-was.  

“ Hadiah apa?” tanyanya sambil membelek-belek kupon ditangan.

“ Sebab awak selamatkan saya, saya bagi awak kupon ajaib ni..Ehem.. ehem... Dengan kupon ni, awak boleh dapat apa sahaja dari saya... saya akan tunaikan  semua permintaan awak...tapi kupon ini boleh digunakan sekali sahaja tau... “ jelas Im.

“ Sekali sahaja?”

“ Em! Sekali sahaja tau... jadi awak kena fikir betul-betul apa yang awak nak minta nanti...”

~~~~~

Esha merenung kupon lama di tangannya. PASS HERO... tulisan itu pun semakin pudar, tetapi memori itu tidak pernah .Esha menyimpan kembali kupon itu ke dalam kotak di dalam laci mejanya.  Setiap hari dia melakukan perkara yang sama..Dia tidak sangka  Im adalah budak lelaki itu... Dia adalah cinta pertama Im dan Im juga cinta pertamanya..  Dia tidak tahu bagaimana Im boleh menganggap Faza adalah budak perempuan itu, Tetapi dia juga tidak dapat memberitahu perkara yang sebenarnya pada Im. Setelah melihat bagaimana Im sanggup melakukan apa sahaja  dan terus menerus mencintai Faza walaupun dilayan begitu sekali... Esha tidak pasti samada Im mencintai Faza disebabkan dia menganggap Faza tu cinta pertamanya.. atau mungkin sememangnya Im benar-benar mencintai diri Faza itu sendiri.

 Esha meletakkan kepala di atas meja. Dia takut untuk mengetahui pilihan Im nanti...jadi dia kunci mulutnya, dan membiarkan hatinya terus terluka..

 “ Mengapa kita ditemukan dalam situasi begini?”  Esha memejamkan matanya...

~~~~~~~~~~~~

Perlukah dia berpaling ke tempat lain? Cinta bukan mudah beralih arah! Kesilapan?Dia cintakan Faza....Atau dia cintakan cinta pertamanya? Im keliru... apa sebenarnya yang dia rasa? Kebenaran ini buatkan dia rasa segala-gala yang dia tahu tentang cinta dan cinta yang dimilikinya, hilang...Dia tidak faham dengan dirinya sendiri... 

Cikgu!Cikgu sukakan kak Esha ke?

Sebelum ini, dia tidak perasan tentang itu.

Awak sangat menarik....

I'm happy,  you know...

"Kau ambil berat padanya? Ini pertama kali bukan? 

Kini dia mengetahui Esha adalah budak perempuan yang selama ini dia cintai,, Esha adalah cinta pertamanya... perasaan ini semakin jelas...Ia seolah-olah memberitahu padanya.. tentang butanya dia tentang cinta...Tetapi..dia masih bingung... Ia tidak adil bagi Esha... Faza... dan Tidak adil baginya..Adakah dia mencintai Esha Sedangkan selama ini dia betul-betul mencintai Faza? Atau adakah cinta pertamanya hanya satu perasaan anak kecil yang sebenarnya tidak wujud?

 “ Mengapa kita ditemukan dalam situasi begini?” bisik hati Im.  

Im mendail no telefon Faza.Ia berdering 5 kali kemudian, terputus. Dan bila Im mendail lagi sekali, ia masuk voicemail . Im perhatikan dari jauh, Faza yang sengaja mematikan telefon bimbitnya, lalu masuk ke dalam kereta seorang pengarah lelaki yang Faza digosipkan bersama, sejak beberapa minggu ini. Im getap bibir dan beredar... sesuatu mengganggu fikirannya... dirinya yang tidak kena.. 

Adora CafeWhere stories live. Discover now